Anti Lelaki ?

by - Jumaat, Februari 19, 2010

Tadi aku ada post entri yang aku kutip kat salah satu surat khabar terkemuka di internet ni ...Bila aku baca baca ...memula best la aku nak post..tapi bila difikir-fikirkan semua...ermm..ada baiknya aku tarik semula..Sebab apa ? Sebab setiap artikal dia tu mmg mengenakan kaum adam je...Kata-katanya ada betul cuma apa yang dia kata tu aku takut akan membuatkan wanita wanita diluar sana yang sedang di rundum kekecewaan bertambah kecewa..langsung takde memberi kata kata semangat dan perangsang..Membuatkan perempuan tersebut lebih kuat marahkan pasangannya..Tu bukan kehendak Islam..Sifat sabar dan pemaaf perlu ada..Tak kira la sebanyak mana kesalahan tu..Aku bukan nak pertahankan lelaki tapi kena la ingat , kita ni manusia..lelaki atau perempuan sama je..Beza antara lelaki dan perempuan , lelaki buat jahat ni boleh perasan tetapi perempuan susah..Pandai je sorok dlm dlm..

Bayangkan la kalau korang tengah marahkan bf korang ( ni untuk perempuan ) , bila baca artikal tu , korang lagi bertambah marah sebab ada 'geng' ...Mengiyakan lagi kenyataan tu..Ya betul ...lelaki ni kaki temberang..majoritinya...Nak tanya...kalau lelaki ni kaki temberang , perempuan kaki apa ? Jujur sangatkah ? Cuma selami diri tu betul betul...Jujur sangatkah aku ini ??? Mungkin pada manusia lain tapi pada Allah ? Mana yang penting ? Jujur sesama manusia atau pada Allah ? Ya betul..aku tau...dua dua penting ...Tak dinafikan..tapi sukar bukan ? Sebab manusia tu tak sempurna..

Apa yang membezakan wanita dan lelaki ialah dari sikap sabar...Disebabkan lelaki itu kaki temberang maka wanita menjadi sangat penyabar...Sebab itu hanya wanita boleh mengandung , melahirkan anak , menjaga anak , melindungi anak dan sanggup berkorban demi anaknya..Bukannya lelaki tak boleh ...boleh...Ya aku tau...berapa kerat sangatkah lelaki boleh jadi penyabar seperti wanita ? Lelaki bukan penyabar tapi ' cool' .. Camana dia boleh berlagak cool ? Dia wat tak tau..lantak korang la..asal jgn ganggu aku dah..hehehe...mudah kan..

Sebelum perempuan di luar sana tu menyertai geng geng 'anti lelaki ' , aku nak bagitau...kalau benar nak anti lelaki , cuba fikir ...fikir sedalam dalamnya...kaitkan dengan agama Islam...dari dulu sampai sekarang...Yang pasti lelaki akan terus wujud dalam hati korang ( wanita ) ..

BA2 : bila timbul perasaan benci atau anti , senantiasalah beristighfar ...meminta ampun pada Allah..tu yang terbaik...ingatlah , penyakit benci akan mencacatkan rohani anda... ;)

You May Also Like

8 comments

  1. mesti artikel tersebut macam mengapi-apikan.haha.memang kalau perempuan bace akan diruntun emosi

    BalasPadam
  2. eq: erm..tu la..kesian aku tengok dia...marah memanjang je artikal dia..

    miera : yup...mengapi-apikan...ada masalah jiwa rasanya

    BalasPadam
  3. personally, sy rasa lelaki lebih sabar berbanding perempuan. perempuan ni penuh dgn emosi. huu.

    BalasPadam
  4. ala.. pompuan memang sentiasa emosi pon.. tue yg susah nk fikir waras sket..ahaha

    BalasPadam
  5. jangan melihat sesuatu keburukan itu sebagai satu kelemahan.. sebaliknya ia adalah satu kelebihan...

    tk boring ke? kalo ur life terlalu perfect.. I mean sumenyer btol.. no body perfect but yet that un-perfect make u perfect..~amik ko dh org putih la plak~

    walaupon cikali tk penah couple2 nie.. i know wat happen arround..

    k dh la.. tk mo serius2 di pagi arie.. g mandi lu.. haha

    BalasPadam
  6. Yang ni agak sukar nak komen, faham2 jelah, majoriti yang menjengah ke blog ku adalah kaum hawa (bukan hawaww yeaa!!!)...tapi kena lah fikir cara positif, lelaki dicipta ada sebabnya, begitu juga perempuan....

    BalasPadam
  7. hukhuk..

    suke dgn ayat ni : "jangan melihat sesuatu keburukan itu sebagai satu kelemahan.. sebaliknya ia adalah satu kelebihan" (cikali,2010)

    tak rase mencabar kan kalau life kite run smoothly,takde experience baru.. benda mencabar hati tu la yg buat kita jadi lebih kuat..hehe..

    Kalau nak anti2 pon,kene fikir balik..siapa diri kita..mcmla kite ni bgus sgt nak anti org lain..huhu..

    BalasPadam