Bagi mereka yang gemarkan bertanyakan sesuatu pada rakan rakan maya , pasti pernah garu kepala bila ada rakan yang memberikan jawapan yang .. hurmm … mengarut dan membodohkan diri sendiri walaupun dia sekadar bergurau . Malangnya gurauannya itu tak kena tempat ..
Contoh ..
“ Geng , kat mana best makan malam yer ? “
Maka ada la si polan tu tinggakan komen begini ..
“ Cuba try kat kubur .. Mesti best punya .. Haahahha .. “
Apakah masalah yang boleh timbul selepas itu ?
Pengomen seterusnya samada akan akan lebih bersikap matang dengan tidak melayan komen mengarut sebelum itu lalu tinggalkan komen yang membina atau terpengaruh dengan komen tadi lalu berangkai rangkailah komen yang mana tidak langsung ada kaitan dengan pertanyaan kawan kita tadi.. Kesian kan ? Kawan tu tak dapat jugak jawapan yang dicarinya ..
Kawan , jadilah bijak bila berada dalam dunia maya. Bukan suruh berlagak pandai tapi gunalah akal bila berada dalam ni . Tak cukupkah dengan ‘kebijaksaan’ yang ada bila kita berada di dunia nyata ? Takkan nak usung ke dalam dunia maya semata mata nak bagitau yang kita ni original dalam ke dua dua dunia ni ?
Akal ada guna .. Tu membezakan antara kita dengan mereka yang tak boleh berfikir langsung .. Hati-hati bila meninggalkan komen . Ada mata memandang dan perhati.