Zahra.. Aduhhh ! Pening aku tengok dia. Pelik dari mana datang perangai dia yang cukup garang tu. Ditambah lagi kalau tak menurut kemahuan dia , dia akan campakkan apa saja ada kat tangan dia. Kalau takda apa apa kat tangan dia , apa saja yg ada berhampiran dengannya..
Bila tengok perangai dia.. teringat perangai aku satu tika dulu.. Haishh ! Jangan laaa macam tu.. tak beruntung orang berperangai gitu. Sian mak ayah kena layan… tapi ayah aku tak layan. dia bagi je ngan rotan ! Hahahaha..
Dua perbezaan perangai.. Qhaliff di usia Zahra sekarang ni , sangat baby lagi.. Zahra , dah macam usia 4 tahun. Reti dah nak menjeling.. cemburu.. kedekut tapi baik hati… ngan abang dia je la ! Huhhh..
Yang pastinya.. apa yang orang tua kita rasa , kita akan rasa ! Maka , sila jaga perangai kita sekarang ni.. Anak anak bakal ‘mewarisinya’..