BEN ASHAARI




" Banyak dapat claim bulan ni .. " , si isteri mulakan bicara ..

"Berapa ? " tanya si suami ..

" Dekat dekat RM1K gak " .. isterinya memberitahu ..

" Hurm....berapa kos ? " si suami tanya semula ..

" Ada la.. skit jer .. " si isteri jelaskan antara mahu tak mahu ..

" Skit tu berapa ? Sejuta ? Bagi anggaran " tanya si suami lagi ..

" Emm.. malas la nak kira " .. si isteri dah mula boring ..

" Anggaran jer .. " suami cuba mengorek lagi .. hahaha

" dalam RM200 jer " isterinya mengalah juga ...

" Oo... abang pun baru masuk dapat duit claim " .. suaminya lak bukak rahsia ..

" Berapa ??? " , si isteri cuba nak mengorek lak ..

" Adala skit " ...jawab selamba si suami membalas dendam padahal takde pun ..

HAHAHHAHAHAH ....
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Aku balik dari rumah mak aku lepas aku workout kira kira dalam jam 8 malam ... Hujan lebat .. redah je la ...

Sampai kat ERL , aku terlepas dah .. Kena tunggu lagi 20 minit gitu.. tak kisah la ..orang pun tak ramai ... Aku jalan dengan lenggang lenggoknya .. Sampai kat ekslator .. aku ternampak ada sorang lelaki berusia cam terpinga pinga.. Aku tengok disisi dia ada banyak barang .. ermm ...

Aku terpikir kenapa dia tak guna je lif ? Aku pun naik la ekslator tu sampai atas .. Aku sapa dia .. aku tanya dia napa tak guna lif ? dia kata rosak .. Aku tawar bantuan pada dia .. Nak aku angkat apa ? Dia suh aku angkat satu kotak yang boleh tahan berat laa.. kena turun tangga bang ... hahaha .. Tangga lak lebih kurang 50-70 anak tangga .. Tak kisah laa...Kesian kat dia .. Dah tua gitu ..

Dia cakap dia baru sampai dari China.. Aku tanya dia wat pe kat sini .. Dia betulkan anggapkan aku .. Dia baru sampai dari China tapi dia adalah rakyat tempatan.. G sana bercuti jer .. ooooooooo..

Aku bawak kotak dia sampai bawah .. Pas mengucapkan terima kasih , aku pun naik la atas semula ... Bila sampai kat port biasa aku , aku nak berblog .. sempat la satu entri .. Baru duduk..kuarkan laptop .. ada sorang lelaki cina sapa aku .. dari tempat duduk dia ..kira jauh tu dalam 10 langkah..

Dia tanya aku , masa yang diambil dari Bandar Tasik Selatan ke KLIA berapa lama ... Aku cakap la dalam 20 minit je gitu .. Pastu dia tanya lagi dan lagi dan lagi .. Aku tutup laptop aku .. terus g kat dia .. Borak cam kenal 10 tahun ..

Dari cerita dia .. dia nak g Eropah .. waaa..terkejut gak aku .. tengah tengah bulan makan angin kat sana ? Dasat .. anak orang kaya kah ? Korek punya korek .. ( bak kata Dr Fadzilah , aku kan pandai korek rahsia .. hehe ) dia kata , company trips.. perghh .. aku tanya la berapa ramai g ? Dekat 500 orang wooooo ..Giler ke apaaa ... Baik betul bos dia ..

Sampai ERL , aku naik ..sekali ngan dia .. dalam tu , duduk la sekali .. berborak .. aku cam polis pencen korek lagi latar belakang dia .. Orang Pangkor.. keje kat sini .. bla bla bla.. sampai cerita pasal kawin semua aarrr.. Termasuk berapa ia bawak duit untuk ke sana ... Hhahahah.. dasat aku kan .. teror wooo ...

Sampai destinasi aku... bersalaman la... kata 1Malaysia .. tapi aku tak tau nama dia ar.. hahaha..tak kisah la.. aku rasa dia berani tegur aku sebab dia nampak aku tolong lelaki tadi tu kot ... tak kira bangsa gitu kan .. hehehe

Tapi yup... aku bukan prejudis bangsa ... aku tak kisah sapa pun asalkan niat dia baik dan tak ganggu aku ... Baik kan aku ... hahahaha

Oh ya.. aku cerita ni bukan sebab aku bangga tapi saja nak berkongsi cerita .. Aku kata dah .. aku cerita apa saja tentang kehidu0an aku kecuali ..bab terlalu peribadi la.. takkan nak cerita tu gak kan .. hehehe ...

Pasai paa la wife aku tak sampai lagi neehhh ... sempat lagi 3 entri ni...post dulu ni.. heheh...
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Cam biasa, wife aku amik bila aku sampai di stsn ERL Putrajaya .. Aku , cam biasa .. usung laaa laptop yang sedia 'on' tu ke dalam keta ...

Dalam kereta .. aku dok perasan wife tergaru garu leher dia .. " Gatal leher la bang " ..
Hurmmm ... aku dah tekena dah semalam ... malam ni tamo terkena lagi ...

" Beli baju baru ker ?? Ke tudung baru ? " ... aku tanya ..
" Tak laa... gatal betul ni ... lewat mandi tadi ... tu yang gatal " .. wife aku menerangkan ..

Haaa.. tu laa.. tipu lagi.. cakap betul pun orang susah nak percaya ..
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments
Hahaha... aku kata dah ..mesti dia kuarkan entri tu...

Dah berhari hari dia dok kata nak cari kayu.. nak cari kayu.. nak cari kayu .. nak cari kayu .. Sampai siap nak g tanya kat jiran sebelah kat mana diorg leh dapat kayu .. Aku kata tak yah la.. nanti g amik kat umah mak aku.. Berlambak sana ..

Tapi bila g sana je mesti terlupa .. Masa g Kelantan ari tu pun terlupa.. kalau teringat pun , tkde ruang nak letak .. Kelmarin , dia cakap pokok timun dia patah .. sbb tak dapat nak menjalar .. Sian lak aku tengok .. aku pun belek la pokok tu .. Ermm .. nak cari kat mana kayu pagi pagi ni .. Dia syorkan pembaris kayu yang panjangnya pun ala ala gitu jer. ..tak panjang mana pun ...

Pastu aku ternampak la satu objek ni .. huhu.. aku g amik ... terus aku pacakkan dalam pasu tu .. Boleh dia bantai ketawa... Ok pee ? Kreatif lagi inovatif ! Bukan senang nak dapat idea lagu ni ... haaa ... korang nak tau apa yang aku pacak tu ?? JOM ... klik >> sini
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya.

_____________________________________________

Member aku penah cita gak..kat highway nak ke Pantai Timur..Kelantan ..ada satu tempat tu , kalau ke sana waktu malam , tidak digalakkan sama sekali berenti untuk makan dikawasan hutan..Sebab ada kes dimana satu keluarga tu berenti di sebuah kedai makan yang ramai orang ...Bila dia dalam perjalanan pulang , dia lalu tempat yang sama , kedai tu rupanya dah buruk giler !! Ada lagi bekas makanan yang dia makan...Cuba bayangkan , dia makan mee goreng pada malam tu...saki baki mee goreng tu masih ada tapi bukan mee goreng....Cuba la teka apa dia ?? hehhehehe

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
KETAM LABAH-LABAH...pakar hidupan marin menunjukkan Crabzilla yang ditangkap.

Apa korang nak buat bila terjumpa ketam sebenar gini tengah baek punya berjalan menyenget kat tepi pantai tempat korang berkelah ?? heheheh..sila jawap kat kotak undi disebelah..

Untuk baca artikal tersebut...sila klik
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (40)
    • ▼  Jun 2025 (3)
      • Makan telur pun diorang jadikan isu panas !
      • Kelebihan cacao ( dark chocolate ) dengan halia da...
      • Aku baru nak aktif TIK TOK !
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes