Halimah Jongang tiada niat menghina

by - Khamis, Februari 25, 2010

SHAH ALAM - Komposer terkenal, Eddie Hamid berkata, beliau tidak pernah berniat menghina atau mengejek golongan bergigi jongang kerana lagu yang dicipta dan dinyanyikannya itu hanyalah hiburan semata-mata.

“Ia juga hanya kebetulan sahaja. Bukannya nak menghina orang. Saya buat lagu ini pun atas permintaan penerbit, A Aida yang mahu lagu tema untuk dramanya Halimah Jongang,” katanya, semalam.

Bagaimanapun, Eddie tidak menafikan ada segelintir pihak, terutamanya yang bergigi jongang yang tidak puas hati dengan lagu dendangannya itu.

Namun, katanya, sebagai orang lama dalam industri seni, dia sedia memohon maaf kepada sesiapa saja yang tersinggung.

“Lagu ini sebenarnya dibuat khas untuk Halimah Jongang dalam drama itu saja dan tak ada kena-mengena de:ngan orang lain. :Kalau ikutkan banyak lagi cerita-cerita lain yang menghina kelemahan orang, misalnya kisah orang cacat, gagap dan sebagainya. :Tapi, kenapa pula hanya Halimah Jongang yang jadi isu?” katanya.

Menurutnya, lagu tersebut sememangnya memberikan kesan terhadap dirinya, kerana ke mana-mana sahaja dia pergi pasti ada yang menegurnya.

Malah, ada yang menyanyikan lagu tersebut de -ngan trademarknya sekali.

“Selepas ini saya akan muncul dengan beberapa lagu baru seumpama Halimah Jongang iaitu Fatimah Juling dan Dollah Hapak,” katanya.

Dari Sinar Harian

________

Oh bro Eddie..Dulu lagu lagu dikau best didengar....nape laa mau bikin lagu lagu menghina lak skang ni ?? Apa kata bro eddie jongangkan gigi dan juling mata serta jgn mandi 8 tahun untuk mendapatkan feel lagu lagu tu nanti....Kalaulah orang lain buat lagu macam tu takde isu , tu lain kes sebab orang dulu tak kisah apa pun sebab tahap pendidikan lagu mana berbanding skang ni , berapa ramai dah celik ilmu ??

Budak budak suka nyanyi lagu lagu gitu..Membinakah minda mereka ? Renti rentikan laaa..sian kat diorng tu..kalau nak buat sangat , buat la yang melibatkan fizikal bro sendiri...bila wartawan tanya , ni adalah lagu berkisarkan diri saya...sapa mau kecoh ?

Kembalikan zaman kegemilangan lagu lagu jiwang Eddie Hamid ! Tangkap lentok siuttt...Tu lagi best dari wat lagu lagu cam skang ni....Respek Eddie hamid yang dulu !

Entri berkaitan >> sini

You May Also Like

5 comments

  1. Hmmmm....nak komen pun "MALAS"....

    BalasPadam
  2. hahaha....mantap...straight to the point....

    BalasPadam
  3. baru semalam, dekat kedai makan, dengar budak kecik nyanyi lagu ni..hafal tuh...dengan lengok dia sekali..haih..

    BalasPadam
  4. wahai en.eddie yg hebat :zaman skang org cerdik pandai dah ramai..IQ tinggi2,tetapi xla close-minded.JUST kami ada sensitiviti..esok2 kalo ade terbitan EDDIE *****, AIDA ******, nyanyi d stiap corong radio.wat do u feel ha?
    JONGAng,JULING,itu hiburan ke??
    tertawakan kekurangan org tu hiburan yea..
    OMG..pelik2..sia2 je

    BalasPadam
  5. Itu la kalau dah nama pun melayu.konon nak buat jadi makin lawak la cite tu ye.tengok The Nanny..gempak gile cite tu..tapi takde la sampai macam A.Aida ngan Eddie Hamid ni, sampai kecacatan orang jadikan mainan..bodoh sungguh. serius aku cakap kat ko la eddie hamid, jgn la ko bangga dengan lagu yang ko buat tu, sebab dengan lagu ko tu, beribu-ribu manusia di malaysia ni hidup dalam keadaan tertekan. anak sepupu aku tanak g sekolah sebab gigi jongang teruk kene kutuk ngan kawan-kawan. ko menyusahkan ibu bapa die. sampai kene pukul baru g sekolah..so ko rase ape yang ko buat tu relevan ke..memang ko masuk neraka la..dosa ngan Allah boleh mintak ampun, tapi kalau ko dosa ngan manusia, larat ke ko nak jumpe sorang-sorang minta ampun. so sedarlah lebih awal..tu nasihat aku la. silap gaya pasni kalau ko create lagu sedap macam mane pun, aku yakin la sambutan akan menurun

    BalasPadam