PELARI PECUT !

by - Isnin, Februari 08, 2010

Manusia dewasa masakini ibarat seorang pelari pecut amatur..Berlatih tanpa kira waktu untuk menanti hari pertandingan.Tak kira apa saja pertandingan , pasti dia ingin menyertai.Berlatih siang malam , mencari formula dan strategi kejayaan.Mendapatkan tunjuk ajar dari ' orang orang lama ' adalah suatu kemestian.

Semasa dia berlatih siang malam , berapa ramaikah yang berada dibelakangnya ? Memberi sokongan moral agar senantiasa bersemangat..Berapa ramaikah yang mengharapkan kejayaannya ? Dan berapa ramaikah nak menanti masa untuk mentertawakan dia ?

Semangat juangnya ibarat api membara ..Bila dicurahkan air , terus padam ! ...

Sekarang aku baru faham..bagaimana para penulis novel , skrip mahupun saintis ( aku tak la kata aku saintis ) senantiasa memerah otak bagi menjayakan sesuatu projek..

Mudah untuk berangan-angan tetapi sukar untuk melaksanakan ..tetapi jika berjaya , berapa ramaikah yang akan berdiri disebelah anda dan menepuk bahu anda dan masa itulah mereka akan kata , ' inilah kawan aku ' .....

Berapa ramaikah yang ingin berjaya tetapi tidak mahu sengsara terlebih dahulu ?

You May Also Like

2 comments

  1. kejayaan dengan mudah memang manis,
    kejayaan yang diperolehi selepas kesengsaraan itulah yang paling manis dan akan trus diingat..

    BalasPadam