Call mak aku tadi .. Dia kata sedang siapkan kari ikan bawal . Teringat aku sapa yang nak sangat makan kari ikan bawal ni .. Pastu nak g hantar pulak .. Pergh.. Kalau dekat tak pe la.. Ni confirm nak harung jammed nun kat area Ampang , Melawati tu lagi ..
“ Kita tak perasan mak bapak kita berkorban byk perkara hanya kerana kita tp kita sering perasan bila mereka gagal penuhi kehendak kita.. “
Itulah bunyi tweet aku selepas berborak jap ngan mak aku tadi.. Mak mana sanggup dengar anak cucu teringin makan itu ini kan ? Selagi terdaya , mereka pasti akan usahakan ..
Tapi anak pulak ? Berapa ramai sanggup utamakan mak ayah mereka terlebih dahulu berbanding diri mereka ? Boleh kira ngan jari ..
Hurm .. Dunia ni bulat .. Segalanya akan kembali pada kita ..