Yess ! Dapat satu lagi jemputan.. Kali ni ke Perth , Australia lak. Walaupun tak lama , tapi bagi aku .. dapat pijak bumi Australia pon ok dah ! Janji dalam pasport tu ada cop bertanda Australia ! Hehehe.. Melengkapkan tahun cemerlang aku sebagai blogger. 3 trip yang ditaja oleh syarikat besar ! Yang pertama , ke Korea.. ditaja oleh Samsung. Kemudian ke Jepun , ditaja oleh Air Asia dan Australia oleh.. ? Haa.. Tungguuuuu...
Dan tadi , aku g la IOI Mall Putrajaya. Nak tukar duit kat sana.. Aku bawak RM500. Tak tau lagi berapa dapat.. Malas nak kira ! Sampai kat kaunter pertukaran mata wang asing , aku bagi duit berjumlah RM500. Di skrin tv tadi tertera 3.16.. Hurm...
RM474 , aku dpat AUD150 !
Ternyata mata wang kita masih lemah ! Ada orang besar kata , semua tu tak penting ! Janji pelancong luar datang ke negara kita.. Tu yang penting ! Dah tu , kalau diorang datang .. apakah harga barang dalam negara murah ? Apakah kita nak tengok diorang je shopping ? Yang rakyat sendiri , pakai barangan buatan tempatan ? Pak pak menteri pakai barangan mana ? Kraftangan tempatan ? Hurmm..
Sedih wehh.. Nasib baik la aku pergi ni atas dasar kerja. Kalau saja saja nak melancong , rasanya tak lepas aku nak hidup kat sana ! Aku kena menabung dari kecil lagi , kalau teringin nak pergi ke luar negara.. maklumlah , takde orang derma atau harta warisan untuk aku abiskan !
Apa pun .. aku bersyukur.. dengan blog , aku merasai semua ni ! Alhamdulillah.. Kalau kerja dengan 'diorang ' hanya boss dan mereka yang bertaraf tetap je merasa gi sana sini.. huhu.. Kenangan tuuuu !
Aku dah buktikan.. korang pon boleh ! Tak semestinya makan gaji baru boleh berpendaptan ! Yang penting , berkat .. tak kira berapa pon kita dapat.. kena jaga part tu !