Artis Memerlukan Gossip Tapi Perlukah Kita Bergossip Tentang Mereka ?

by - Rabu, Februari 24, 2010

Artis dan gossip , mmg tak dapat dipisahkan...Kalau dipisahkan pincanglah mereka...hehehe...Kalau artis tu dah popular , diorng tak kisah la..Yang baru baru nak naik ? Ok ok..aku tamo bicara tentang artis ...aku tk kenal pun sapa sapa artis dalam Malaysia ni..Diorng je kenal aku....eh...silap....Diorng laaagii tak kenal aku..malah jauh sekali nak berkenalan ngan aku..kan artis kan...

Apa yang aku nak bicarakan ialah gossip gossip yang boleh mengaibkan artis ni dan gossip tu lak leh jadi topik hangat di suratkhabar atau majalah hiburan..Aku tak kisah pasal semua ni tapi aku hairan kenapa kita ni leh join sekali bergossip pasal artis artis ni ? Tu yang pelik tu...kat kedai kedai kopi , kat bowling centre ,kat panggung wayang dan paling tak best sekali di blog blog individu ! Malah ada siap boleh paparkan cerita terkini pasal artis ..haih...kot nak bagi laris blog pun jangan la jual cerita artis gitu...kalau yang baik tu , alhamdulillah la...membantu..kalau cerita tak best ? Contoh kes dadah ke...ditangkap khalwat ke ...belum lagi dijatuhkan hukuman , dah tersebar macam macam gossip...Ermm...sapa yang berdosa sapa yang dapat pahala ?

Yang tak kisah tu sebab tak nampak dosa tu camana..tau apa yang bakal diazabkan disebabkan dek dosa tu tapi tak kisah sebab nanti taubat la ek...Tu pun kalau sempat..

Cuba la kreatif skit wahai pemilik blog gossip ni...Mmg orang suka baca ...blog dapat hits...tapi berpada pada la...cerita la yang baik...yang tak baik tu jgn la paparkan...Mana tau masa tu dia dah rasa bersalah lalu bertaubat..korang paparkan dan biarkan dalam blog..malu la dia...Dia tu pun manusia..Bukannya punca rezeki korang ..kalau ya pun punca rezeki , cuba pk ...halalkah dengan cara begitu ? Sian kat diorng...kalau diorg tknak berubah , lantak la...tu antara dia ngan Allah...

Bagi aku , tak yah la bergossip yang tak elok pasal artis ni ..baik di internet mahupun luar internet...Toksah terjah diorng tu....wat dosa jek...Cari pahala banyak banyak..Tak lama pun kita hidup...Tengok..setiap hari ramai je mati...Just like that ! Debummmmm...mati ...

Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat

You May Also Like

4 comments

  1. bangga pula tu hits blog dia cecah juta-juta... :p

    kat akhirat nanti, jari kita tu...keyboard, pc, skrin...internet... segala sofware2 tu akan menjadi bukti..apa yg telah kita buat..sanggup?

    BalasPadam
  2. Maaf kata lah yea, paling suka gossip artis ni mesti perempuanzz (minta amponn kak jie!)tapi lelaki ada jugaaa (cover line)... bes agaknya gossip ni...tapi kan Ben, kalau koo kena gossip, sekejap je, hujung tahun ni mesti dah dekat2 1 juta dahhh angaka tuuuu....Anda berani digossip?....

    BalasPadam
  3. kujie : tu la yang pelik...bleh diorng bangga tanpa rasa bersalah ? tu kira cam lanun cetak rompak gak ar...

    mat gebu : er...tamo tamo..biarlah mereka masuk sini kerana suka membaca tulisan saya yg tak seberapa ini..heheh

    BalasPadam
  4. Seorang muslim bertanggungjawab menjaga lidah & tgnnya thdp seseorang muslim slainnya..tidak halal org Islam menherdik org Islam selainnya.
    Dan Barangsiapa suka membicarakan kelemahan seseorang Muslim. Maka Allah akan membicarakannya pada hari Kiamat.

    diam sahaja dan jadikan iktibar..
    mmg xbest jd popular...org nmpk taik mata artis jek..taik mata sdri xnmpk
    wsalam

    BalasPadam