Selamat pagi .. hurm .. masih terasa sengal sengal badan ..penat 4 hari PUTRAJAYA - KELANTAN - TERENGGANU - PUTRAJAYA belum lagi ilang ..
Ni wife ajak turun makan lak .. huarghh..ikut hati nak je sambung tidur ... huhu...ngantukk..
Selamat pagi .. hurm .. masih terasa sengal sengal badan ..penat 4 hari PUTRAJAYA - KELANTAN - TERENGGANU - PUTRAJAYA belum lagi ilang ..
Ni wife ajak turun makan lak .. huarghh..ikut hati nak je sambung tidur ... huhu...ngantukk..
Yeker aku tak ?? Huhu.. silap tu.. aku mmg gemar blogwalking cuma aku tak tinggalkan jejak .. Kebanyakkan blog yang aku akan masuk ialah blog blog baru .. Idea mereka fresh ... Cerita pon masih dalam keadaan ikhlas .. Kira tak de nak coverline gitu la nak dibandingkan dengan blogger blogger lama yang kebanyakkannya membuat entri yg mesra SEO ... heheh .. pendapat aku yer..
Dah tu , kenapa aku tak komen ??? Ada yang aku komen dan ada yang tidak ..Bila perlu , aku akan komen ... dan rasanya tidak , aku biarkan saja ianya berlalu .. Aku tak nak komen sekiranya tidak ikhlas dari aku .. Antara komen yang bagi aku tak ikhlas .. erk... apa ek ?? Aku rasa .. korang tau kan .. hehe.. jadi jangan dipanjangkan.. kang ada je orang nak kata 'itu pon nak jadi isu ke ??? ' .
Satu sebab lagi aku tak nak tinggalkan komen samada di blog aku sendiri atau blog orang lain ialah , mencari lubang kesilapan .. Ada yang gemar menunggu masa je blogger tersilap komen .. Padahal , dia tak faham maksud komen tu .. maka terus dijadikan satu perdebatan yang takde faedah langsung .. Bagi aku , itu dah membuang masa !
Maka , aku adalah silent reader blog korang .. hehehe.. mana mana blog yang aku follow , mmg aku check dalam blogger buzz .. dan juga dalam bloglist aku .. aku akan masuk dan baca ..
Hurm .. ada banyak komen terutamanya jika melibatkan nama BEN ASHAARI ... pergh.. kalau tak tahan , mmg jari ni nak je menjawab kat situ tapi pengalaman mematangkan aku.. BIARKAN SAJA !
Ada beza antara dewasa dan budak budak .. Ada beza antara ikhlas dan sinis .. Itulah yang akan kita jumpa bila masuk ke blog blog baru ni... Ada yang tak tahan dan ada yang letak jawatan .. hehehe..
Mmg mencabar dunia blog ni .. mcm masuk ke sekolah baru .. nak suai kenal.. pastu kenal ngan otai kelas .. huhu.. macam macam laa... samada tahan atau tidak jer ...kan kan ?
Hurm... malam ni dan sampai jumaat , aku akan tidur di Hotel Traders .. hehe.. FOC okehh .. lalalala.. kenapa ??? Erk.. tak leh jawab.. huhu ..
Bilik dia kat sini .. hurmm..memuaskan sangat la... hehehe ... KLCC depan aku je neh.. hehehe.. pe lagi kan ?? Esok g shopping ar situ .. ahaks.. lalala ..
Aku cuti lagi la... ;) Takkan nak lepaskan peluang FOC neh...
Ahmad : Nampaknya ada kampung baru di sebelah kampung kita kan , Tuk Ketua ..
Ketua Kampung : Begitulah nampaknya.Makin meriah kawasan kita ini . Sudah pasti kita perlukan jalan penghubung bagi kedua kampung ini.Tapi kalau nak mohon kat kerajaan negeri , entah bila baru boleh dapat .
Ali : Ala.. biar je la diorng tu .. kalau diorg nak ke kampung kita ni , guna je la sampan tu ha.. Dulu kita boleh , takkan la diorang tak boleh kan ?
Ahmad : Eh , mana boleh gitu .. walaupun kita pernah susah dulu tapi kita jangan la bagi orang lain merasa kepayahan kita .. Kita dah tau betapa peritnya nak ke pekan dengan perahu tu , kita jgn bagi jiran kita merasainya.. kan Tuk Ketua ?
Ketua Kampung : Benar tu Ahmad .. Ali , cukuplah apa yang kita rasa dulu .. Skang kita kena ikhtiarkan sesuatu..
Ahmad : Apa kata kita bergotong royong membina jambatan , Tuk Ketua ?
Ali : Apa ? Jambatan ?? hahhaha.. tak payah laa... kang tak sampai sejam , dah runtuh ! Hahaha..
Ketua Kampung : Ali , kamu ni berfikiran negatif betul la.. Kita bina pon belum tapi dah fikir yang bukan bukan .. Kita mintaklah pertolongan dari pihak kerajaan negeri untuk menyediakan pakar bagi membina jambatan sementara menunggu jalanraya bagi menghubungkan kedua kampung ini nanti .
Ahmad : Benar tu tuk ketua.. Saya setuju sangat la tu .. hurm.. tak lama lagi , kita pasti mempunyai ramai lagi kawan baru . Disamping itu kita pasti dapat meluaskan lagi perniagaan kita . Waah... biar susah dahulu kan Tuk Ketua ?
Ketua Kampung : Benar tu .. Yang penting adalah kerjasama . Kita perlukan pendapat dan juga cadangan bagi memajukan lagi kampung ini . Bukan kejian atau kritikan . Jika kritikan disusuli dengan idea atau pendapat lain , tak pe la juga tapi ni tidak .. Pandai je mengkritik tapi tak bagi buah fikiran .. Camana la orang kita nak maju ..
Ali : .....
Ahmad : Sokong tuk Ketua... Mmg patut kerajaan naikkan elaun ketua kampung ! hahahah...
KOTA BHARU: Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V, dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta Kesultanan Kelantan, berkutkuasa serta merta.
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat hari ini dengan dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya, Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian pada 2 petang tadi.
Mohd Aiseri memberitahu satu sidang akhbar bahawa mesyuarat MPN itu dihadiri oleh 14 daripada 15 anggotanya kecuali Tengku Razaleigh Hamzah yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum ini tanpa keizinan majlis itu.
Tengku Muhammad Fa-iz, 36, adalah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A-Ishah Putri.
Tengku Muhammad Fa-iz yang diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Januari 1974, dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989 dan menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sejak 21 Jun 2009.
Mohd Aiseri berkata, mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz bakal menjadi raja atau pemangku raja apabila baginda Sultan Kelantan berangkat ke luar negara melebihi 12 bulan atau tidak boleh menjalankan tugas sebagai Sultan dalam tempoh berkenaan.
Beliau juga berkata, mesyuarat MPN itu tidak membincangkan mengenai pelantikan Tengku Temenggong kerana mesyuarat hari ini adalah untuk menentukan pewaris yang bakal menjadi raja.
"Pelantikan Tengku Temenggong hanya sebagai pelengkap sahaja dan tidak membabitkan pewaris yang bakal mewarisi takhta kesultanan Kelantan," katanya.
Gelaran Tengku Temenggong sebelum ini adalah milik Tengku Muhammad Fakhry Petra namun ia ditarik balik oleh Sultan Muhammad ke-V baru-baru ini. - BERNAMA
Betul jugak yer.. Kalau semua blogger dah top , sapa nak jadi yang tak top eh ??
FORMULA 1 GP .. Semua kereta laju laju belaka.. pelumba berkemahiran tinggi .. kereta canggih manggih .. macam macam warna.. sponsor .. huih .. tapi kenapa masih ada yang dapat no 2 , 3 dan ada juga yang tercicir ???
Tujuan utama perlumbaan itu adalah untuk menjual jenama penaja dan juga kereta itu sendiri di samping menaikkan nama negara penganjur .. kan ? Soal menang atau tidak , berdiri atas podium atau tidak , itu belakang kira .. yang penting , dunia mengenali mereka !
Sama juga konsep sama sama naikkan blogger yang lain .. Kena ingat , bila dah ada yang atas , akan wujud yang bawah .. akan beranak pinaklah .. kan ? Maksud aku sama sama naik ialah , yang diatas itu , hulurkanlah tangan ... tariklah rakan blogger yang kat bawah yang masih dok terkial kial mencari tempat berpaut ..
Cuma , janganlah semua nk pegang pada satu tangan jer ... kalau 10 orang nak berpaut pada 1 tangan tu , abis semua tergolek ke bumi la jawabnya... lainlah empunya tangan tu jenis tangan Incredible Hulk... kuat ..sangat tinggi pengaruhnya .. lain la ceritanya kan ?
Hehe.. tak mungkin boleh bersatu .. kan ? Masing masing ada 'agenda'nya sendiri .. Akan wujud politik blogger.. hehehe..
Tapi takkan tak boleh bersatu kot ? Bukan susah pon nak bersatu ? Hurm .. Blogger ni terdiri dari orang cerdik pandai .. Tak kira la dari blog mana pon dia , sah sah dia pandai .. Pandai dan peka ! Jadi , sudah tentu banyak 'kepala' ..
Bagaimana nak satukan blogger dibawah satu bumbung ? Hehe... satu usaha yang amat payah jika ingin menjadikannya satu realiti walaupun sekadar fantasi ..
Tak susah .. segalanya terletak pada blogger itu sendiri .. Kerjasama amat diperlukan disini .. Kesilapan blogger sekarang ini ialah , mengejar populariti .. Bila popular dirasakan $$ akan masuk , kan ? Tapi sebenarnya , tak guna popular jika blog tak memberi manfaat pada orang lain terutama pembaca blog ..
Kebanyakkan blogger , nak naik dengan cepat .. Teringin jadi 'artis popular' ... Buangkan niat itu ... Lagi cepat kita naik , lagi cepat orang lupakan kita .. Apa kata , masa 'naik' tu , taburkan 'benih kekacang' di kiri kanan kita .. Satu hari nanti , benih itu akan berguna buat mereka yang ingin mendaki di laluan yang sama .. Sudah pastinya benih itu boleh dijadikan sumber bagi mereka ,kan ?
Bagaimana nak mewujudkan blogger yang bekerjasama antara satu sama lain tanpa ada rasa perbezaan peringkat ? Aku ada idea tapi sudah pastinya mereka tidak ingin sama turut menjayakannya..
Kepada blogger blogger baru , jangan mengejar populariti .. Biarlah dia datang sendiri .. Jangan risau .. jika anda rajin , anda akan berada diatas ... jika malas , jangan risau .. anda akan berada di takuk itu sahaja.. ;)
Bagi aku , lebih ramai blogger , lagi best ! Rezeki yang ada di dunia internet ni terlalu banyak untuk diagih agihkan ... Jangan tamak dan haloba.. takkan abis kita makan seorang ..
Biar mereka bercerita tentang blog .. dan pastinya akan menarik minat mereka untuk memiliki satu.. Tunggu apa lagi ? Bantulah mreka.. bantulah agar mereka berada di kemuncak bersama sama kita..
Hurm .. lama dah aku tak g sana ( GENGBLOGGER.COM) .. Apa dah jadi ? Buat yang tak tau , aku adalah admin di sana tapi bukanlah pemilik GENGBLOGGER .. Pemiliknya adalah KON ..
Tadi aku jumpa dia dan berbincang macam macam isu termasuk kes GENGBLOGGER .. Terpancar wajah yang tidak puashati berkenaan GENGBLOGGER .. Hurm.. pasal apa ? Aku rasa ramai dah tau .. Pasal malware satu hal .. ada hal lain .. haih..
Sebenarnya , lama dah aku dapat rasakan perkara ni akan terjadi dan ianya benar benar terjadi . GENGBLOGGER dulu , adalah satu laman web ping yang terkenal.. Ramai jadi popular kerana GENGBLOGGER ... tapi berapa ramai yang mengenang jasanya ?
Maka telah aku cadangkan pada KON untuk mewujudkan satu lagi web ping .. Namanya telah aku cadangkan dan berkemungkinan besar jika persetujuan dicapai , aku sendiri akan jaga web tu ..
Tujuannya kali ini adalah untuk menyatukan semua blog blog yang ada di luar dan dalam malaysia atas satu nama , satu ranking dan satu semangat ! Tidak akan wujud otai ,newbies , picisan , masakan atau macam macam lagi .. Semua dibawah satu bendera !
InsyaAllah .. segalanya bergantung pada kerajinan KON .. Apakah keistimewaannya ?? Tunggu je nanti ... ;)
Semalam sewaktu aku di Terengganu semalam , sedang aku memandu dalam kelajuan biasa tiba tiba lalu sekumpulan kenderaan pengiring VVVIP .. aku tak pasti sapa punya tapi banyangkan mereka lalu dengan dengan lalu dan 'makan' setengah jalan kereta bertentangan.. Er, kiranya laluan aku tu diorng masuk laa... tapi setengah jer .. Yang tak menariknya , yang mengetuai kat depan tu menyuruh semua kereta yang berada di laluan aku tu , ketepi !!
Yang tak patutnya ialah , kenapa diorng pandu laju sangat ! Aku sendiri tak perasan diorng tu masuk ke laluan aku !! Bayangkan jika bertembung ??? Aku bawak Myvi jer.. diorng tu pacuan 4 roda .. sapa teruk ????? Cukupkah sekadar membayar pampapasan walaupun aku kehilangan nyawa ??? atau nak buat apa duit kalau aku dah cacat ???
Sepatutnya perkara perkara begini pihak berkenaan kenalah amik berat .. jgn korbankan nyawa orang lain demi 'URUSAN RASMI' VVVIP tu !!
Perkara ni bukan saja berlaku di situ tapi mana mana tempat yang melibatkan VVVIP bila lalu !
SILA BERI LALUAN .. SILA BERI LALUAN .. Yang memandu kat depan ni jadi kelam kabut.. terkejut beruk bila kena 'halau' gitu.. Kalau pemandu tu baru memandu sehari dua , camana ??
Sebaiknya cari alternatif yang lain. Jgn sampai ada nyawa terkorban dan baru la " SIASATAN AKAN DIBUAT " ... Tak guna beb !
BA : Darah sama sama merah yer ...
Ooo... ada member mencabar aku yer... nak tengok badan sapa paling mantap eh.. apa dia ingat aku dah kawin dan dah tua , tak reti nak jaga badan ?
Senang jer.. bukan susah nak buat balik .. lagi pon skang mmg aku dah start buat balik .. heheh..
Boroi ? Ops.. maaf .. tiada dalam kamus hidup aku .. Tak pe.. hujung tahun ni , pasti kembali cun seperti dulu.. Tapi lebih cun laa.. hahaha.. mau buat ala Vin Diesel atau Will Smith dalam I AM LEGEND !
Baik ko tarik balik cabaran ko tu !! aku pasti menang .. hahahahha
KHAIRY Jamaluddin melekatkan papan tanda rumah Norziana Harun sambil di perhatikan oleh Meriyam Abd Majid (kanan) selepas Pelancaran Jelajah One Malaysia (JOM) peringkat negeri Selangor Pemuda Barisan Nasional bersama Giatmara di Taman Keramat Kuala Lumpur, 16 Okt. 2010. - Utusan/ISMAIL KAMADIN
Hurm... nak kata pe dah kan ??? Mata memandang .. hati meradang ? Huhu.. pk la sendiri yer ..
Kadang kadang aku terfikir .. aku ni 'lembik' sangat ke ? Atau aku malas nak panjangkan masalah .. atau sememangnya aku ni mmg mudah ditipu ?
Bukan apa.. kadang kadang sikap aku sendiri membuatkan orang mudah amik kesempatan .. Bila semua dijawabnya ' tak pe ' atau ' ok jer' maka mereka memandang remeh terhadap aku ?
Perlu ke aku bersikap kejam ? Kejam disini bemakna , " NO NO NO !!! " .. Tapi kalau buat begitu , mereka mengata lain pulak sedangkan mereka sendiri tak sedar apakah yang menyebabkan perkataan NO NO NO tu keluar dari mulut seseorang tu ! Yang mereka tau , mereka je baik .. Orang lain ? Hina saja !!!
Hurm .. beri peluang ? Sehingga bila ? Penat la gini .. kita jaga hati orang .. tapi ada ke orang nak jaga hati kita ? Jangan la sampai kita bertindak mengikut maklumat atau bertindak mengikut keadaaan .. Kelak , susah nanti semua pihak yang terlibat !
Welcome to Kids Secret Wholesale! We have collections such as Guess, Hackett, Baby Gap, Carter's, Old Navy, Burbery, Netx and many more. To qualify for wholesale price, a minimum order quantity (MOQ) must be meet .. Pls click > KSW