Haih .. pelik tul aku .. eh.. bukan aku je.. aku rasa ramai gak pelik .. Kenapa la manusia ni sering tak pernah puas yer? Dah kaya tapi tak reti reti puas ! Nak jugak dikacau hak orang .. haih .. Bawak bawak la beramal jariah dengan harta tu .. Tak luak laa.. InsyaAllah , Allah tambah tambah lagi rezeki tu berkat doa mereka yang menerima sedekah tu ..
Nawaitu Aidiladha .. lakonan hebat Jalil Hamid beserta beberapa pelakon lagi sangat menarik untuk ditonton.. Hurm.. lagu latar yang benar benar menyentuh kalbu mmg sesuai dengan drama ni ..
Cerita ni mmg ada realitinya .. Wujud di dunia kita .. Ramai antara kita yang makin kaya makin kedekut dan makin haloba sehingga hak milik orang lain pon nak dikebasnya .. Ada tu tak cukup dgn harta malah isteri isterinya sekali nak dikebasnya !! Astagfirullah al'azim .. tak bersyukur betul ..
Entahlah .. mengikut pengalaman aku la kan .. rezeki kita tu , kalau ada lebihnya , tak salah kita berkongsi dengan mereka yang layak .. Makin bertambah lagi ada la.. Tak caya ? Cubalah buat dengan ikhlas .. Ikhlas bererti dengan niat kerana ALLAH TAALA .. Kalau dibalas pon tak semestinya dalam bentuk kita hajati tapi ingat yer .. ALLAH MAHA MENGETAHUI ..