Selama ni , aku hanya pernah sampai KEMAMAN .. tu pon aku dah suka sangat sbb kat situ macam macam ada .. Walaupun hanya bandar kecil tapi meriah bagi aku .. Tu pun di sebabkan wujudnya Cherating yang berhampiran.
Kemudian , aku kenal KELANTAN .. hurm... satu tika dulu , KELANTAN amat 'ngeri' bagi aku .. Dari pemimpinnya hinggalah ke sempadannya .. Alhamdulillah .. Allah telah buka mata aku .. Sesungguhnya KELANTAN bukanlah sebuah negeri yang 'mengerikan ' tetapi mendamaikan serta indah .. Sayangnya aku masih belum sempat pusing abis negeri KELANTAN .. InsyaAllah .. dalam diari pelancongan aku ..
Hari ini , aku menjelajah ke Kuala Terengganu melalui Jertih - Setiu ... Wow ... wow .. aku tak sangka.. Setiu sangat cantik ! Bersih ! Pantainya yang memutih serta rumput yang menghijau benar benar membuatkan aku hampir memberhentikan kereta untuk mengambil gambar kenangan .. Huhu.. Laut yang membiru mmg menenangkan jiwa aku sewaktu memandu tadi ..
Hurm.. walaupun aku pernah mengatakan aku dah pusing abis Malaysia , rupa rupanya sangkaan aku salah .. Sesungguhnya , baru 1% saja aku pusing MALAYSIA ini .. InsyaAllah .. akan aku abiskan satu hari nanti dan barulah pk ke luar negara .. hehehe ...
Ada sahabat tanya kat aku tadi , best ke Primula ? Hurm.. aku tak leh nak kata apa apa lagi tapi setakat ini , aku berpuashati .. Hehe..
Mertua dah naik 'terbang' ke Madinah , jam 8 malam tadi .. Alhamdulillah ... selesai tugas sebagai anak dan menantu .. hehe .. Satu lagi misi ??? Hehe.. ke rumah blogger masakan popular iaitu , Kak Nor dengan blog yang tidak asing lagi , SECUBIT GARAM ..
Terlebih dahulu , sepuluh jari disusun memohon maaf buat Kak Nor berserta suaminya , rakan rakan blogger yang dah sedia menanti dari jam 4 petang kerana kelewatan aku dan wife ke rumahnya di atas sbb2 yg tidak dapat dielakkan ..
Terkejut jugak aku bila Kak Nor kata ada blogger yang dah menunggu aku .. Erk.. takkan kot ??? Huhu..segan .. hehe..
Kepala aku pening sangat tadi tapi bila mengenangkan bukan mudah untuk aku sampai ke Terengganu ni , maka aku tak nak persiakan dan ..... sangat sangat berbaloi !!!
Layanan dari Kak Nor sekeluarga serta kehadiran blogger lain di situ ( maaf , tak ingat nama tadi ... Along apa ek?? .. tak sempat nak berbual .. dia malu tu.. hahaa ) .. membuatkan aku dan wife , amat terharu sangat !!
Dari pukul 6 petang sampailah kul 8 lebih kami berbual .. Sambil berbual , makan tetap makan ! Heheh.. dijamunya kami bihun sup , cucur udang feveret aku ! heheh.. Walaupun sejuk dah tapi aku tetap berselera !! Nasib baik laa aku dok bz berbual .. Kalau tak , mau abis semua aku makan.. hahaha ...
Hurm... respek pada suami kak nor ! Dia mempunyai bisnis yang mana aku amat minat sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nak menceburinya ! heheh.. Dia ada blog fotografinya sendiri iaitu TOLAHAH.COM ..
Perbualan aku bukan sekadar berkisarkan blog tapi macam macam .. Dan aku mengambil peluang untuk bertanya beberapa soalan berkaitan kamera .. Huhuh.. dapat ilmu weh walaupun secubit !! Hehehe.. Terima kasih !!
Aku tak sempat amik gambar ... sbb aku tak bawak kamera.. segan.. hahahah... segan sbb kamera suami Kak Nor , jauh canggih dari aku.. hahaha.. malu malu malu... hahaha.. Tengok koleksi dia pon dh buat aku ternganga ..
Tak cukup dengan itu , dibekalkan kitorang lagi macam macam.. huhu.. malu malu .. hehe.. Terharu .. Layanan yang langsung aku tak terfikir aku terima disini tadi mmg menjadi topik perbualan kami sehingga ke hotel ..
Rasanya kalau Mat Gebu , Kak Ummi Zaihadi , duduk semeja ngan Kak Nor , aku pasti aku akan ke meja kopi sambil baca suratkhabar ! Bagi diorng je la borak !!! hahahhaha.. takkan aku berpeluang bukak mulut ! huhu..
Sekali lagi , buat kak nor sekeluarga , terima kasih.. terima kasih .. terima kasih .. Erk , nasi dagang esok ? hehehe .. tak tau nak bangun kul berapa lagi la kak nor .. lupa nak jawab tadi kat suami kak nor sbb terkedu tengok kak nor bagi bekal untuk bawak balik .. hahaha...
Ops..segala pergerakkan aku disini berpandukan GPS HTC aku tu.. hehe.. patut jadi duta HTC aku ni .. Gambar aku tak amik .. kasi suami kak nor je amik .. canggih sangat kamera dia .. hahahaha.. segan.. hahahah
Penat giler ... pening ... lapar ... semua da .. Alhamdulillah , mertua aku dah selamat check in .. Macam macam karenah ada tapi bila mengenangkan pahala (insyaAllah) membantu orang nak g haji ni kan , aku cuba buat seikhlasnya .. lagi pun mertua aku tu baik sangat orangnya ... Tu pasal aku sanggup .. Keje aku , menolak troli .. hehe..
Sementara menunggu check in tadi , aku g melepak kat food court.. tempat yang berhawa dingin .. Kalau nak diikutkan , aku boleh pitam je bila bila masa tadi .. wife aku bagi cadangan suh aku g situ.. hehe..
Bila g situ , tu yang aku sempat post entri yang sebelum ni .. Dalam kul 4 petang , selesai .. Aku call Knor Secubit Garam .. Ada perubahan sedikit pada perancangan .. Aku nak cadang nak stay semalam kat mana mana hotel di Kuala Terengganu ni ..
Maka , skang ni aku di PRIMULA BEACH RESORTS ... huhu.. harga ? Ok je kot .. guna gov rates.. ehehe...
Yearghh ... tetap update ..hhehe..
Ramai giler orang .. huhu..nasib baik wife ajak g wrapping beg.. maka dapat la masuk dalam airport.. huhu.. kalau tak , mmg tak dibenarkan masuk ... ramai sangat orang .. huhu...
Aku rasa nak muntah .. pening kepala amat sangat .. perlukan tilam !!!
Alhamdulillah .. sampai dah kat lapangan terbang .. Ada 8 buah kereta yang ikut menghantar dari Kelantan ..
Sesuatu yang menarik perhatian aku sepanjang perjalanan dari Machang ke Kuala Terengganu ni ialah , SETIU !!
Cantik , menarik , tertarik !! Sangat cantik pemandangannya .. Mmg akan aku masukkan SETIU ini dalam diari pelancongan aku akan datang .. hehe...
Kat sini jugak terletaknya beberapa jeti untuk ke pulau pulau berhampiran seperti Perhentian , Lang Tengah .. Hurm.. tapi sayang , tak sempat berenti untuk mengambil gambar .. Maklulah , konvoi .. terpaksa ikut chief de mission .. hehe
Yooo... geram ehhh .. Kalau tengok dari depan ,sah sah muka cam mat rempit nampak bohsia ! Huhu.. mesti muka geram je tu kan ? hahaha...
Anda kenal dia ni ? Sila hubungi Jabatan Haiwan yang terdekat .. rindu anak dia tu .. Menurut anaknya , bapak dia tu dah giler kat betina lain !! Huh .. dasar binatang !!
Salam dan selamat pagi ..
Sebentar lagi , aku bersama keluarga wife akan bertolak ke Terengganu dari Kelantan , untuk menghantar mertua ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu bagi menunaikan haji di Mekah .
Perjalanan yang aku rasakan amat panjang ,sudah pasti .. Dari Kuala Terengganu , belum pasti akan terus ke Kuala Lumpur. Segalanya berdasarkan dari keadaan fizikal dan mental . Jika tidak mengizinkan , akan kami berhenti berehat dan bermalam di mana mana hotel yang berdekatan ( tepi pantai sudah pasti ) ..
Andai kata ada tersilap kata dan bicara mahupun menguris hati sewaktu singgah di blog ini , ampun maaf aku pinta .. Doakan agar segala urusan ini berjalan dengan lancar..
Terima kasih kerana sudi singgah di blog yg tak best ini ..
BATU PAHAT: “Saya tidak akan maafkan mereka sampai bila-bila. Hingga hari ini, saya tidak faham kenapa mereka sanggup buat anak saya macam tu,” kata Yatmah Abdul Rahman (gambar), 80, ibu kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh di Banting, Selangor, Ogos lalu, ketika ditanya hukuman penjara tujuh tahun yang dijatuhkan terhadap K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dua lelaki yang mengaku bersalah melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan itu.
Yatmah berkata, dia tidak tahu undang-undang, namun sebagai ibu yang melahirkan Sosilawati sukar baginya memaafkan mereka yang membunuh dan membakar anaknya itu.
Menurutnya, sejak kehilangan dan diberitahu mengenai pembunuhan anaknya itu, setiap hari dia berdoa supaya sesiapa yang melakukan jenayah itu mendapat balasan dan berharap ia setimpal dengan perbuatan mereka.
“Walaupun mereka meminta maaf, sebagai ibu saya tidak mungkin dapat memaafkannya,” katanya yang enggan mengulas lanjut kerana terlalu sedih.
Sarawanan, bekas mekanik mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datuk, Banting, Selangor, semalam, atas tuduhan menghilangkan bukti dengan membakar mayat Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB Cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu, Kamaruddin Shansuddin, 44.
sumber : HMETRO
KUALA LUMPUR: “Hukuman yang diterima itu tidak setimpal dengan apa yang mereka lakukan ke atas mama dan tiga yang lain,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam.
Dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku berasa terkilan dengan keputusan itu, tetapi agak lega kerana pihak yang bertanggungjawab menerima pembalasan walaupun tidak setimpal.
Rita berkata, sepatutnya kedua-dua tertuduh yang mengaku bersalah menghapuskan bukti dengan membakar dan membuang abu mayat ibu dan tiga rakannya ke sungai, menerima hukuman lebih daripada tujuh tahun penjara.
“Kalau betul apa yang mereka lakukan itu, saya rasa semua orang pasti setuju jika hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap tertuduh kerana tindakan menghapuskan bukti hingga tiada mayat dan hanya tinggal serpihan tulang memang tidak berperikemanusiaan terutamanya kepada semua keluarga mangsa.
“Tetapi kalau peruntukan undang-undang sudah sedemikian saya akur dan percaya dengan siasatan dilakukan pihak berkuasa terutamanya polis,” katanya yang ditemui di pejabatnya di Jalan Raja Bot, petang semalam.
Selain itu, ekoran daripada pembebasan beberapa suspek lain yang dikatakan mempunyai kaitan dalam kes berkenaan, dia meluahkan perasaan sedikit gusar kerana selepas apa yang menimpa ibu dan tiga yang lain atau mungkin ramai lagi, banyak perkara yang difikirkan boleh berlaku ke atas diri dan keluarga.
“Bila dengar ada yang sudah bebas, saya berasa agak takut juga kerana mungkin masih ada dendam yang terpendam dan mungkin juga tidak, tetapi kita tidak tahu.
“Apa yang boleh kami lakukan hanyalah mengambil langkah lebih berhati-hati dan kehidupan sosial kini terpaksa dikurangkan,” katanya.
Namun, dia tidak menafikan kalau sesuatu perkara itu ingin berlaku ia akan tetap berlaku walau macam mana pun langkah berhati-hati diambil.
“Tengok macam mama, dia bukan pergi berseorangan tetapi ditemani tiga lelaki, kalau benda hendak jadi macam mana pun akan jadi. Kita terima musibah ini, cuma ambil iktibar dari apa yang sudah berlaku,” katanya. Sementara itu, ditanya adakah dia masih lagi berharap ibunya bukan mangsa pembunuhan kejam itu, dia berkata selagi keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tidak diumumkan selagi itu masih lagi ada harapan dan kalau betul ibunya sudah tiada dia terima takdir seadanya.
sumber : HMETRO
BANTING: Sambil memohon maaf kepada keluarga mangsa dan rakyat Malaysia, dua pekerja ladang mengaku mengangkat, membakar dan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya; pemandunya, Kamaruddin Shamsudin; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad.
Dengan wajah tenang, K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, terhadap pertuduhan menghilangkan bukti dengan cara membakar mayat dan membuang abu mayat keempat-empat mangsa bagi mengelakkan tertuduh utama dalam kes pembunuhan itu dikenakan tindakan undang-undang.
Majistret Hurman Hussain menjatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun kepada kedua-dua tertuduh bagi empat pertuduhan itu dan memerintahkan ia berjalan serentak mulai tarikh mereka ditangkap iaitu 9 September lalu.
Ketika diberi peluang bercakap, Sarawanan dan Suresh dengan nada perlahan dalam bahasa Tamil memohon maaf terhadap perbuatan mereka sebelum diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah.
“Saya memohon maaf kepada keluarga mangsa dan masyarakat atas perbuatan saya. Saya sudah insaf,” kata kedua-dua tertuduh.
Sarawanan didakwa menghilangkan bukti yang menjadi satu kesalahan serius dengan sengaja membakar mayat keempat-empat mangsa dengan niat untuk mengelakkan N Pathmanabhan, T Thilaiyalagan, R Matan dan R Kathavarayan daripada seksaan undang-undang.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, pada jam 9.45 malam hingga jam 12 tengah malam, 30 Ogos lalu.
Berdasarkan fakta kes, Sarawanan didakwa melihat keempat-empat mangsa dibunuh Thilaiyalagan. Dia diarahkan Thilaiyalagan dan Matan untuk mengambil petrol dan diesel yang diletakkan di hadapan sebuah rumah pekerja ladang.
Tertuduh kemudian membawa dua tong putih dan menyerahkan kepada Thilaiyalagan dan Matan sebelum ketiga-tiga mereka mengangkat mayat semua mangsa untuk diletakkan di atas longgokan kayu yang sudah disusun.
Ketiga-tiga mereka juga menyusun kayu di atas keempat-empat mangsa sebelum mencurahkan minyak. Tertuduh bersama Matan membakar semua mayat itu.
Suresh pula didakwa menghilangkan bukti berkaitan kesalahan tertuduh utama dengan sengaja membuang abu mayat keempat-empat mangsa ke dalam Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting, pada masa dan tarikh sama, juga bagi mengelakkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matan, dan Kathavarayan daripada seksaan undang-undang.
Berdasarkan fakta kes juga, ketika kejadian, Suresh yang berada di ladang milik Pathmanabhan didakwa melihat Thilaiyagan dan Matan memungut sesuatu di tempat pembakaran berhampiran pondok di ladang itu dan memasukkannya ke dalam tong biru.
Suresh bertanya kepada Thilaiyagan serta Matan dan diberitahu ia berisi abu mayat empat mangsa yang mereka bunuh dan bakar pada malam kejadian.
Pekerja ladang itu mendakwa melihat Kathavarayan membawa sebuah kenderaan pikap Isuzu D-Max ke tempat abu mayat itu dipungut. Setibanya di situ, Thilaiyagan dan Matan mengangkat tong biru yang mengandungi abu mayat ke dalam kenderaan berkenaan.
Selepas itu, dia bersama Thilaiyagan dan Kathavarayan pergi ke Sungai Panchau, untuk membuang abu mayat itu. Kathavarayan mencurah abu mayat itu ke dalam sungai bersama tong sekali.
sumber : HMETRO
Syarat dan peraturan ada di sini . Semua jawapan akan disiarkan serentak , bila tiba masanya ... Baru menarik .. kan kan ? Yang paling pantas akan menang ..
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berterima kasih atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam, namun berharap kerajaan akan mempertimbang semula pemberian bonus kepada 1.2 juta penjawat awam tahun ini.
Presidennya, Omar Osman, berkata pemberian bonus sememangnya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh semua penjawat awam setiap kali pembentangan bajet kerana ia dapat meringankan beban mereka.
"Kita bersyukur dan terima kasih walaupun berharap dapat capai sasaran bonus dua bulan seperti agensi swasta yang lain menikmati sehingga empat bulan bonus.
"Kalau tidak dua bulan sepatutnya dapat menikmati sekurang-kurangnya sebulan atau setengah bulan bonus atau RM1,000 hingga RM1,200," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Omar berkata, beliau akan membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin ini bagi memohon pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam.
Secara keseluruhannya, Omar menyifatkan Bajet 2011 sebagai komprehensif kerana memberikan beberapa insentif lain kepada penjawat awam termasuk menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan pemansuhan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Mengenai pemansuhan PTK, beliau berkata: "Pemansuhan PTK amat diharapkan, ia menjadi "ubat hati" kepada ketiadaan pemberian bonus kepada penjawat awam tahun ini".
Beliau turut mencadangkan dengan pemansuhan itu, kerajaan dapat menggunakan kos yang diperuntukkan untuk pengurusan peperiksaan PTK kepada pelbagai perkara lain.
"Apabila tiada peperiksaan PTK, kita harap tidak berlaku banyak birokrasi dalam urusan kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat dapat dinilai berdasarkan penilaian prestasi serta kecekapan, menghadiri kursus, melihat sumbangan seseorang penjawat awam dan mengikut kekananan," katanya.
Peperiksaan PTK diperkenalkan pada November 2002 yang bertujuan menghapuskan budaya mengampu ketua jabatan dan memastikan hanya mereka yang layak menerima pengiktirafan.
Mengenai perkhidmatan Pegawai Khidmat Singkat yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember ini disambung untuk tempoh setahun lagi, Omar berkata agensi yang terlibat perlu mematuhinya dan mengharapkan pegawai berkenaaan diserap sebagai penjawat awam tetap.
Omar turut menyambut baik kemudahan penjawat awam memiliki rumah serta memperbaiki syarat membuat pinjaman perumahan dengan menaikkan had kelayakan maksimum pinjaman perumahan kepada RM450,000 berbanding RM360,000 pada masa ini, berkuatkuasa 1 Januari 2011.
"Ini dikira baik, cuma perlu memastikan pelaksanaan berlaku dengan betul dalam kemudahan pinjaman perumahan termasuk kepada keluarga penjawat awam dan tiada pilih kasih termasuk Skim Rumah Pertamaku dapat dinikmati oleh golongan muda yang baru bekerja," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata kerajaan sentiasa prihatin kepada golongan pesara yang pernah berbakti kepada negara.
Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani, pula berkata bantuan RM500 itu adalah pemberian istimewa terutama kepada bekas tentera. - BERNAMA