Dulu masa mula mula pembinaan Putrajaya dan Cyberjaya ni , aku dengar pihak kerajaan akan menyediakan kemudahan internet percuma. Perghhh.. Seronok giler laaa masa tu.. Kira untung laa sapa duk kat situ ..
Bertahun tahun berlalu , mmg rezeki aku dapat tinggal kat Putrajaya ni .. Serius ! Memang betul laaa internet percuma kat sini .. Korang boleh akses internet di mana mana saja ! Percuma tanpa kata laluan lagi ! Kira nak bertweet ngan PM tercinta pon senang laaa .. Haa .. Tu belum lagi nak update blog atau baca blog PM .. Best kan ?
Kat Alamanda pon ada .. Free jer .. Kat mana mana pon ada internet .. Sambil berjalan boleh balas komen kengkawan kat FACEBOOK .. Best kan ?
Kat rumah ? Haaa ! Lagiii laaa … Tak payah nak langgan UNIFI .. Maklumlah , penjawat awam gaji besar mana sngat nak langgan itu ini kan ? Jadi dengan penjimatan tu , boleh la penjawat awam g makan kat kedai kedai area Putrajaya ni yang standard harganya cam nun kat Hollywood tu .. Jimat , jimat ..
Pasni , aku sekeluarga nak pindah keluar dari Putrajaya .. Alaaa… ruginyaa rasaaa .. Segala kemudahan percuma ni , aku tak rasa daahh .. Kira selepas ni kena bayar dah semuanyaa .. Dan tak merasa dah tengok lampu lampu berkelipan indah di sana sini terutamanya di kawasan bangunan kerajaan tu .. huhu ..
Apa pon , terima kasihlah pada kerajaan kerana menunaikan segala janji anda pada rakyat. Alhamdulillah , kami dapat simpan duit untuk beli rumah yang layak untuk kami duduki .. Yang besar besar tu , kasi je kat warga asing .. Memang buat khas untuk mereka kan ? Tak pe , kami memahami bila kerajaan mendahulukan kami ..
‘Percuma’ la sangat kan ? Ada menda percuma di Malaysia ni ? Adaa .. tabur janji ..