Masih tidak cukup kah ??

by - Isnin, Februari 22, 2010

Jumaat lepas , selesai workout aku petang tu aku terus balik ke rumah mak aku..Lepas maghrib , aku menghala ke stsn LRT untuk pulang ke Putrajaya..Dalam perjalanan tu , aku rasa sangat selesa sebab baru lepas bersenam..Dalam erti kata lain , rasa tegap dan sasa...Hurm..

Dalam stsn tu , aku duduk ditempat yang disediakan..Sambil melayan pda aku , aku tengok jam dah hampir pukul 8 malam..Tiba tiba aku terdengar bunyi sesuatu yang diseret di lantai...Aku berpaling ke arah bunyi tersebut..

Seorang lelaki berbangsa India sedang menghala ke arah aku..sambil mengheret kakinya yang cacat sebelah kiri...Aku rasa dia pakai kasut boot yang mana tapaknya ada mengandungi besi .
Terus aku menghela nafas panjang...

Sesungguhnya dia itu tidak sempurna tetapi masih mampu mencari rezeki bagi menampung kehidupannya..Berbeza dengan orang orang lain yang tidak sempurna tetapi meminta sedekah dari satu meja ke satu meja dimana kebanyakkan dari mereka itu satu bangsa dengan aku...huh..

Bayangkan gaji lelaki India itu tidak sampai RM500 ? Bayangkan jika dia ada keluarga? Bayangkan apa yang mampu mereka makan seharian ? Bayangkan rumah yang mereka duduki ? Bayangkan dapur mereka...bilik tidur mereka...

Bandingkan dengan keadaan kita ini ...Masih ada yang tak bersyukur .. Hanya kerana cinta , mereka salahkan Allah kerana tidak berlaku adil !! Hanya kerana tidak dapat bonus , mereka salahkan majikan mereka sedangkan mereka terlupa mereka ada pekerjaan ..Hanya kerana baju lusuh sedikit maka ibu bapa dimarahi kerana tidak mahu belikan baju baju .. Hanya kerana muak maka dibiarkan makanan yang dibeli itu dibuang begitu saja sedangkan mereka di sana menyelongkar tong tong sampah mencari sisa sisa makanan yang diulami ulat ulat sampah !

Aku terfikir sejenak...masih tidak cukupkah apa yang aku ada sekarang ini ?

You May Also Like

4 comments

  1. alhamdullilah....syukur diberikan kesempurnaan anggota......

    simpati kepada mereka yg `tidak cukup` namum mampu buat pelbagai aktiviti dari kita yg `normal`

    terima kasih

    BalasPadam
  2. Starting n3 ala cerita seramm... tapi manusia ni mmg tak pernah cukup, pulak2 hidup di zaman sekarang ni, godaan makin hari makin kuat.. tapi bab dapur tu saya fahammmm sangat....

    BalasPadam
  3. erm..tu la..kadang kadang saya sendiri pon terlupa..

    BalasPadam