Ada yang pelik ... Pelik bila melihatkan aku senantiasa update blog tanpa henti ... Maka pelbagai pertanyaan dilontarkan ke kepala aku .. Sbb itulah pipi aku makin tembam ... lebam disebabkan lontaran itu .. hurm.. sian kan ?
Masa.. aku takde masa .. Serius .. masa yang aku ada cukup untuk aku tidur dan makan jer .. Selebihnya rutin aku sebagai seorang lelaki yang berumur 25 tahun .. Sibuk .. sibuk sibuk .. sangat sibuk ..
Tapi sejak aku berblog pada penghujung 2009 , aku tidak pernah lepaskan laptop aku.. kemana mana saja aku usung .. Tolong jangan pk soalan tak masuk akal , okeh ! Kang ada tanya , bawak masuk toilet gak ke ??? Grrr..
Wife aku ? Penat dah cakap .. serius .. menyampah ? Kalau boleh lama dah dia buat laptop masak 3 rasa atau rendang kari laptop ... atau kalau takde idea , dia buat singgang laptop jer ...
Aku tanya semula ... Dia nak aku serius atau suka suka ? Jika nak aku suka suka , aku rela tengok tv dari dok bersuka suka dengan blog .. Tiada istilah suka suka dalam kamus hidup aku ... segalanya adalah serius .. Kalau aku kata aku nak , maka aku usahakan sampai aku dapat !
Lama kelamaan , dia memahami dan tengok segala usaha aku membuahkan kejayaan .. Korang nampak tak KLCC tu .. Tingkat atas sekali tu ada sebuah pejabat .. ok ..pejabat tu takde kene mengena dengan aku okeh .. Aku suruh tengok je.. tu sahaja ..
Alhamdulillah ... skang dia ok jer.. Dulu tu mmg ok tapi dia set limit .. Aku kata kat dia .. Tengok PAPADOM .. Jika ingin berjaya , bagi tempoh untuk berusaha keras... Selepas itu , kita makan segala kejayaan kita itu ...
Untuk mulakan sesuatu tu mmg bukan mudah.. tapi jika dah mula , jangan patahkan semangat ! Kerana sekali patah untuk menyambungnya , bukanlah mudah ...