Tiada mood .. rasa seolah nak tutup terus blog dan lupakan dunia maya ini .. FACEBOOK , TWITTER mahupun YM sekali gus.. Dunia aku setiap hari adalah realiti kehidupan .. Tiada lagi maya ..
Penat .. bosan .. kecewa .. itu semua yang ada sekarang ini dalam diri aku .. Umpama kita belajar dengan tekun.. Siang malam berjaga.. Bila tiba masa peperiksaan , rakan kita yang tak belajar langsung tu lulus dengan cemerlang dan dapat lanjutkan pelajaran ke menara gading sedangkan kita tau dia menipu sewaktu peperiksaan dan kita ? Terpaksa g audition Mentor dengan harapan nak ubah nasib diri sendiri .. Boleh gitu ? Hurm..
Sebenarnya aku tak kisah semua itu .. Ada yang bagitau aku , entri aku kena cilok .. atau digubah kemudiannya dia yang cipta idea tu .. hehe... Aku perlu marahkah ? Tak pon.. aku senyum je la.. Ibarat pencipta kereta la .. Orang lain cipta tapi dengan kreativiti yang pencipta lain tu ada , maka dijadikan dengan lebih baik .. Namun kita tau sapa pencipta asalnya.. Memadai... pahala jika ada kebaikkan..
Sebenarnya yang boleh mematahkan semangat aku ni adalah satu jer .. KEPERCAYAAN .. untuk aku terus hidup dalam dunia blog ini , aku perlukan KEPERCAYAAN ... Samada aku perlu percaya diri sendiri bahawa aku boleh maju atau mereka percaya pada aku yang aku boleh maju !
Tapi jika mereka tidak percaya , itu tidak mengapa .. Satu suntikan semangat buat aku untuk aku buktikan .. tapi jika diri sendiri sudah luntur semangat , maka segalanya akan berakhir ...
Siapakah yang patut menaikkan kembali semangat ini ???