Sampai je depan hotel.. aku terpandang taman dia yang sangatt romantik !! Hahahaha.. Aku suka betul lepak taman gini. Kalau ada wife , Qhaliff dan Zahra .. mesti diorang suka punya.. huhuhuh..
Malas berjalan , leh naik basikal atau ‘keretapi kecik’ tu.. Apa tah nama dia.. Hahahaha ..
Hurm.. Kota ni kecik je.. Jap je jalan , dah leh hafal .. Tapi meriah .. Macam macam ada jual tapi yang pastinya bukan barang tempatan. Maka , aku tak beli apa apa kat sini ..
Yang ni paling menarik perhatian aku ! Lampu isyarat dia .. Hahaha.. Siap naik menda ni haaa.. Jadi kereta tak leh sesuka hati nak jalan gak laa .. Dah ada penghadang ..
Kalau nak naik feri pun boleh.. Jenjalan kat sungai ..
Hurm.. Banyak gambar kalau nak letak… Hahaha.. Letak mana yang sempat je la dulu .. gambar lain , aku letak kemudian dengan cerita yang berbeza ..
Kesimpulan , bandar Tolouse ni .. menarik bagi mereka yang nak relaks.. Mmg best lepak kat taman sambil membaca , minum kopi dan sebagainya. Menurut sumber, masalah jenayah pon tak seteruk di Paris tu.. ‘ Super safe’ katanya .. Heee..
Ok .. nanti aku cerita lagi.. Nak kemas beg. Jap lagi nak ke kilang AirBus… Ni tujuan utama ke Perancis .. Pastu , akan terus balik ke KUL dengan kapal terbang Air Asia X yang baru !!! Aku antara yang pertama berada di dalamnya ! Tak ramai pun.. Blogger dan engineer serta pilot jer dalam kapal terbang tu ! Wahahaha .. Tak sabar !
Tapi.. perjalanan akan memakan masa 16 jam ! Hahahaha .. Masak laa.. Ha , sila pilih tempat duduk masing masing.. Nak ubah pon tak peee.. Takde sapa nak marah.. nak jenjalan pon boleh .. Lalalala ..
Doakan kami selamat tiba di KUL .. Jangka tiba , Jumaat petang. InshaAllah ..