BEN ASHAARI




" Banyak dapat claim bulan ni .. " , si isteri mulakan bicara ..

"Berapa ? " tanya si suami ..

" Dekat dekat RM1K gak " .. isterinya memberitahu ..

" Hurm....berapa kos ? " si suami tanya semula ..

" Ada la.. skit jer .. " si isteri jelaskan antara mahu tak mahu ..

" Skit tu berapa ? Sejuta ? Bagi anggaran " tanya si suami lagi ..

" Emm.. malas la nak kira " .. si isteri dah mula boring ..

" Anggaran jer .. " suami cuba mengorek lagi .. hahaha

" dalam RM200 jer " isterinya mengalah juga ...

" Oo... abang pun baru masuk dapat duit claim " .. suaminya lak bukak rahsia ..

" Berapa ??? " , si isteri cuba nak mengorek lak ..

" Adala skit " ...jawab selamba si suami membalas dendam padahal takde pun ..

HAHAHHAHAHAH ....
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Aku balik dari rumah mak aku lepas aku workout kira kira dalam jam 8 malam ... Hujan lebat .. redah je la ...

Sampai kat ERL , aku terlepas dah .. Kena tunggu lagi 20 minit gitu.. tak kisah la ..orang pun tak ramai ... Aku jalan dengan lenggang lenggoknya .. Sampai kat ekslator .. aku ternampak ada sorang lelaki berusia cam terpinga pinga.. Aku tengok disisi dia ada banyak barang .. ermm ...

Aku terpikir kenapa dia tak guna je lif ? Aku pun naik la ekslator tu sampai atas .. Aku sapa dia .. aku tanya dia napa tak guna lif ? dia kata rosak .. Aku tawar bantuan pada dia .. Nak aku angkat apa ? Dia suh aku angkat satu kotak yang boleh tahan berat laa.. kena turun tangga bang ... hahaha .. Tangga lak lebih kurang 50-70 anak tangga .. Tak kisah laa...Kesian kat dia .. Dah tua gitu ..

Dia cakap dia baru sampai dari China.. Aku tanya dia wat pe kat sini .. Dia betulkan anggapkan aku .. Dia baru sampai dari China tapi dia adalah rakyat tempatan.. G sana bercuti jer .. ooooooooo..

Aku bawak kotak dia sampai bawah .. Pas mengucapkan terima kasih , aku pun naik la atas semula ... Bila sampai kat port biasa aku , aku nak berblog .. sempat la satu entri .. Baru duduk..kuarkan laptop .. ada sorang lelaki cina sapa aku .. dari tempat duduk dia ..kira jauh tu dalam 10 langkah..

Dia tanya aku , masa yang diambil dari Bandar Tasik Selatan ke KLIA berapa lama ... Aku cakap la dalam 20 minit je gitu .. Pastu dia tanya lagi dan lagi dan lagi .. Aku tutup laptop aku .. terus g kat dia .. Borak cam kenal 10 tahun ..

Dari cerita dia .. dia nak g Eropah .. waaa..terkejut gak aku .. tengah tengah bulan makan angin kat sana ? Dasat .. anak orang kaya kah ? Korek punya korek .. ( bak kata Dr Fadzilah , aku kan pandai korek rahsia .. hehe ) dia kata , company trips.. perghh .. aku tanya la berapa ramai g ? Dekat 500 orang wooooo ..Giler ke apaaa ... Baik betul bos dia ..

Sampai ERL , aku naik ..sekali ngan dia .. dalam tu , duduk la sekali .. berborak .. aku cam polis pencen korek lagi latar belakang dia .. Orang Pangkor.. keje kat sini .. bla bla bla.. sampai cerita pasal kawin semua aarrr.. Termasuk berapa ia bawak duit untuk ke sana ... Hhahahah.. dasat aku kan .. teror wooo ...

Sampai destinasi aku... bersalaman la... kata 1Malaysia .. tapi aku tak tau nama dia ar.. hahaha..tak kisah la.. aku rasa dia berani tegur aku sebab dia nampak aku tolong lelaki tadi tu kot ... tak kira bangsa gitu kan .. hehehe

Tapi yup... aku bukan prejudis bangsa ... aku tak kisah sapa pun asalkan niat dia baik dan tak ganggu aku ... Baik kan aku ... hahahaha

Oh ya.. aku cerita ni bukan sebab aku bangga tapi saja nak berkongsi cerita .. Aku kata dah .. aku cerita apa saja tentang kehidu0an aku kecuali ..bab terlalu peribadi la.. takkan nak cerita tu gak kan .. hehehe ...

Pasai paa la wife aku tak sampai lagi neehhh ... sempat lagi 3 entri ni...post dulu ni.. heheh...
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Cam biasa, wife aku amik bila aku sampai di stsn ERL Putrajaya .. Aku , cam biasa .. usung laaa laptop yang sedia 'on' tu ke dalam keta ...

Dalam kereta .. aku dok perasan wife tergaru garu leher dia .. " Gatal leher la bang " ..
Hurmmm ... aku dah tekena dah semalam ... malam ni tamo terkena lagi ...

" Beli baju baru ker ?? Ke tudung baru ? " ... aku tanya ..
" Tak laa... gatal betul ni ... lewat mandi tadi ... tu yang gatal " .. wife aku menerangkan ..

Haaa.. tu laa.. tipu lagi.. cakap betul pun orang susah nak percaya ..
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments
Hahaha... aku kata dah ..mesti dia kuarkan entri tu...

Dah berhari hari dia dok kata nak cari kayu.. nak cari kayu.. nak cari kayu .. nak cari kayu .. Sampai siap nak g tanya kat jiran sebelah kat mana diorg leh dapat kayu .. Aku kata tak yah la.. nanti g amik kat umah mak aku.. Berlambak sana ..

Tapi bila g sana je mesti terlupa .. Masa g Kelantan ari tu pun terlupa.. kalau teringat pun , tkde ruang nak letak .. Kelmarin , dia cakap pokok timun dia patah .. sbb tak dapat nak menjalar .. Sian lak aku tengok .. aku pun belek la pokok tu .. Ermm .. nak cari kat mana kayu pagi pagi ni .. Dia syorkan pembaris kayu yang panjangnya pun ala ala gitu jer. ..tak panjang mana pun ...

Pastu aku ternampak la satu objek ni .. huhu.. aku g amik ... terus aku pacakkan dalam pasu tu .. Boleh dia bantai ketawa... Ok pee ? Kreatif lagi inovatif ! Bukan senang nak dapat idea lagu ni ... haaa ... korang nak tau apa yang aku pacak tu ?? JOM ... klik >> sini
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Rudy Fazrunisyam Samarudin
rudy@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya.

_____________________________________________

Member aku penah cita gak..kat highway nak ke Pantai Timur..Kelantan ..ada satu tempat tu , kalau ke sana waktu malam , tidak digalakkan sama sekali berenti untuk makan dikawasan hutan..Sebab ada kes dimana satu keluarga tu berenti di sebuah kedai makan yang ramai orang ...Bila dia dalam perjalanan pulang , dia lalu tempat yang sama , kedai tu rupanya dah buruk giler !! Ada lagi bekas makanan yang dia makan...Cuba bayangkan , dia makan mee goreng pada malam tu...saki baki mee goreng tu masih ada tapi bukan mee goreng....Cuba la teka apa dia ?? hehhehehe

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
KETAM LABAH-LABAH...pakar hidupan marin menunjukkan Crabzilla yang ditangkap.

Apa korang nak buat bila terjumpa ketam sebenar gini tengah baek punya berjalan menyenget kat tepi pantai tempat korang berkelah ?? heheheh..sila jawap kat kotak undi disebelah..

Untuk baca artikal tersebut...sila klik
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Cuba korang baca ni berita ni ...klik ni ...kalau yang dah baca , ok la...bagi yang tak bukak newspaper lagi ni

Erm...bagi aku , penjara je tak cukup...sebat pun tak cukup...aku rasa binatang pun tk buat kerja giler ni..Aku pelik la diorng leh buat kerja macam ni ? Diorng tk sedar ke bila dah selesai kerja diorng tu , budak perempuan tu sah sah bagitau kat keluarga diorng ? Dah tentu diorng akan buat laporan polis !! Ingat senang senang ke nak lepas ?

Pelik betul la lelaki zaman sekarang ...yang buat kerja tu dari lingkungan 13- 55 tahun !!! Apa kejadahnya diorng pk ???

Semalam aku ada baca email dari wife aku..aku rasa diorng petik email tu dari blog sapa tah...Hukuman pada perogol....DITEMBAK DIKHALAYAK RAMAI !! ..huuhu...kalau tak silap aku , kat negeri Yemen ...perghhh..kalau la dibuat kat Malaysia ...camana ek ??


Ni untuk kes rogol kanak kanak ni..huhuuhu...

Sebenarnya banyak kes kes kenduri ni berlaku dalam negara kita cuma banyak didiamkan je ..ermmm..haih....entah la...nak kiamat dah dunia ni..tunggu je Dajal keluar ...huhu...
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Tersenyum..itu yang mampu terluah dari riak muka aku bila teringatkan kenangan silam iaitu waktu zaman sekolah ..mmg best zaman sekolah...cuma ...

Bila dah dewasa ni , rupa tak tukar..fizikal berubah...hati ? lagi la berubah...masing masing penuh dengan tanggungjawab...ini bermakna tiap kali jumpa , mesti ada cerita bab $$ ..hurmm

Macam macam idea n macam macam sumber nak bagi kaya..bila cerita , semua contoh yang dah jutawan ...huhuh..tapi yang join tu ? cam tu gakkk..

Yang aku tak berkenan ialah ...ermmm..kawan tipu kawan...ada berlaku...pinjam modal..janji bayar sekali ngan keuntungan...ermmm..tapi haprak...hilang gitu jer..bila jumpa ? muka wat biasa je...haih....dulu kawan rapat , skang disebabkan duit ? abis semua kenangan manis..

Banyak lagi la contoh...entah lah...semuanya KERANA DUIT !
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Aku percaya ramai yang tengok perlawanan separuh akhir bolasepak sempena Sukan Sea yang baru lepas ni antara MALAYSIA dengan LAOS yang mana MALAYSIA menang dengan jaringan 3-1 ...Tahniah yang tidak Tahniah ..kenapa aku cakap begitu ?

Bolasepak adalah sukan no 1 dalam negara kita, Malaysia ..Aku percaya banyak negara juga begitu..Budak budak lelaki , kecik kecik dah main bola..aku percaya setiap taman perumahan mesti ada padang bola..kira wajib ada..begitu juga dengan sekolah sekolah..ini bermakna , boleh dikatakan majoriti lelaki mesti tau main bolasepak..

Tapi kenapa mutu bolasepak kita ditahap yang sama ? atau menurun ...kita nak berbangga dengan kejayaan Sukan Sea ? Yang mana rata-rata pemainnya bawah 23 tahun ?? huhuhu..
Adakah untuk dijadikan pelapis pasukan akan datang ? Bila tu ? 3 tahun lagi ? 5 tahun lagi ?
Takkan tahap bolasepak kita hanya untuk Sukan Sea je ?? Kumpulan negara yang majoritinya negara miskin..Negara kita cukup segalanya..kemudahan...duit..cakap je nak apa..mesti dapat..tapi bila pergi ke pertandingan yang besar besar ? hancus...jadi tahap kita , SUKAN SEA ???? tu jee?? nak bangga ??? tidak sama sekali bagi aku !

Aku tengok perlawanan ari tu ...ermmm..macam perlawanan budak sekolah..paling tidak pun bawah 18 tahun..size badan ? ermmm..korang tengok sendiri..kurus kurus je pemain malaysia..kenapa jadi gini ? setahu aku terlalu banyak makanan yang boleh diorng makan untuk naikkan size diorg...adakah nak bagitau kalau kurus leh lari dengan laju ?? aiseyman...tengok la pemain jepun n korea..kurus tapi tegap !! atau tidak pun negara mexico..sama size ngan pemain kita...tapi nape tak leh lawan diorg ?

Sukan sukan besar lain sebagai contoh squash,hoki dan badminton mampu ke tahap dunia...ada ranking terbaik...bolasepak ? paling tidak pun , bersainglah dalam kelompok ASIA...baru leh bangga....ni memanjang je ngan SUKAN SEA atau kelompok ASEAN je...

Liga bolasepak kita..jap naik jap turun..aku nak tengok pun tak lalu..pemain pemain bola negeri pun satu hal..ada yang baru main tapi berlagaknya cam main liga eropah..pastu dengan masalah disiplin..bab ni aku tau sangat la..malas nak bukak bab ni..kang kena saman lak aku..

Satu hal lagi yang mematikan semangat sukan bolasepak ni ialah politik !!! ..sangat sangat teruk !! kenapa aku kata teruk..katakan lah...ada 50 pemain dipanggil untuk pemilihan ..bukan untuk negara la..ni contoh ..'interview' dijalankan ...yang buat spoilnya ialah 'kabel' !! atau pilih kasih !!
Pemain yang berkelayakkan takkan dapat kalau 'mangkuk-mangkuk' ni wat hal...aku pernah hadapi ni dan terus mematikan nafsu aku dalam bidang sukan ! apa apa jenis sukan di malaysia kalau main , takkan berbaloi kecuali pergi ke tahap profesional...sendiri training sendiri g pertandingan sendiri menang..sendiri puashati..

Jadi , apa jua keputusan MALAYSIA vs VIETNAM ( negara baru abis perang ? dah teror main bola ? ) ,tidak akan membanggakan aku langsung ! langsung !
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Bila disebut 'belia' ni , kategori belia ada yang menjangkau 40 tahun...pun tergedik nak kata belia ...aku pun pelik gak ...ni suka la kan..semua tu angka je...yang penting hati..tu orang kata ..aku kata lain lak...angka ke hati je , kalau dah nak 'season' tu terima je la...manusia kan...tak kira tua muda , sampai ajal , kembali juga pada Penciptanya..tak yah kalut kalut...cuma yang dok kalut ni , spesis takut mati..tak puas enjoy lagi ..adehh...no komen...jgn kata aku tak tego sudah ...aku tak kata la aku ni baik orangnya tapi sekurangnya aku jalankan tugas aku gak...tak banyak , satu pun ok laa..tak yah la tunggu sampai ada 'tauliah' baru nak tegur orang..rasanya kalau orang tu buat salah n kita tau dia buat salah , maka tegur la...kan kan...nak ikut ke tak nak , lantak la...ok tutup bab tu..

Cinta di zaman belia ...hurm...kalau di zaman aku ni , dah mula popular dah INTERNET ..zaman ni top dengan IRC , ICQ ngan YM...boleh tahan la gak pengaruhnya sampai kan aku nak g main bola pun leh kensel disebabkan giler dek chatting ni..

Zaman ayah aku dulu ( dolo dolo ) aku tak tau la camana kan...cuma zaman belia aku tu , bercinta dah dalam internet...penat gak la berinternet masa tu..dok guna dial-up modem...adeh...kalau tengah malam tu , nak online , sah sah kena dial up dulu...pergh..bunyi modem tu abis satu umah dengar...haaa...menjeerit mak aku ! hahahaha..tak keje ke esok ??? waaaa...

Tu yang bercinta melalui chatting..yang dalam ipt lak ? haa...yang ni pun satu kes gak...kononnya bercinta masa belajar boleh memberi semangat..huhuh..malaysia boleh !! ..tengah 'sedap' ye laa...bila gaduh ???? perghhh..hilang semua semangat...muka cam cencurut cari roti basi ! ..muncung memanjang...takde mood..kalau exam lama lagi tak pe la..ni kalau dah dekat..ha..studi ke mana bercinta ke mana...kalau yang ok tu , mmg la ok..berkepit 24 jam...erm...kalau korang nak tanya aku ok ke tak bercinta pada belajar ,jawapan aku ialah baik abiskan belajar dulu..nun lepas belajar , terbentang luas dunia baru ...masa tu jgn ternganga sudah la...yang laki lakinyer penuh begaya..yang perempuannya penuh kematangan ...haaa...masa ni baru pakat nak gaduh , nak cemburu...adehh...sendiri mau ingat laaa..dah terlambat nak nyesal..

Tapi jgn ingat bila yang dah bekerja ni lak matang senantiasa...ada gak yang kebudak-budakkan...huhu...gaya je lebih tapi akai ? cam budak tadika...tak kira laki ke perempuan ..

Cuma bila dah bekerja ni , ada la duit sikit...malam malam leh la kuar lepak sana sini...usha awek /balak ( aku tak tau term skang apa...ni term zaman tok kadok ) kot kot leh dapat sorang dua ...wat teman masa boring ..kan kan ...ermmm...ni yang silapnya...nak cari teman kat kedai makan atau pub/disko ? ermmm...pastu bila putus cinta atau teman diorg curang baru nak salahkan jantina tu ? yang g cari teman hidup kat sana sapa suruh ???

Pernah ada orang bertanya pada aku , kat mana sesuai nak cari teman hidup ? dikatanya orang sekarang ni tak boleh dipercayai ! dia kata cam tu sebab dia sendiri tak percayakan dirinya sendiri..bila tak percaya pada diri sendiri maka semua orang tidak dipercayainya..apa pun dia kena tanamkan kepercayaan pada diri dia...bagi ku la...nak cari teman hidup , tengok latarbelakang dia...sejahat mana pun dia , pasti ada kebaikkannya...kita tak sempurna...

Pada usia beginilah kena banyak mencuba...cuba mendapatkan yang terbaik..terbaik untuk diri kita sendiri...Ada beza bercinta di zaman ni...ada yang berlandaskan nafsu...ada yang menepati garis panduan...ermmm..pada yang terbabas tu , tak terlambat kembali padaNya...selagi tak mati selagi tu boleh bertaubat... ;)

Kesimpulan aku untuk mencari cinta sejati di zaman belia ni , carilah bakal yang membawa ke jalan Allah...mudah je....camana nak cari ? camana nak kenal ? cari di mana ada Islam..disitu ada 'dia' ..insyaAllah...erk..bukan yang nama ada ISLAM tau..cam MOHAMMAD ISLAM..bukan tuu maksud aku..adehhh....

Anda pula bagaimana ? Cinta di zaman belia anda bagaimana ? Taknak berkongsi pengalaman ke ?
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Zaman sekarang ni zaman ilmu...zaman teknologi ..dan juga zaman kemusnahan...tetapi bukan kamarulzaman atau zamani ....hehehe..tapi aku tak nak bicara tentang zaman...tu lain kali...kalau ada masa n ada info ..aku nak bicara tentang cinta..aku tak nak petik kata kata dari sapa sapa pun...ini adalah dari pendapat dan pengalaman aku sendiri mengenai cinta..samada aku mengalaminya atau orang yang berhampiran dengan aku..

Cinta hidup dalam diri masing-masing.Tak kira dari zaman apa,bangsa ,agama mahupun warna kulit..selagi bernafas selagi tu ada 'cinta' ...haaa..mesti korang nak kata..abis tu , tumbuhan,binatang tu ? ..haa..bakteria...virus..ada cinta gak ke ? adehh...aku tak tau la tu..kalau sebut cinta , sah sah la manusia ! binatang tu aku tak buat kajian lagi..nanti balik ni aku try tanya kucing aku...aku tengok banyak kucing jantan depan umah aku tu..dok 'terlalak' panggil kucing betina aku...hehe...masa untuk mengawan la kot...nak mengawan pun kena ada rasa 'cinta' gak..hahaha..dah dah..mengarut la tu..

Cinta ada banyak edisi..banyak versi..dari kecik sampai la nak 'tutup buku' ..tak abis abis cinta...aku taknak bicara lagi tentang cinta pada Allah ,Rasul dan juga agama Islam..sebab aku tak layak bab tu ...yang aku nak bicara ni cinta sesama manusia..lelaki dengan perempuan ye..bukan lelaki dengan lelaki mahupun perempuan dengan perempuan...tu salah tajuk...hehe..

Mula dari sekolah...diorg panggil ' cinta monyet' ..aku tak pasti la dari mana datangnya cinta monyet ni..tah mana kaitannya pun aku tak tau..maybe zaman ni hanya mampu bergayut kat telefon la kot ...huhu...sah sah bil telepon beratus ratus ( cakap kat org konon..aku pun sama !! ) ..zaman skang ni leh antar sms , berchatting di internet bagi melepaskan rindu .. rindu la konon ..sekolah pun tak abis lagi..makan pun mak dok suap.. tapi zaman aku dulu , aku sempat merasa 'pos -mengepos ' surat...hahaha..ada dua ..satu melalui setem..satu lagi melalui posmen tak bertauliah...hahaha...lawak lawak...melalui setem ni sah sah melalui posmen la kan...ke pos...tapi yang posmen tak bertauliah ni ..

haaaa...ni 'bercinta' jarak dekat ni..kira selang satu dua umah...kalau kentut pun leh dengar la...aku tak tau la ada lagi tak zaman skang ...tapi mmg best sebab ada 'bukti' tanda persahabatan..cewahh..nak kata cinta , tak gak...sebab bila bagi surat , sah sah tanya...'awak dah solat ? ..camana pembelajaran kat asrama ? spm dah hampir , dh mula ulangkaji ? ' ..pastu mesti ada letak bedak ..dapat perfume kakak punya ke..abang punya ke..spray la skit...hahahaha..bila ku rinduuuuu ..ku cium surat muuuu...nak lagi best ? lukis bunga kat surat tu ( yang ni aku buat ) atau bakar kat tepi tepi surat tu..hahahhaa..lawakkkkk...kira kreatif la...

Bila dah siap surat...nak pos...kena usha posmen dulu...hahahah...posmen ni samada adik atau jiran sebelah...haa...kalau nampak je...cepat cepat panggil..sengih cam kerang skit skit pastu pass ..petang atau malam karang tunggu je balasannya..kalau tak balas , nampak sangat tepuk sebelah tangan..hahahaha..malu beb bab ni ( nasib baik tak penah berlaku kat aku ) ..

Yang menggunakan perkhidmatan pos lak..mak aihhh..siap g kedai buku...cari 'kertas kajang' pink color lagi...ada bunga-bunga..render render..hhahaha..tu tak termasuk sampul surat tu..pergh..kos tinggi ....kalau dalam KL je ok la..kene luar daerah ? haa..mahal lak setemnyer..yela, zaman sekolah...mak bagi duit banjeer pun cukup cukup makan je...nak menoreh getah , mana ada pokok getah kat kl kan..kalau luar bandar tu , ada la cara nak cari duit poket..

Bila dah ada kertas kajang , masa nak menulis lak..haaa..puas la buat demo kat buku kosong dulu...berpusing pusing huruf tu..hahahaha...nak lagi teror , g CENTRAL MARKET , tengok otai otai tulis kat souvenir @ cenderahati ..tiru...hehhee..cari idea bak kata orang..aku ?? hehehe...tulisan aku ngan tulisan doktor cam adik-beradik ...takde seni langsung ! tapi kandungan ayat ? aku rasa korang mesti tau la..hahahhaha...

Settle tulis..bab mengepos lak..huhu..siap kira ari..kalau dalam KL , paling lewat pun 3 hari..tu pun kalau posmen tak sakit perut...kalau lewat ? sah sah balasannya minggu depan..huhu..jenuh menunggu...kalau luar daerah ? tawakal je laaaa...

Bila dah pos...settle satu bab..satu bab lagi...pantang nampak posmen..bab menunggu...asal nampak posmen , cepat cepat berlari g kat peti surat...tengok..ada tak surat ? huhu..kalau ada , tak larat nak senyum..terus masuk bilik tuuu...kalau takde ? g sambung main ngan kawan kawan semula ..

Aku rasa ramai yang melalui kenangan gini...kan kan ? ..skang ni versi dia lain...dunia IT..banyak cara...hehehe...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Warghhhh...ngantuuuukk...dari pagi tadi dok bantai menguap...mana taknyer dah dua hari bangun awal..tido lewat lak tu..terpaksa bangun awal..sebab nak g keje awal...

Malam Sabtu ari tu , balik dari makan malam kat umah mak aku..heheh (kot..tak ingat la...adeh..banyak makan semut aku rupanya..) aku dapat ada dua orang jiran aku dok baeeekkk punya berborak depan umah diorng...hehehe..

Bila aku melalui mereka , aku tak berani nak pandang mereka sebab perlu memberikan perhatian pada jalan raya..takut mana tau ada budak berlari atau main basikal kat situ..

Tiba-tiba isteri aku tegur aku..." Abang tak balas ke senyuman diorng ? "

Erk..aku terpinga-pinga...diorng senyum ke ??? Bukannya aku tak nak balas senyuman diorng tapi aku tak nampak..maklumlaaahhh..al kerabunan yang teramat lebih lebih lagi waktu malam..Lepas parking kereta tu , aku turun dari kereta...aku pandang ke arah dua orang lelaki yang merupakan jiran aku tu...baru sekali dua je berborak dengan diorng..aku tengok jam , baru jam 9 malam ..hurmm...

Aku lemparkan senyuman pada mereka lalu mengangkat tangan ..aku masukkan barang barang dalam rumah dulu kemudian aku pergi ke arah mereka...join da club..hehehe...

Apa apa , bagi salam dulu...kita kan saudara seagama...kena la doakan kesejahteraan mereka..Selepas bersalaman , kitorang berborak..macam macam topik..tiba-tiba aku teringat sesuatu..

" Ha , bang...sebelum saya terlupa..ni saya nak bagitau ni...kalaulah saya lalu dan waktu tu abang ada kat sini ngan cikgu ( sorang lagi tu..yang abang ni ASP Polis Marin ) , dan senyum ke arah saya..saya terus terang ni...saya tak balas senyuman punya ...sebab saya tak nampak ! ..rabun lebih lebih lagi malam..kalau dekat tu ok la..kalau jauh , mmg tak nampak..."

" Oooo..patut laa selama ni aku senyum , bini kau je yang balas ...rabun rupenye.." jawab abang tu...

Aku gelak jer...sah sah diorang ingat selama ni aku sombong sebab tak balas senyuman diorng...

Malam tu , aku borak ngan diorng sampai kul 1.30 pagi..bermacam macam topik..politik,kewangan, kerja ..dan yang paling best abang ni minat tanam pokok bonsai..kalau korang tengok balik gambar dalam entri BANGLA OH BANGLA 2 tu , haa..tu rumah dia la..semua pokok pokok tu milik dia..siap semai sendiri tu...perghhh..

Aku terus terang kat dia yang aku jeles je tengok pokok-pokok dia menghijau...aku baru tanam ulam raja pun mati..hahahaha...camana nak tanam bonsai...

Masa tu tak de...penuh je memanjang...cewahh..ye la..ngan gym lagi..ngan blog lagi...haa...

Aku rasa selepas aku g lepak ngan diorg sampai lebih 1 pagi tu , pasni mesti diorng tak pk dah aku sombong malah terlebih ramah la pulak sebab aku tak berenti bercakap..ada je menda aku nak tanya..hahahah....insaf dah diorng nak borak ngan aku..huhu..baru tau sapa aku..hehehe...orang kalau tak kenal aku , mesti ingat aku sombong..bila dh kenal , menyesal lak kenal..hahahahaha..sah sah diorng nampak aku balik pakat lari masuk dalam umah masing masing..takut nak berborak ngan aku..silap silap mau sampai ke subuh !

Kang tak update blog , ada gak yang tertanya tanya ....dah tamat ke kisah hidup Ben Ashaari ??
Haahahhahaha.....tamaat dah pungggg
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Pada yang belum baca bahagian satu...sila klik sini

Perasaan gerun dan takut tu semakin membara dalam jiwa ...aku ke hulu dan ke hilir...masuk keluar rumah..apa yang aku buat , semua tak kenaaa...Bila aku g dapur , aku bukak peti ais..tengok ada apa dalam tu...takde apa leh dimakan..kalau ada pun , sah sah membuatkan lemak di perutku semakin terisi..sia sia g gym..arghhh..tak leh jadi ni

Aku ke depan semulaa...aku dapat rasakan parents aku semakin hampir...semakin hampir ke rumah ... camana niii ?

Aku bergerak ke dapur sekali lagi...ke meja makan..atas meja takde apa ..huhu...dalam takut takut ni , makan pun sedap ...hehe...

Aku kembali ke depan....aku nampak mereka dah sampai....hurmmmm....mengeluh panjang aku...aku nekad...aku nekad ..aku kuatkan semangat juang aku...apa nak jadi, jadi laaa...kalau nak mati tu..biar la mati sebagai pejuang !! bukan mati sebagai penakut ! huhu...

Sampai dah mereka....!

Nak p solat Jumaat lak...haih..tak leh nak kata apa la...wajib ni ...

Ok ok ..aku sambung...huhu..jgn la marah...Lord of The Rings pun ada kesinambungan..huhu..bertahun lak tu...

Sesampainya diorng , aku pun meluru ke arah mereka...tanya kenapa lambat...diorg kata jalan jammed...alasan biasa..aku nak kata apa lagi kan..terima seadanya la...sapa la aku kan nak marah marah...lagi pun, ibubapa sendiri tuuu..nak jadi batu ke !!!

Aku tolong diorng punggah barang barang masuk ke dalam umah...berpeluh la gak mengangkatnya..huhu

Sudah tiba masanya !!

Diorng menyerahkan kunci mpv serena kat aku !! waaaaaaaaaaaaaaaa...aku takut..hahaha..ye laaa..aku tak penah bawak..ada la sekali jeeee....tu pun kejap...seyes arr..mmg aku penakut bawak keta ..nak wat camana kan..moto pun aku segan...basikal ok la..teror...keta aku tak berani sebab risikonya...huhu..kalau eksiden ? haaaa...nak kena bayar lagi...sebab tu selama ni aku guna public transport je...aku hanya mampu pandang adik beradik aku drive keta yang ada kat umah aku tu..huhu...

Nak tak nak...aku kena drive balik mpv tu ke putrajaya sebab keta wife aku dah masuk bengkel..repair...kes eksiden ari tu...

Selepas adik aku tunjuk serba sedikit fungsi keta tu, aku tanpa banyak cita , vroooommm terusss ke putrajaya dengan kelajuan ....50-70kmj je..hahahaha..dekat sejam gak ar baru sampai ..biasa kalau ngan myvi ,20 minit je dah sampai..bayangkan la..betapa slow nyer..tok sah bayangkan la..buat korang menyampah je...hahahahha...begitu la adanya ..aku yang penakut drive keta ...sekian..maaf buat korang menunggu ek..dah dah..jgn kutuk lelebih..skit skit dah...
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Korang ingat lagi tak cerita Bangla Oh Bangla dulu ? Kalau tak ingat atau tak penah baca ..korang klik ini ....

Ini ada cerita terkini ....

huh..aku tengah dok bagus punya layan astro....terdengar la bunyi rumput dipotong dek mesin...aku g usha..tau tau..haaaa...berlari aku amik kamera ...


Skang aku ada bukti pada cerita aku..waaa...rupa rupanya dia potong rumput tu mmg freee..hahahaha....aparaaa.....aku bodoh ke atau dia yang bijak ? habaq mai kat aku ...hahahaha....

kOrang tengok sendiri n nilai la betapa aku diperkotak katikkan oleh bangla tu..patut la boleh datang malaysia..hahahaha...bengong tul aku..nasib baik rm 1o ..kalau rm5o ???

Tapi aku tak salahkan dia pun..salute lagi ada la..boleh kelentong aku..hahaha...sah sah aku manusia berhati mulia yang mudah dibuli ! harap je badan besar..hahahaha..

p/s : Tekanan jiwa aku nak upload gambar ni !! sekepiing dekat 5 minit..tu pun berulang kali cuba !! arghhhh...maxis ke blogspot punya problem ? cuba habaq mai ! geram tull ( mana la aku tak kena darah tinggi )..

Kul 2:10..percubaan ke 5 !! arghhh




Baru berjaya !! arghhh..dari kul 1:30 ptg tadi..huhu..Ya Allah !! ampunilah dosa dosa ku ini ...huwaaaaaaaa...sabar ben sabar...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Perkara yang paling aku takutkan semalam , dah pun berlalu...aku dok pk selama ni bagaimana nak harunginya...takut..gerun...mmg setiap kali aku melihatnya , jantung aku berhenti berdegup..
Aku tak tau bagaimana nak hadapinya...bukannya aku tak biasa cuma tiap kali aku mengharungi cabaran itu , aku pasti berteman..

Kali ini tidak !! aku keseorangan ...aku perlu melakukannya...aku perlu laluinya ! nak ke tak nak , mesti ! wajib ! harus ! huh....harus tu tak la....wajib tu ye..adeh..

Siang malam aku termimpikan akan cabaran yang perlu harungi itu...setiap kali aku terpikirkanny setiap kali itu juga aku menelan air liur , kerana ketakutan..

Sejak kejadian itu , aku selalu memikirkan cara untuk mengatasinya...bila aku jumpa caranya tetapi tak sangka cabaran yang perlu aku lalui..

Haih...dirumah , di pejabat malah di gym pun aku fikirkan cabaran ni...bila aku balik rumah mak aku , lalu aku pandang ke arah 'cabaran' aku tu , aku mengelengkan kepala aku...aku tak yakin dapat menewaskannya...aku terasa diri aku ni kecil..aku tak mampu..

Aku penah menewaskannya sekali tapi masa itu aku berteman...dengan mudah aku menewaskannya...just like that !! hahaha..semudah abc...tapi apa yang aku bakal lalui itu amatlah mengerunkan aku...sakit kepala aku setiap kali memikirnya..menyebabkan tekanan darah aku meningkat naik...dengan tinggi nya..

Sapa nak aku salahkan ? semua kejadian ini mmg tak diduga...aku perlu harungi semua ini...samada seorang diri atau bersama isteri aku..arghhh...

Saatnya hampir tiba bila aku menelefon parents aku ..menanyakan dimanakah mereka diwaktu waktu getir itu ..waktu yang sepatutnya aku pergi menjemput wife aku pulang dari Kelantan...aku perlu menjemputnya dia Erl Putrajaya..huhu...mereka kata ..'otw'

Waaa...aku semakin takuttt..semakin takutttt....takutt..bagaimana ???? waaaa...

Ngantuk ar..nak tidoq sat..nanti sambung eh...baru pas makan ubat ni..aku mc...lalalalala
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Cuba korang perhatikan .....tengok betul betul....haaa...ada cerita disebalik gambar ni..

Setibanya dari Pulau Pinang semalam , aku ngan wife aku sibuk memasukkan beg-beg ke dalam rumah..sambil mengemas bahagian dalam kereta...Selesai semuanya , aku pun nak masuk ke dalam rumah..Tiba-tiba aku terpandang ada satu mamat ni..dok tersengih cam kerang busuk ..berdiri kat pokok keding tu...Cara dia berdiri tu sangat lawak la bagi aku...ala ala orang dok bercinta...dok pintal pintal ranting pokok tu..

Aku tengok dia...aku tau...ni mesti nak tanya pasal lalang yang aku ternak depan umah aku tu...
Maka aku pun bergerak ke arah dia....makin aku dekat makin dia tersengih...

Aku tanya kat dia ..." mau potong itu rumput ka ? "
Dia angguk....pastu aku cakap...." Potong je la "...rupa dia cam nak bagitau sesuatu..tapi tak leh nak cakap..sah sah tak reti cakap melayu....selain merah ka hijau , mesti dia tau maksud potong...haa..bukan iklan potong tu laaa...potong rumput laa...

Aku tanya kat dia...." mau kena bayar ka ??? "

Dia tersengih....huhu..dia ni nak pekena aku nih !!

Aku tanya kat dia ...." Berapa ?? "

Dia jawab ..." Lima .."

Aku tergamam ..." Lima puluh ??? "

Dia angguk...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...dia ni giler ke apa ??? Nak potong lalang yang hidup segar di atas tanah seluas kubur kucing pun nak sampai RM50 !!

Aku kata dia ..." tak paa...saya mau tanam itu lalang..kasi panjang...mana tau leh buat ulam "..

Aku terus berlalu pergi....

"Tiga puluh !! " dia kuatkan suara dia...huhuhu

Aku patah balik ..." Tiga puluh kalu , saya beli sabit , saya sendiri buat ! ...ari ari saya boleh buat sendiri !!! " ..aku cakap kat dia...entah dia paham ke tak , aku pun tak tau....

Dia masih peluk pokok tu..sebijik cam hero hindustan ....hahahahah..aparaaa...malu tapi mahu...luku pala tu ..baru tau..

Aku kesian gak tengok dia..." Sepuluh !! ....Saya kasi duit makan sahaja !! " sambil buat gaya ala ala menyuap makanan ke dalam mulut ...

Dia tersengih....aku ketawa kecil..

Aku menyoal dia kembali .." Bila mau buat ? Sekarang ka ?? "

Dia angguk...lalu dia beredar...balik ke rumah dia...yang kebetulan duduk beramai ramai kat sana nun....aku nak cita pun susah..korang bayangkan la sendiri..nun kat rumah pertama...ala..kat jalan masuk umah aku tuu...korang pura pura tau dah laa...angguk jee...tak pun jawap je " oooooooo " ..kan senang ...

Aku tengok dia pakai alat alat memotong rumput...cermin mata hitam....baju tebal....snow cap...waaa....dasat tu..mcm nak g berperang lak lagaknya...

Dia hidupkan mesin semasa menghampiri aku...maka kedengaran laaaa bunyi lalang ditebas...

Aku sedih...melihat lalang lalang yang hidup segar didepan umah aku tu ditebas tanpa belas kasihan...huhuh..subuh tanah tu rupanya...

Tak sampai 10 minit..selesai ! Ceh.....mcm ni pon ada hajat dia nak paw aku sampai RM50..adehh...

Aku menghampiri dia sambil hulur note rm10 yang aku pinjam dari wife aku...aku takde duit kecik aaa....semua beso beso...tak caya ???? tu la korang..ingat aku sengkek sangat ke...huh..

Aku cakap kat dia ..." ini duit makan aar...saya tau...sepatutnya sini potong free !! " ...dia tersengih..aku ucapkan terima kasih kat dia...aku masuk ke dalam..

Wife aku cakap...kesian diorng kan....ermm..aku angguk je ler....mmg pun...datang merantau mencari sesuap nasi...n antar balik ke kampung...ye la kan..dari diorng pecah masuk umah umah yang ada kat situ , ada baiknya dia ambil upah tebas rumput...dapat gak duit saku kan...orang malaysia ni pemurah ....kan kan ..sokong tak ??

Begitulah adanyaa cerita aku...

Seperti biasa...aktiviti aku hari ni..tak yah la cita..korang bosan nak baca..sama jeee....cuma aku kembali diet ...memandangkan berat aku nak menghampiri berat anak gajah..ada baiknya aku mengawalnya sebelum melebihi berat atuk gajah !!

Ok...dah...abis dah..esok lak aku update....kereta aku...plan sabtu ni baru antar bengkel...huh...nasib baik aku sempat beli kereta baru...kereta apa ??? tunggu je keluaran akan datang...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....salam
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes