Sewaktu perjalanan ke rumah dia nun di Gombak , aku tengok jalan ke Pantai Timur sesak ! Waaa...awat lak diorg balik time time gini ? sah sah ramai berpusu pusu...Jalan tu lak menuju ke Cameron Highland....aku rasa mmg ramai nak ke sana time ni..Nak ke Terengganu atau Kelantan , aku rasa ramai dah bertolak subuh tadi...
Aku terdengar kat radio mengatakan ada kemalangan kat Bentong..3 bijik kereta terlibat ..waa..mmg abis la sesak....jangan kata 3 bijik , sebijik pun dah leh buat jammed giler..
Malam sebelum tu , aku tido lewat..dalam kul 4 pagi..sibuk mengemas blog aku...persediaan untuk mengeluarkan jawapan jawapan peserta..hehehe..Kul 6 lebih bangun subuh, pastu tido sat...dalam kul 8 pagi tu selepas makan pagi ..makan karipap panas bersama kopi o..haaa....kan sedap tu...barulah bertolak g...
Sampai sampai...lori pun tak de lagi neh....menurut suami adik ipar aku tu , dia dah call..baru bangun tido si dreba lori tu..hahaha...tak pe la..layan tv je la sat..Tak lama kemudian..sampai...aku dengan penuh rajinnya mengangkat barang barang yang berat..huhu..
Selesai angkat barang , rehat n solat ..Pastu tuan rumah ajak g makan..hehehe..lapaq neehh...aku on je la...Sampai kat restoran tu , aku bernafsu gile tengok makanan..semua aku suh amik..hahahahha....Kata orang belanja kan..so amik je la...hehehe..Aku tengok wife aku dah semacam..Aku tau apa dalam kepala dia tu..hahaha....Selesai makan , aku g bayar..hehe...mmg la niat suami adik ipar aku tu dia nak belanja sbb kitorang g tolong tapi aku tak sedap hati sebab aku yang paling banyak makan !!! Ayam goreng , ikan pari , ikan keli , sup ekor , apa lagi..nasi tambah..hahahaha...adalah wajib aku yang membayarnya....sendiri mau ingat la kan...lagi pun sian gak kat dia , baru pindah umah,.banyak nak kena bayar....Apa la sangat nak bayar makanan tu kan...Bagus tak aku ??? Haaa...
Dalam kul 4 petang gitu...baru sampai putrajaya..huhu..penat n ngantuk sekali....ZZZZzzzzzzzzzzzz terus akuuuu
Baru seminggu aku jadi penganjur , boleh dikatakan ..hurmmm....hurmmm..seronok ...disebabkan kegigihan melihat kawan kawannya berusaha mencari jawapan jawapan yg kreatif..berbeza dengan yang lain..sebab tu jawapan dikeluarkan serentak..heheh...
Selain seronok , aku jugak pening kepala skit skit dengan peserta yang menarik diri di saat akhir..nasib baik ada yang nak masuk di saat akhir..kira dapat la gak mencukupkan 100 orang peserta...100 ni pun banyak dah ...tamo lebih lebih...leh pengsan aku wooo..Tak pe la kan ..nak wat camana..lagi pun semua ni sekadar satu bentuk hiburan..
Soalan yang diberi seminggu sekali namun masih ada juga yang pening pening lalat nak jawab..hahahaha...soalan mudah tapi ada muslihatnya..
Soalan yang aku bagi sebenarnya hanyalah melibatkan diri sendiri..Peserta hanya perlu meneliti sedalam dalamnya , siapakah dia sebenarnya dan bagaimana dia nak menerangkan kepada orang lain siapakah dia di kaca mata dia sendiri ! Bukan mudah tau ! Biasanya orang lain yang menilai dirinya tapi kali ni dia sendiri yang perlu menilainya..heheh..
Pengundian pula , aku ingat boleh la undi berkali kali tetapi rupanya tidak..aku sendiri pun tak perasaan boleh undi sekali je sehari..hehe...maksud aku , sorang tu boleh undi peserta tu sekali je..mungkin aku nak ubah kepada satu pembaca boleh undi ..ermmm 3 orang peserta berlainan..hehehe..baru meriah..Tengok la camana nanti...hehe
Selain dari mengenali diri sendiri , peserta juga perlu mendapatkan kepercayaan pembaca dan juga penyokongnya yang terdiri dari kawan kawan , ahli keluarga terdekat ( yg online je ) bagi memancing undi mereka...Haa..part ni susah ..kenapa ? Ada peserta yang agak malu dan ego nak minta bantuan !! ...Hehehe...masa ni laaaa kena belajar ...Serius ..mmg susah nak tarik kawan kawan di FB membaca status kita..berapa kerat sangat laaa yang nampak status kita tu bila kita up kat FB..
Cara nak tarik perhatian ialah dengan tajuk status peserta..mesti mampu buat dia tertanya " apakah dan kenapakah " ...haaa...bukan mudah wooo....aku sendiri yang buat forum soaljawab memula pun takde orang nak layan..hahahha
Akhir kata , hehehe...mlm ni bakal terjawab siapakah yang tinggal bagi meneruskan perjuangan ..Soalan berikutnya , pasti membuatkan peserta garu kepala...Sangat mudah tapi susah...hehehehe..walaaahhhh
Aku hanya akan pergi bila ada info info yang menarik mata aku untuk membaca...kalau aku berminat , aku akan follow dia..kalau tidak , biar je la...tak de la nak perli atau nak kutuk cara penulisannya..Bagi aku , blogger yang muda muda ni ( termasuk aku ) adalah menulis untuk menghilangkan rasa boring atau sekadar meluahkan perasaan..tak lebih dari tu..
Memula dulu , aku ada la buat cara cara otai buat..g masuk blog orang..tinggalkan jejak..pastu blogger lain lak datang...ermm...bagi aku la....ni pendapat aku...tak menarik..kenapa ? sebab pusing p pusing mai..blogger tu gak...Ibarat menulis buku..siap..terbit..aku jual ..ko beli..ko tulis..ko terbit..aku beli..pi mai pi tang tu....kalau dah beribu follower ? muka muka tu je la masuk...
Mmg la ...lain orang lain cara...aku tak la kata tak best..lantak la kan..cara masing masing...cuma aku tak berkenan ada blogger yang suka komen blog orang...Tau la blog korang tu ramai visitors...tapi kalau visitors tu muka muka tu je ? Berkembangkah ? Jgn fikir bila blog kita tu ramai datang , dah kira bagus blog kita tu...Jgn fikir bila ramai komen , dah kira bagus blog kita tu..tak..terlalu ramai silent readers..diammmm jeee..
Aku lebih gemar tarik pembaca dari kalangan peminat novel..mereka mereka ini pandai menghayati segala isi kandungan ..Kalau aku mampu buat mereka tersenyum , ketawa atau jugak tersentuh perasaan dengan tulisan aku , bermakna tulisan aku hidup !
Ada blogger tak suka tulis panjang panjang..Tulis je point ..tak kisah la kan cara masing masing...Yaa..cara masing masing..tak perlu nak kritik atau komen blog orang lain...Sapa kita nak komen ? Sekali pun ada PHD dalam bidang penulisan , belum tentu layak komen ! Bidang penulisan ni paling penting ialah minat diikuti dengan bakat..kalau sekadar bakat takde minat..tak berguna...begitulah sebaliknya...kemudian kena ada ilmu penulisan...haaa..part ni penting...Aku ? tah le..setakat ni aku ada minat je..bakat ? korang je la nilai...
Apa yang aku nak kata ni , dunia blogging ni makin berkembang..makin meriah....Bagi yang tak tau nak menulis , belajar...tengok..lihat...baca ...yang penting jangan tiru...jgn tiru corak penulisan orang lain..jadilah penulis dengan identiti tersendiri..
Satu lagi ..kalau nak menulis blog ni , bagi aku kenalah ikhlas...bila ikhlas , orang baca pun menarik...kalau sekadar tulis 'kosong' tapi follower beribu , tak guna ...mmg ramai masuk..diorng masuk sekadar membalas kunjungan..tapi bila diorg keluar , apa yang diorng bawak ???? KOSONG.....takde apa apa..
Apa guna layout cantik menawan...kalau isi hampeh !
Tepuk dada tanyalah selera...Apa pun , aku tak kata blog aku ni menarik..blog aku ni pun hampeh tapi aku tak la nak kutuk blog lain yang mana tulisannya pun.....sama level ngan aku..
Kecuali blog blog yang mana kandungan tip top ! Blog blog pemimpin , para cendiakawan ...haa..tu tak leh dinafikan sebab mereka menulis bukan kejar glamer atau $$ ..mereka menulis untuk menyampaikan ILMU atau MAKLUMAT...Itulah tujuan blogging....
BLOG ADALAH SATU KARYA SENI PEMILIKNYA..IBARAT SEBUAH LUKISAN ABSTRAK..
Ampun maaf dari saya...SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT BERCUTI ...walaahh
JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.
Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.
Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.
Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.
Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.
Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.
Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.
Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.
Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.
Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.
Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.
Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.
“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.
“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.
“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.
“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya.
_____________________________________________
Member aku penah cita gak..kat highway nak ke Pantai Timur..Kelantan ..ada satu tempat tu , kalau ke sana waktu malam , tidak digalakkan sama sekali berenti untuk makan dikawasan hutan..Sebab ada kes dimana satu keluarga tu berenti di sebuah kedai makan yang ramai orang ...Bila dia dalam perjalanan pulang , dia lalu tempat yang sama , kedai tu rupanya dah buruk giler !! Ada lagi bekas makanan yang dia makan...Cuba bayangkan , dia makan mee goreng pada malam tu...saki baki mee goreng tu masih ada tapi bukan mee goreng....Cuba la teka apa dia ?? hehhehehe
Apa korang nak buat bila terjumpa ketam sebenar gini tengah baek punya berjalan menyenget kat tepi pantai tempat korang berkelah ?? heheheh..sila jawap kat kotak undi disebelah..
Untuk baca artikal tersebut...sila klik
Tapi perang ni ada dasar semangat persahabatan je..tak de la tahap caci maki calon calon yang bertanding..takde maknanya kan..masa ni setiap peserta akan mengeluarkan idea idea tersendiri bagaimana nak memancing pengundi..hehehe..ingat mudah kee ?? hehehe..ramai kawan dalam fb belum tentu lg nak g mengundi untuk kita lagi tau ! haaa..ada yang sekadar tengok..ada yang malas langsung nak jengok...yg sanggup g 'buang undi' ni la kawan sebenarnya kawan..yelah , sanggup g buang masa jengok blog n baca ..pastu undi....esok kena datang lagi g undi..sapa nak ? orang yang sanggup tengok kawan dia menang je sanggup buat gitu wooo...
Jom tengok poster poster yang dah dinaikkan ..
Haaa....dasatkan ?? Ni belum lagi jadi calon ADUN kawasan masing masing ...cuba kalau jadi ADUN ?? Perghh....tak tau la camana diorng buat kempen !
Soalan pertama untuk pertandingan ini dah dikeluarkan pada Ahad lepas..ramai dh jawab dan tunggu masa je untuk disiarkan secara langsung serentak satu dunia ...haa..dasat tak ??? haa..mana taknyer ...dah dalam internet..serentak satu dunia dapat la kan..hehehe...
Malam ahad ni adalah penentu sapa yang bakal tersingkir...dari 100 orang wanita , siapakah yang bakal tersingkir untuk pusingan saringan ini ?? Kita tunggu je la ahad ni ek...sementara tu korang leh tengok sapa yang paling ramai pengundi buat masa sekarang ni...huhu...adakah yg ramai pengundi itu menjamin kejuaraannya ? walaahhh...jom terbang sat ke sanaaaa...http://www.top100wanita.blogspot.com
Tetapi difikir fikirkan , makin tinggi level wanita itu makin sukar mendapatkan pasangan.. Apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah kerana ingin mencari pasangan yang setaraf ? Atau paling tidak pun lebih tinggi dari dia ? ...
Mengikut dari kajian yang aku buat dulu , ramai wanita yang berpendidikan tinggi fobia untuk mencari lelaki yang 'bawah' dari mereka .Ini kerana risau lelaki tersebut mengahwininya atas kerana harta atau akan mengambil kesempatan. Haa..
Jumlah wanita yang membujang ini bukanlah sedikit..Tinggi wooo...wa pun tatak picaya loo...Bukan diorng tak nak kawin , tetapi yang datang mengendeng kat diorng tu majoritinya spesis jantan hantu raya..Sukar nak dipercayai kejujurannya..Adakah ini benar atau mainan perasaan mereka sendiri ?
Adakah patut mereka cari yang lebih tua sahaja atau atau nak senang cita .....membujang je sampai tua ?
Bagi aku la...apa salahnya...kawin je la ngan sapa yang sudi..maksud aku..selepas berkawan ...paling tidak pun 6-8 bulan..kenal hati budinya..keluarganya...kerjayanya ..kawan kawannya..setelah dikenalpasti benar benar orangnya , tak kira la keje kecik ke besar , ajak je kawin...Jangan la tunggu sampai expired..nanti tak pasal pasal , haa..dok sorang sorang..
Mmg la , boleh amik anak angkat tapi tak teringinkah anak dari darah daging sendiri..Tak salah mencuba kan ? Kita hidup sekali je...satu perjudian yang perlu kita harungi...menang atau kalah , yang penting kita mencuba...mencuba pun biarlah kena gaya..jgnlah dah tau orng tu penagih dadah , nak gak g sapu...Carilah sekurangnya berilmu agama yang boleh membimbing keluarga kelak..
Kat mana nak cari ? Cuba cari kat disko , shopping complex , kedai kedai mamak yang berhampiran , starbuck , coffee beans ...mesti korang jumpa ! haaa...kat situ semua tak dijamin oleh lever brothers dan juga tak de sijil halal jakim !!!! ..
Nak cari yang bagus bagus , g la tempat tempat malaikat berkunjung...majlis majlis ilmu ...perpustakaan ..masjid masjid...tempat tempat yang sememangnya didatangi orang orang mencari ilmu dunia dan akhirat...insyaAllah leh jumpa...
Dalam internet ? Aku rasa leh percaya.. ramai yang bahagia dah kawin dengan pasangan yang berdating dalam internet ni ..Susah nak percaya ? Aku bagi tips..bila jumpa kali pertama...bawak kawan sorang...mintak MYCARD dia...mintak wallet dia...mintak hp dia...kalau benar benar dia jujur..dia akan bagi...tu pun dia ada plan nak kawin la ngan korang..haaa...kalau tak ? mesti dia tak nak bagi..sebab ada rahsia..haaaaaaaaaaaaaaaaa....nak takut apa kan ?? hehehe...yela..kot kot terkena laki orang..tak ke parah ...
Penutup , jgn persia siakan kehidupan yang sekali ini....
Adooiii...apa kes ni ? Ni kat stadium ni ...sah sah ramai orang dok tengok ...hahahhaa...Seingat aku dulu laa , zaman zaman aku main bola , kalau tahap tak tahan gini , diorng cari celah tiang je..hahahhaha..pengotor betui...kalau aku ??? aku pastikan semuanya clear dari umah lagi...takkan nak bawak g tengah padang punya...hahaha..gilesss..
Macam macam perangai manusia ni...