Kyoto adalah salah satu bandar yang cantik di Jepun yang sering jadi tumpuan para pelancong terutamanya dari Malaysia. Pastinya mereka yang berkemampuan akan memilih hotel untuk menginap. Nah , aku cadangkan The Westin Miyako Kyoto.
Dari lapangan terbang Kansai nak ke The Westin Miyako Kyoto ada 3 cara laluan. Terpulang pada korang cara mana yang disukai dan mudah. Yang penting , sediakan duit jer.. kan ?
Jika menginap di sini , korang mudah nak bergerak ke destinasi pelancongan samada yang terdekat atau yang jauh. Nak berjalan kaki pon boleh , atau guna je keretapi. Stesen keretapi sebelah jer! Tu yang menarik tuuu.. Haa... 2 minit je jalan kaki.
Macam tempohari aku dan team #Kbba9 di Kyoto ni, bergerak ke tempat pelancongan mengguna kankeretapi dan juga berjalan kaki. Tak jauh pun. Banyak tempat menarik berhampiran.
Dah tau kan kenapa Westin Miyoko Kyoto patut jadi pilihan ? Pengalaman semalam menginap di sana, sangatlah berharga. Sarapan pagi dan makan malam turut ada bahagian Halal ! Ternyata Westin Miyako Kyoto mengambil berat guest mereka yang beragama Islam. Dan lebih menarik lagi, mereka ada chef dari Turki. Namanya Chef Murat. Sangat peramah dan banyak membantu terutama dalam pemilihan makanan ketika sarapan pagi dan makan malam.
Buat pengetahuan korang , Westin Miyoko Kyoto ni pernah diinap oleh orang orang besar negara kita seperti Tun Mahathir dan kerabat diraja.
Buat pengetahuan korang , Westin Miyoko Kyoto ni pernah diinap oleh orang orang besar negara kita seperti Tun Mahathir dan kerabat diraja.
Ok.. jom tengok bilik lak.. Hehehe.. Best !
Keselamatan sangat penting di sini.
Permandangan luar bilik yang menakjubkan !
Dewan
Restoran Chinese
Japanese Garden. Permandangan dari luar dewan. Sangat cantik ! Entah camana jika musim sakura !
Tilam yang empuk !
Mesra Muslim
Sidai tuala ? Jangan buat hal ! Bikin malu jer. Ni saja je berlakon. Hahahaa
Bilik bilik Guest yang sedia ada.
Keterangan lanjut mengenai bilik , boleh baca di SINI.
Fasiliti dan Servis
Hotel turut menyediaka pelbagai fasiliti dan juga servis perkhidmatan seperti library, lounge, fitness center , sauna , kids room . baby sitter service , skin care salon , Japanese Garden , tempat meletak kereta yang selesa. Dewan bagi mereka yang ingin adakan majlis pun kelihatan sangat cantik.
Gym ! Fuhhh..
Kolam renang in door
Restoran Chinese
Japanese Garden. Permandangan dari luar dewan. Sangat cantik ! Entah camana jika musim sakura !
Cantik kan ? Haa... Kalau rasa nak kelainan dan meninggalkan kenangan terindah , boleh la cuba menginap di The Westin Miyako Kyoto.
Instagram : https://www.instagram.com/westinmiyakokyoto/