18 SG , PL dan SX

by - Februari 26, 2010

Masih segar lagi ingatan aku terhadap peristiwa tersebut .. Bagaimana ketika itu kawan aku bersama tunangnya pegi ke Melaka untuk melawat salah seorang rakannya yang terdampar di hospital Melaka kerana kemalangan jalanraya.

Jam menunjukkan pukul hampir pukul 10 malam.Keadaan jalanraya amat sunyi..Bagi memecahkan kesunyian malam itu kawan aku memasang cd manakala tunangnya dah lena diulit mimpi .. "Dah dekat ni " ..hatinya membisik..

Tiba-tiba ada dua buah keta baeekk punya berlumba dari belakang lalu memotong kereta kawan aku neh....Pergh..." Giler la diorng tu..Cari pasal betul ! " ...member aku membebel sorang diri...Nun kat depan dalam 200 meter ada selekoh tajam..." Kalau diorng bawak laju gitu , entah lepas ke selekoh tu ? Kalau lepas , sah sah teror ar " ...

Huh..masin gilerrr kata kata kawan aku tu....Terdengar bunyi dentuman yang kuat secara tiba tiba yang mana dia pasti bunyi tu datang dari selekoh tersebut...Dia memperlahankan keretanya..Sahh...mmg kereta tadi tu terbabas !

Dia kejutkan tunangnya...Dia memberentikan kereta lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon rakannya yang sama sama konvoi ke Melaka tu tapi berada nun jauh kebelakang disebabkan terlalu kerap berenti..

Dia memerhatikan ke arah jalan raya..Mana tau ada kereta yang lalu dan boleh sama sama membantu mengeluarkan mangsa ..Tiba-tiba dia ternampak satu cahaya dari arah jalanraya tersebut...Diperhatikan betul betul...kereta rakannya baru tiba...Lega dia.. Cepat cepat dia tahan...ajak g tolong keluarkan mangsa...

Ada dua orang di dalam kereta tu...Sorang sedang mengerang kesakitan manakala sorang lagi diam...disyaki dah mati di tempat kejadian...Dia menelefon polis dan ambulan..Yang sorang lagi mangsa tu minta ke hospital ..Kawan aku ni pun berbincang ngan kawan yang lain..Untuk pengetahuan korang , kereta satu lagi tu , penuh...ada 4 orang dalam keta tu..Jadi mereka beramai ramai pakat untuk tunggu polis dan ambulan datang manakal kawan aku tu bersama tunangnya , nak hantar mangsa tu ke hospital memandangkan mmg mereka nak ke sana...

Mereka angkat mangsa kemalangan tu lalu dimasukkan ke dalam kereta...Mangsa diletakkan kat belakang ..Tunang kawan aku ni mmg tak cakap pe...ikut jee...nak wat camana..bukan kereta dia..huhu..lagi pun kan menda baik..tolong orang tak bernasib baik...

Maka bergerak la diorng....Sepanjang perjalanan tu , keadaan dalam kereta tu sepi...Kawan aku tengok ke arah tunangnya...tunangnya seolah olah sedang merenung sesuatu ke arah jalan raya...terbeliak matanya...Kawan aku ni dah mula pelik...dia panggil tunangnya...Tiada respon !!!!

Kawan aku dah syak sesuatu....Dia rasa tunangnya dah dirasuk ...Lantas dia mencari cd surah Yassin yang berada dalam kereta tu....Jumpa...lalu dipasangnya...Tanpa melihat kearah cd player tu , tunangnya dengan pantas mematikan cd player tersebut !

Member aku tu dah cuak...dia tak tau nak buat apa...Tidak lama kemudian...dia ternampak ada sebuah stesen minyak berhampiran...Lalu dia memberhentikan keretanya dia situ .Dia ternampak ada seorang lelaki tua berkopiah sedang mengisi minyak ke tangki minyak keretanya..

Kawan aku ni pergi ke arahnya lalu memberi salam...Pakcik tu melihatnya dengan keadaan muka yang penuh tanda tanya..Kemudian dia memandang ke arah kereta kawan aku tu..Muka dia berubah..

Mereka bersalaman...Kawan aku menceritakan kejadian yang baru berlaku sebentar tadi..Pakcik tu kata dia tau apa punca tunangnya jadi begitu...Pakcik tu kata .....Ada mayat berdarah berada atas bumbung keretanya sedang merenung tunangnya !!!!

Tiba-tiba murid murid dalam kelas aku tu menjerit ketakutan...Adoiiiii....potong stim betul la ...Diorng suruh aku berhenti cerita kerana takut...huhu...Pastu ada yang takut dah nak g tandas !! Tak pasal pasal aku lak kena teman diorg ...

Gitulah antara pengalaman aku semasa mengajar sementara di sekolah rendah area Cheras..Ada yang best , dan ada yang kurang best....huhu ..

You May Also Like

4 comments

  1. Ishhh....dah leer terpaksa menunggu air paip keluar..ada pulak cerita seram edisi malam Jumaat....

    BalasPadam
  2. adeh....awat tergantung...cepat2 sambung..hehehe =)

    BalasPadam