Bila semuanya nak disuap ..
Tempohari aku ada berYM dengan seorang sahabat lama..Dia ada menanyakan satu soalan pada aku berkaitan dengan ASB..Dari cara pertanyaannya aku tak pasti samada dia bertanya atau lebih pada perli..Aku biarkan je..
Aku jawab pada dia yang aku tidak lagi menyimpan dalam ASB setelah mengtahui hukum menyimpan wang didalam ASB..Lalu dia bertanya pada aku kenapakah hukumnya begitu ? Aku dengan selamba je jawab , carilah dalam internet..Ada rujukan dari sebuah laman web yang mana pengelolanya sangatlah terkenal di Malaysia ini dan beliau arif dalam bidang ekonomi Islam.
Jawapan dari sahabat aku itu amatlah mudah ...' MALAS ' ...ermm...Aku pantas membalasnya dengan menulis padanya begitulah lumrah manusia sekarang.Semuanya nak disuakan kedalam mulut..Dia hanya perlu mengangakan mulutnya saja..Kalau boleh pun dia tak nak nganga , terus je letak kat usus peruttu ..senang cita...
Aku cukup pantang bila orang menjawab malas..kalau benar ketika itu dia berada di luar pejabat atau tidak online internet waktu itu , tak mengapalah .Tapi ni tidak , kalau dia boleh berYM ketika itu sudah tentu dia boleh meng'google' mencari jawapan..Bila jumpa jawapan , amik jawapan dan rujuk pada yang arif pula...Aku bukan suruh dia telan bulat bulat ! ..
Para pembaca sekalian..aku yakin korang semua mempunyai taraf pendidikan yang tinggi atau ada akal yang bijak sekali untuk membezakan yang mana sahih dan yang mana palsu..Jgn terlalu pantas menjawab MALAS terhadap soalan..Amatlah malang sekali jika kegunaan teknologi maklumat ini digunakan sepenuhnya untuk berhibur atau untuk membuat assigment..
Amatlah malang kerana maklumat berada dihujung jari anda !
7 comments
Hmmm tu lah kan Ben...kita nak cerita pun MALAS!!!....
BalasPadamhehehe...semua nak terus jawapan...cikgu pun leh letak jawatan kalau gitu..
BalasPadamOh..ASB,..memang dgr kata Haram..tp xsure lah..dulu masa study one of my housemate pnh ckp ASB xkuarkan duit bayar zakat..so kalo kita was2 baik xyah,,,
BalasPadamMALAS nak komen..
BalasPadamhahaha..kena lepuk dgn Ben
imnotyourpatrik...ermm..tu la..mmg ada pun ...
BalasPadamkujie...saja cari pasai neh..heehehe
waaa... izah pon slalu suh bro tulis url blog bro... erkkkk
BalasPadamadekah itu jugak dikategorikan malas? ehhehehe
izah...haaa..org yang tau tapi malas nak taip tu yang malas ..so dia mintak orang tuliskan url tu sedangkan si peminta tu cakap malas..haaa
BalasPadam