CERITA SERAM DI JOHOR
JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.
Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.
Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.
Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.
Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.
Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.
Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.
Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.
Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.
Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.
Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.
Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.
Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.
“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.
“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.
“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.
“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.
“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya.
_____________________________________________
Member aku penah cita gak..kat highway nak ke Pantai Timur..Kelantan ..ada satu tempat tu , kalau ke sana waktu malam , tidak digalakkan sama sekali berenti untuk makan dikawasan hutan..Sebab ada kes dimana satu keluarga tu berenti di sebuah kedai makan yang ramai orang ...Bila dia dalam perjalanan pulang , dia lalu tempat yang sama , kedai tu rupanya dah buruk giler !! Ada lagi bekas makanan yang dia makan...Cuba bayangkan , dia makan mee goreng pada malam tu...saki baki mee goreng tu masih ada tapi bukan mee goreng....Cuba la teka apa dia ?? hehhehehe
9 comments
seram sungguh.. harap2 x tempuh kejadian pelik begini
BalasPadamfuyyoo.
BalasPadamadmax tu.. aku apply xdapat approval lagi
Ariff...aku terletak la...kira terfree adv ..hahahaha..ko nehh
BalasPadamcikgu...best pe ? pengalaman tuu..heheh
kemayan city.....
BalasPadamdh 12 tahun operasi menyiapkannya menempuhi jalan buntu....kami warga johor mmg tak pernah mengalami...
namun,kebanyakkan cerita dr jiran sebelah mmg diwarkan2...maklumlah owner kemayan city dr jiran tu....
apapun...panaromal ini sentiasa berlaku...maklumlah tempat tak bertuan....ramai yg nak jadi tuan....
Salam..So scary!Ngaaaiiiii!
BalasPadamp.s: Peminat cerita seram.
ermm kemayan city ni tak jauh dr rumah aku. sbnrnya mmg blkg bangunan tuu jd laluan utama ke tmn2 perumahan berhampiran. kalau lalu waktu siang mgkin tak rasa sgt... tp kalau mlm tuu, ermmm mgkin gak ler...
BalasPadamyg penting jgn pandang belakang. hehehe
saya penah baca pasal kisah kemayan city tu..
BalasPadamtapi x tahu kesahihannya..
huhu~
tu mall bunian agaknya..=)
Erkkk...menyeramkan nihh....nasib baik lah tak ter"shopping" kat situ, kalau lalu malam2...boleh pingsann!!!
BalasPadamHmmmm Im from singapore n heard about this too.. We've never been there.. But after reading ur Blog.. confirm 100% we're not gg to step in there.. Thanks for the post
BalasPadam