Alhamdulillah .. Dah jumpa doktor dan dia bagitau Qhaliff takde apa apa .. Tu normal je .. Ubun ubun yang dikatakan bengkak sedikit tu akan surut dengan sendirinya nanti seperti mana yang pernah diceritakan oleh rakan rakan pembaca pada entri yg lepas..
Sebelum aku masuk jumpa doktor , di luar bilik menunggu tu ada seorang penjawat awam yang nak dapatkan pemeriksaan doktor kerana tekanan darah tinggi ..
Dia yang mulakan perbualan dengan menanyakan keadaan anak aku .. Kemudian dia menyuruh aku merakamkan segala pembesaran Qhaliff serta menyimpan segala resit resit perubatan , perbelanjaan dia agar satu hari nanti , berikan pada anak itu agar dia menyedari susah senang membesarkannya ..
Dia kecewa .. Anak lelakinya yang berusia 17 tahun , bersikap kurang ajar dengannya sehingga dia mendapat tekanan darah tinggi. Kesian aku tengok dia .. Katanya lagi , anak sulungnya tiada masalah .. Anak keduanya itu penuh dengan masalah ..
Katanya , anak lelaki yg bersekolah di Sek. Men. Taman Maluri tu bercampur dengan budak nakal serta mengatakan sekolah tu di kelilingi budak budak samseng Sekolah Menengah Datok Lokman ..
Dengan senyuman aku jawab kat dia .. “ Saya bersekolah di Datok Lokman tu .. “ .. Dalam hati , aku tak samseng pon sejak bersekolah kat situ .. Bagi aku , mana mana sekolah , ada samsengnya..
Apa yang pasti , dia mmg kecewa dengan anaknya yang langsung tidak tau menghormatinya dan juga ibunya .. Boleh lihat dari raut wajahnya ..
Cadangannya tu bernas.. Rekodkan .. Ya , aku rekodkan dalam blog ini .. Biar Qhaliff baca sendiri log ayahnya satu hari nanti .. Biar dia tau , susah senang ibunya membesarkannya .. Aku , tak pe la.. Dah tanggungjawab aku ..