Kalaulah ada rezeki , jika aku tersua dengan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin ( MAZA ) , aku nak bergambar kenangan dengan dia dan tanya dia mengenai apa saja soalan yang bersarang dalam kepala aku ni..
Apakah itu menunjukkan aku taksub atau memuja dia ? Kenapa aku suka pada dia ? Sebenarnya bukan suka pada dia tetapi aku amat kagumi kebijaksanaan dia dalam penulisan artikal dan juga kuliah agama yang aku beli dan tonton .. Simple tetapi berisi .. sangat sangat berisi ... Sebab itulah aku meminati dia yabg sebenarnya aku minat pada pada penulisan dia.. Berbezakan ?
Wujudnya selebriti blogger ni disebabkan banyak perkara... Kerana rupa , penulisan kebijksanaan atau kekreatifan mereka.. Sbb sbb lain pun ada gak tapi inilah antara penyebab utama ..
Kebelakangan ini ramai nak jadi selebriti blogger .. kenapa gitu ? Ada yang menyangkakan dengan jadi selebriti blogger ini , akan jadi masyur gitu ... kan ? G mana mana ada je orang kenal ... seronok gitu ?
Bagi aku .. sebenarnya tak langsung seronok ... Biar orang minat kita kerana penulisan kita bukannya sebab kita.. Itu bagi blog .. kalau bab lain , tu cara masing masing ..
Zaman sekarang ni ada dua .. Realiti dan maya .. Jadi untuk jadi popular , paling mudah di internet .. Tonjolkan bakat , insyaAllah meletup.. tapi atas niat apa ? Tu mereka saja yang tahu ..