Pertandingan ??? Tag ??? Jelajah blog ?? Semua bukan ni..dah tu apa ?? Haih ... Aku nak cerita panjang pon segan .. pe kata g tengok sendiri ek.. sebarang pertanyaan , boleh email dia .. confirm dilayan !! > sini
Pertandingan ??? Tag ??? Jelajah blog ?? Semua bukan ni..dah tu apa ?? Haih ... Aku nak cerita panjang pon segan .. pe kata g tengok sendiri ek.. sebarang pertanyaan , boleh email dia .. confirm dilayan !! > sini
Ramadhan dah lepas.. Syawal pon dah kurang panas .. Nasib baik blog mengekalkan kepanasannya ..
Kalau Ramadhan tempoh hari disebabkan resepi resepi serta info info berkaitan Ramadhan tapi untuk Syawal ni ?? Hurmm... Aku kurang bermain sangat dengan SEO ni .. Skit skit je aku tangkap tapi alhamdulillah , trafik aku tinggi disebabkan rakan rakan blogger itu sendiri terutama MAT GEBU yang berkongsi FEEDS ( pertukaran suka sama suka ) , serta link link dari blog list blog yang sudi meletakkan blog BEN ASHAARI di dalamnya..
Disebabkan inilah aku rajin mengupdate blog aku agar blog aku senantiasa berada di atas di dalam blog list .. Kesempatan ini aku amik pada waktu kemuncak iaitu diantara pukul 7 pagi sehingga 5 petang di mana aku boleh mencapai 3k UV.. Alhamdulillah.. Terima kasih pada rakan rakan ..
Sejak blog aku dh lebih setahun beroperasi , aku dah nampak perubahan ketara .. Setiap kali aku update entri , aku boleh dapat sekurangnya 400-500 pageviews...
Banggakah ? Tentu sekali.. aku tak ping di mana mana web.. aku hanya gunakan FACEBOOK aku sahaja untuk update status aku .. tetapi majoriti trafik aku datangnya dari REFERRAL ..
Mulai hari ni aku perlu mengekalkan trafik ini atau tingkatkan sedikit demi sedikit.. Otak ni perlu mencari idea idea terkini dan panas untuk memastikan blog ini senantiasa panas .. Panas bukan bererti popular yer .. PANAS untuk dibaca ..
Persoalannya , mampukah aku ?? Disebabkan aku ni bukanlah full time blogger ... part time je ni cuma aku selalu mencuri masa yang terluang untuk update blog walaupun 5 minit !!
Nak selamat sebenarnya , buat blog tutorial atau nak lagi best .. hehe.. buat je blog hiburan .. pon pon meletopss.. hehehe ...
Blog dah popular ... Orang dah kenal blog kan ? Trafik dah best .. Tapi masih ada yang kurang ... Apakah ?
Masih lagi berbin / binti BLOGSPOT.COM , kan ?? Panjang je nama bila nak kasi kat kawan kawan kan ? Kalau DOT COM kan best ! Erk.. penting ker ??? Takkan sekadar best jer ??
Aku bagi contoh yer .. BENASHAARI.BLOGSPOT.COM .. Trafik harian katakanlah , dah mencecah 5 ribu UV .. Best tak ?? Best la kan .. tapi nama blog tak komersial lagi .. kot nak jual produk seperti biskut ke , nak letak nama kat situ kan ? BENASHAARI.BLOGSPOT.COM .. Hurm.. panjangnyaaa... kalau BENASHAARI.COM .. best je kan ??
Contoh kedua .. katakanlah , nama BENASHAARI.BLOGSPOT.COM dah mula terkenal .. kemudian aku nak beli domain .. tau tau , ada orang beli dah nama BENASHAARI.COM .. Tak kenal sapa yang beli lak tu !! Adus.. dah tu , takkan nak tukar nama lain atau kekalkan je nama sedia ada ? Dan org yang beli tu sah sah boleh gunakan nama domain tu.. Bukankah satu kerugian ?? Nak bg naik nama tu bukan mudah ... tau tau ada orang amik kesempatan.. Atau silap silap dia jual kat kita dengan harga yang lebih tinggi.. Bisnis tuu.. hurmm ..
Jadi apa perlu buat ??? Beli domain... jadikan DOT COM ..
Bila dah setting semua tu , secara automatik link lama blog anda akan di directkan ke nama baru .. Mudah je kan ? Seperti isi borang je ...
Kalau benar berminat dengan blog anda , jadikan nama blog anda itu hak anda .. Jika berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut .. boleh tanya dengan BORAK KOSONG .. Dia baru je jadikan blognya www.borakkosong72.blogspot.com ke www.borakkosong.com .. hehehe...
Akan datang di TV3 ..kalau tak silap aku hari Rabu ni , malam .. kul berapa eh ? Isu BLOG ... Yang sempat aku dengar n tonton preview dia ialah , boleh percaya ke maklumat maklumat dalam blog ni ?
Wow ... tak sabar nak dengar apa kata panel jemputan ... menarik banget neh .. Kalau blog pon tak leh caya , nak caya apa lagi ek ?? Berita ? Suratkhabar ? Kalau semua tak leh caya , nak caya apa lagi bila nak dapatkan maklumat terkini ?
Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tak .. mudah je blog ni.. sama gak berita atau suratkhabar .. tapi segalanya bergantung pada isu gak .. kalau isu sensitif , aku tak rasa ramai blog buat .. Masing masing nak kejar rating .. kan kan ? Selain kejar rating , kejar iklan gak kan.. hehe.. guwau jer ..
Apa pun , kita tunggu hari Rabu ni ... pastu , aku pasti ramai akan buat review berkenaan isu tersebut .. hehe.. mari kita berlatih jari jemari ... hehehe...
Terjebak aku tengok drama Chinta lakonan Fasha Sandha .. ehemm ..pelakon perempuan yg mencetuskan kontroversi yang menarik perhatian dunia hiburan ..
Nasib baik blog aku bukan blog hiburan .. sesekali je ada isu tu. hehe.. tapi tak kisah la..
Walaupun baru satu siri ni je aku tengok , namun bagi aku .. hurm.. mmg menarik ... Lebih lagi ada watak Haji yang gatal .. mmg mampu buat perempuan benci kat watak gini dan seterusnya bakal membuatkan perasaan benci terhadap lelaki yang berpoligami semakin menebal .. hehe ..
Walau bagaimana pon , aku tak leh nak ikut sangat cerita ni kerana ditayangkan pada waktu aku dok berjimba di gym .. abis berjimba pon dalam kul 7... nak balik umah lagi .. mandi ..solat..mmg tak sempat... Dan , azam baru neh.. nak start balik berworkout setelah lemak lemak di kiri kanan pinggang bermaharajalela !! Oh tidak !!
Namun .. drama ni mmg menarik ...
Korang blogwalking ? Berapa banyak blog dah korang masuk ? Nak tanya.. Dalam banyak banyak blog korang masuk tu , berapa banyak blog yang korang masih ingat lagi nama blog tu ? Bukan blog blog yang biasa korang masuk tau tapi blog baru .. Hehe..
Aku perasan ... banyak blog yang sukar nak ingat namanya .. Aku tak kata blog aku ni senang diingat tapi sekurangnya mudah dieja.. Bagaimana nak promosi ssuatu produk kalau namanya tak komersial ? Lainlah kalau mmg tak berminat nak menjual .. lain la kan ? Tu kisah lain ..
Entri ni hanya untuk mereka yg tertanya pada aku bagaimana aku menjual dan memasarkan nama blog aku .. Aku sendiri kalau nak letak blog aku mesti gempak gempak .. Apa kelas sekadar BEN ASHAARI ??? BEN ASHAARI THE SLAYER ke.. atau BENLUVMICKEYMOUSE kee... baru best kan ?? Tapi senang ke orang nak ingat ? Yang BEN ASHAARI ni pon jenuh nak bagi orang hafal ..
Cuba tengok jenama jenama produk di pasaran contoh jam tangan dan pakaian .. Betapa ringkas namanya .. Mudah dingatkan ? Kalau panjang panjang , orang nak google pon malas nak taip apatah lagi nak taip urlnya.. paling tidak pon , bagaimana nak linkkan dengan blog anda tu sekirangnya nama blog pon dia tak ingat ??
Ini sekadar tips untuk mereka yang tertanya untuk memberi nama pada blog mereka pada masa akan datang ..MUDAH ,RINGKAS dan KOMERSIAL .. Nama anak lainlah kan.. Cantik dan bermakna...
Tu diaaa... Kalau kerajaan persekutuan bagi bonus sebanyak ni kat semua penjawat awam , aku pasti PM akan dilambung lambung nanti.. hahaha... Boleh ker? hehehe... Sat nak tidur ... mana tau dalam mimpi boleh dapat ...
IPOH: Lembaga Air Perak (LAP) akan membayar bonus sebanyak tiga bulan setengah kepada kakitangannya tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata pembayaran bonus itu membabitkan 1,100 kakitangan LAP dengan perbelanjaan RM6.6 juta.
"Bayaran pertama satu setengah bulan gaji telah dibayar awal bulan puasa manakala selebihnya akan dibayar pada akhir tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Zambry yang juga Pengerusi LAP berkata, pembayaran bonus tahun ini adalah yang tertinggi dan ia dibuat berikutan prestasi cemerlang LAP secara keseluruhan.
Tahun lalu LAP membayar bonus dua bulan gaji.
Zambry berkata, pencapaian itu adalah hasil kerja kuat semua kakitangan dan hasil yang baik itu perlu dihargai.
Beliau berkata, mereka layak menerima bonus itu kerana setimpal dengan yang diusahakan dan adalah diharapkan agensi lain akan berusaha mengikut jejak LAP yang menunjukkan prestasi yang baik.
Zambry berkata, LAP juga telah diarah berusaha mengatasi masalah berkaitan dengan penyaluran paip bagi membekalkan air ke kawasan pedalaman.
Mengenai prestasi LAP, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, LAP mencatat jualan air sebanyak RM179.77 juta berbanding RM169.39 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Peningkatan itu adalah sebanyak RM10.38 juta (6.1%) manakala pendapatan lain dalam tempoh sama pula adalah sebanyak RM22.01 juta berbanding RM19.98 juta tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak RM2.03 juta (10.1%).
Katanya, sebahagian besar peningkatan ini disumbang oleh peningkatan dalam pendapatan faedah dan dividen sebanyak RM1.53 juta.
"Jumlah anggaran keuntungan bersih sebelum cukai tahun adalah sebanyak RM70.32 juta berbanding dengan RM42.52 juta pada tahun 2009 dengan peningkatan sebanyak RM27.80 juta (65.4%)," katanya. - BERNAMA
sumber : Bharian