Bukanlah doa tapi kalau dah dalam artikal tulis pun macam retak menanti belah je , apatah lagi mereka pon dikatakan g mahkamah untuk amik borang cerai .. nak kata apa dah kan ?
Dalam Mstar Online ada cerita lebih lanjut mengenai status hubungan mereka . Dan aku tak nak la nak ulas memandai mengenai tu cuma aku nak berkongsi pengalaman mengenai ni .. hurmm …
Perkahwinan bukan satu mainan . Bukan macam ‘asal jatuh cinta , jom nikah.. ‘ . Bila tersedar dari lamunan , ‘ kita tak serasi rupanya.. ‘ . Kalau duit berlambak dan mak ayah pon kaya raya , maka bolehlah amalkan ‘kerjaya’ begitu .. Apa nak kisah kan ? Janji tak buat kerja haram. Asal suka ,nikah.. Tak suka , cerai ..
Bagi yang tak berkemampuan sangat seperti terpaksa bergolok gadai semata nak menikah ni , fikir masak masak .. Kenapa nak nikah ? Setakat mana perasaan suka , cinta , sayang mahupun pengorbanan antara satu sama lain ..
Nikah ni , mudah .. Tak sukar mana pun cuma bila berlaku pergolakkan dalam rumahtangga ni , sejauh mana mampu nak galas segala masalah . Bukan pe , kang bercerai .. ada kes gila talak la .. Kes tak leh lupa bekas bini laa.. bekas suami wat kacau laa.. Haa.. atau kalau ada anak , pon kesian kat mereka.
Ni haa , anak muda yang masih sekolah .. Teringin benar nak ikut style drama tv tu haa.. Fikir betul betul… Nikah je , kita suami isteri jadi satu. Tiada lagi istilah nak menyendiri , nak enjoy dengan kawan kawan siang malam atau nak tidur dari malam sampai ke malam !
Fikir masak masak .. kalau boleh sampai rentung fikir .. Buat Riz dan Ana , jika dah jumpa jalan penyelesaian , selesaikan dengan baik. Tak perlu nak tensen tensen .. Hidup hanya sekali. Nikmati.. Jadikan segalanya , satu pengalaman …