Bila gi event atau apa jua aktiviti luar bersama rakan rakan mahupun seorang diri , sebagai blogger pastikan akan bawa gadget utama iaitu kamera ! Pentingnya kamera ini adalah untuk memastikan entri kita tu punya gambar yang jelas dan cantik..
Macam aku , aku mulakan dengan beli kamera kompak. Yang boleh masuk dalam air tu .. lasak dan berkualiti. Olympus tak silap aku. Kemudian aku tukar ke Nikon sebelum gunakan Sony. Aku bukanlah pro sangat guna kamera dslr .. maka aku gunakan Sony Alpha5000 yang sesuai untuk mereka yang amatur.
Selain dari kamera dslr , aku kena guna kamera handphone. Aku perlu segera update ke media sosial bila amik gambar. Agak kurang beminat untuk letak watermark kerana setiap gambar aku tu amik tu , hak Allah. DIA yang bagi idea pada aku dan izin untuk aku amik gambar gambar tu.. Kalau rasa nak guna , amik je la.. Melainkan gambar gambar peribadi ! Yang tu aku tak benarkan laa..
Untuk kamera handphone atau smartphone , aku suka guna Htc dan sekarang Sony Xperia Z2. Cantik dan pantas ! Penting untuk aku bila ada event atau aktiviti .. kena cepat amik gambar ..
Guna Sony Alpha5000 .
Sony Xperia Z2 .. Gambar gambar ni boleh jadi lebih cantik jika main manual. Aku guna auto jer.. Malas nak setting .. Hehehehe ..
Tapi sekarang ni , aku suka guna GoPro ! Imej fisheye yang dulu aku tak reti hasilnya , tapi selepas bergambar di Paris .. aku semakin teruja mengusungnya ke mana mana.. Nak gunakan pon mudah ..
Nanti nak try guna GoPro masuk Taman Negara.. Mesti cool kan ?