SAYA menghadapi masalah yang tragis kerana membabitkan maruah diri. Saya gadis berusia awal 20-an dan masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.
Saya tinggal bersama dua rakan, seorang bekerja dan seorang lagi masih menuntut. Awalnya tiada masalah dalam perhubungan kami dan saya cukup seronok tinggal dengan mereka kerana banyak membantu sama ada sama ada tenaga kerja atau kewangan.
Namun, kebelakangan ini semuanya berubah dan saya semakin terseksa apabila mereka mengajak melakukan hubungan sejenis.
Saya jijik mendengarnya dan berusaha menolak, namun selepas dipujuk rayu, akhirnya tewas. Saya terpaksa melayan nafsu songsang itu hingga hari ini.
Saya sangat terganggu, jiwa bercelaru dan pelajaran terganggu. Lebih malang lagi, akhirnya saya ketagih seks sejenis dan beberapa kali terlanjur dengan rakan lain.
Saya mahu berubah, tolonglah Dr saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengubah kehidupan dilaknati ini.
Huru hara
Klang, Selangor
AHLI psikologi terkenal, Sigmund Freud menjelaskan apabila manusia dikuasai unsur ID, mereka hanya akan memikirkan keseronokan tanpa mempedulikan realiti, pertimbangan akal, logik mahupun nilai moral. Matlamatnya hanyalah untuk memuaskan nafsu naluri semata-mata.
Dr melihat perhubungan seks sejenis yang dilakukan adik adalah hanya untuk memuaskan ID dan berpaksi kepada nafsu keseronokan, bukannya perasaan menyesal yang bersarang dalam diri.
Buktinya, adik masih melakukannya lagi selepas kali pertama ia dilakukan hingga ketagih meskipun pada masa sama wujud keengganan dalam diri mahu menghentikannya.
Seks sejenis kini sudah menjadi amalan biasa kepada individu terutama jika berjawatan tinggi, golongan tidak sosial dan pengkid. Dalam masalah adik, perlakuan itu bermula hanya kerana terasa terhutang budi.
Adik sebenarnya mempunyai pilihan untuk menentukan arah tujuan hidup. Tidak semestinya jika kita terhutang budi pada seseorang, perlu mengorbankan prinsip atau pegangan agama.
Manusia yang diberi akal bertanggungjawab atas tingkah laku sendiri, adik boleh pilih jalan yang dirasakan mampu memberi kebahagiaan dan berada pada lunas yang diterima masyarakat bukannya terpaksa melakukan hubungan itu kerana budi.
Meskipun mereka sudah banyak membantu, bukan alasan adik perlu mengikut kehendak songsang itu dan merelakan diri melayang nafsu. Ini kerana jika adik tidak mahu, perhubungan seks itu tidak akan berlaku.
Apa yang terjadi boleh dikategorikan sebagai satu bentuk penderaan seksual hubungan sejenis kerana ia satu pola tingkah laku yang digunakan bagi mendapatkan kawalan dalam sesuatu hubungan.
Penderaan ini boleh berlaku dalam pelbagai aspek sama ada psikologi, emosi, ekonomi dan lain lain.
Untuk mengelaknya, adik boleh mencari beberapa alternatif, antaranya berpindah supaya tidak terus terjebak atau dipujuk rayu. Walaupun menerusi tindakan itu adik tidak lagi mendapat bantuan mereka, adik dapat melepaskan diri daripada cengkaman mereka yang hanya mahu memanipulasi keadaan.
Jika tidak berpindah, adik boleh bersikap agresif supaya mereka tahu pendirian adik yang mahu berhenti melakukannya. Adalah salah jika mereka terus memaksa.
Terpulanglah kepada adik untuk menentukan tindakan diambil. Apapun, Dr ucapkan tahniah kerana adik ingin berhenti daripada melakukan perkara terkutuk itu.
Kembalilah kepada kehidupan normal kerana masih ramai lagi lelaki yang boleh disandarkan harapan menjadi suami bagi menyalurkan nafsu secara sah.
Lebih penting, menghindarkan diri daripada menjadi makhluk tuhan yang dikutuk serta berdosa.
Salam .. selamat pagi ..
Hurm ... sihat ? Aku fenin fenin .. tak cukup tidur rasanya ditambah dengan penat lagi kan .. hehe.. maklumlah semalam g gym.. tapi ari ni cam malas pulak .. Selang selang je la kan .. hehe..
Nak tanya boleh ? Korang rasa segmen suai kenal yang aku buat kebelakangan ni , ok ke tak ? Ke ada yang rasa cam aku ni menipu blogger baru je ?? Maklumlah ada suara suara unggas berkicau mengatakan aku ni menipu blogger blogger baru jer .. hurm ..
Entah la kan .. kadang kadang mata kanan nampak kebenaran tetapi mata kiri menafikannya .. Nak ikut bisikan syaitan .. Bagi aku la kan .. lain orang lain caranya membantu orang lain .. takkan semua pakat sama je caranya kan ? Tapi tu lah... nak cakap lelebih , tak guna gak .. dia pon guna MYKAD ..aku pon guna MYKAD.. tak perlulah nak pertahankan sapa betul sapa salah .. Mati dua dua masuk kubur gak .. lainlah kalau mati kena bom kan ? Hancur badan dikandung tanah.. hehe..
Ok.. ada yang pagi ni dok memanaskan jari jemari kan ? Meh kita panaskan bersama dengan g lawat blog kawan kawan yang lain .. BLOGGER IN DA HOUSE 9 :
Entahlah... yang nak join nanti tu fikir fikir la yer .. aku ni tipu korang ke tak ? Pekena bihun pon sedap ..
Sekarang ni target harian ( ISNIN - JUMAAT ) mesti melebihi 3 ribu pengunjung dengan PAGEVIEWS sekali ganda dari tu .. Bulan ni , alhamdulillah ... mmg tercapai kecuali cuti umum.. cuti umum dapat lebih dari 2500 UV pon comey dah ... hehehe..
Hari ni , dalam bz bz aku pon sempat gak curi update tetapi masih mampu lebih 3 ribu UV .. hurm .. Tahun depan aku kena tinggikan lagi trafik aku ... huk huk ..
Mesti korang pelik kenapa aku beria sangat nak upkan trafik aku ? Apakah aku gile sangat nak update atau kejar trafik ? Pergh... salah tu.. Cuba korang tengok kat bawah entri ni .. Berapa banyak papan iklan yang ada ? Banyakkan .. Aku dibayar untuk promosi bisnis mereka .. Maka aku kena buat la betul betulkan ..
Iklan kat blog aku , bukan sekadar pacakkan banner jer.. Tak adil bagi mereka .. aku kena buat betul betul .. bukan sekadar main main .. Blog adalah punca pendapatan sampingan aku sekarang.. aku tak perlu keluar dari rumah atau tinggalkan orang rumah untuk buat kerja sampingan ..kan kan ? Kena bijak sekarang ni .. ehehe ..
Ni la dia .. terpaksa duduk makan kat kedai mamak .. Wife ? Ada dinner ngan jabatan dia kat KLIA HOTEL ... Tak pe.. kasi can.. hehe.. tu la.. sapa kata suami tak sporting kan ? Bukannya nak lepak mamak sangat ... tapi 'kerna terpaksa' ... hehe..
Kalau ikutkan , aku ni tak boleh makan maggie sbb masin .. Tapi balun gak la ... hehehe .. Nak makan lain , tak tau dah.. paling tidak pon aku confirm mee goreng mamak punya .. hehehe..
Ok.. aku tau korang boring .. hehe.. jom kita g jalan jalan ... BLOGGER IN DA HOUSE 9 :
- Papa Mifz
- kEruL
- eyo@nizam
- farah
- nuR izyan
- eyo@nizam
- silent thinker
- kembara n.s.
- aKu ZaHaa
- kembara n.s.
- Kak
- ika puk puk
- nik adila
Hehehe... mem dah roger ... nak kena g amik dia lak... hehehe.. beginilah nasib dirikuuuuu .. tak la malang.. hahah...
Terasa tua sungguh diri ini ditambahkan lagi dengan panggillan PAKCIK atau UNCLE oleh sesetengah blogger .. hahahaa.. adehh.. baru terasa seperti minggu lepas abis SPM jer .. Betapa cepatnya masa berlalu kan ? Haih...
Hari ni setelah 2 minggu lebih aku bercuti , aku jejakkan kaki kembali ke gym .. Huih... baru rasa best badan ni balik .. kalau tak rasa cam lelaki berumur 70an... naik tangga pon semput.. apa kes !! Adeh .. tu la , melantak banyak sangat ..
Nak tak nak , kena g gym disertai dengan diet yang betul .. InsyaAllah kejap je jadi .. Masalah utama aku skang ni ialah aku suka minum ais balik .. Lama dah dulu aku tinggal .. tah mungkin cuaca panas la skang ni kan ?
Oh ya.. tiada jalan mudah sebenarnya untuk mendapatkan bentuk badan yang anggun .. hehe.. camana pon kena diet dan bersenam.. Bila buat kedua dua ni , automatik muka seperti memakai susuk wooo... Tak caya ? Tengok la muka aku skang ni.. orang kata aku umur 30 an.. haaa... mmg betul pon cuma tak tepat je la.. hehe.. Ke saja nak jaga hati aku sebenarnya ????
Wife aku baru terima satu sms dari seseorang bertaip begini ..
" Ini ayah Tlong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah 012xxxxxxx Ayah lgi ada msalah kat balai Police.ta payah caal sekejap ayah call . "
Sms tersebut dari nombor +628xxxxxxx .. Yang menariknya , ayah mertua aku ni kat Mekah dan sedang menunaikan haji .. Ada ke kedai maxis kat situ ? Kalau baru beli nombor , kenapa dia tak topup terus kan ? Dan sebelum ni pon dia guna nombor lain .. Nombor kat Mekah sana tu .. Apa kes dia nak guna Maxis ??
Maka , korang berhati hati la yer ... Skang ni penyangak ramai .. Haih..
Ops.. yer.. aku dah call nombor yang dia bagi tu.. tak dapat pon.. hurm... macam macam laa !
Dua entri aku tadi.. korang cuba kaitkan .. maka korang dapatlah jawapannya... hehehe... Entri yang aku maksudkan tu ialah .. Apa yang terkurang sebenarnya ... dan Ada orang tanya aku .. siapa BEN ASHAARI ? .. Faham tak ? Kemudian kaitkan dengan entri ni lak .. Nuffnang tak sayang aku dah ... BIDH6 ... Korang rasa apa yang akan terjadi ? Hehehe.. Masyukkk .. hhahaha..
Blogger kena bijak bermain dalam entrinya .. Kalau cerita terus pon boring .. Kalau tersirat sangat pon boring .. Maka kena pandai main tarik tali dengan pembaca ..
Jangan ingat aku syok sendiri aku saja nak menunjuk nunjuk .. Hurm.. apa guna aku menunjuk ? Bagi aku , lagi ramai blogger lagi best .. Lagi tinggi market lagi tinggi permintaan .. Bisnis pon menarik kan ?
Lebih lagi skang ni musim cuti sekolah dan semester .. apa kata galakkan budak budak tu belajar buat blog kemudian g cari blogger blogger cikgu tu dan suh cikgu tu checkkan entri diorg tu.. haaa.. tak kira dalam BM atau BI .. tapi kena ada pantauan dari ibu bapa .. kan kan ?
Alamak ... aku nak jawab pe ? Takkan nak jawab blogger ? Malu weh.. blogger amatur ? Ok kot ? Tapi aku bukan full time blogger .. Hurm...
Siapa BEN ASHAARI ? Hurm.. ada kata chef .. ada kata pakar motivasi .. dan ada yang kata adik beradik dengan artis .. Kalau yang adik beradik tu betul la.. Aku ada kaitan dengan BEN AFFLECK.. heheh.. guwau jer.. Aku cam korang jer .. sama je .. Cuma blog aku ni je yang agak 'panas' kebelakangan ini .. tu jer la ..
Paling best la kan .. ada yang tanya aku .. "Apakah perasaan aku sebagai salah seorang blogger famous di malaysia ni ? " Haa... Tergamam sat .. FAMOUS ? Huih... tak layak... sangat tak layak soalan itu diajukan pada aku .. Kalau diajukan pada MAT GEBU , ye.. tu baru betui..
Entahlah.. aku buat blog ni bukan nak kejar keglameran .. Aku cuma nak tambah pendapatan sampingan .. tu jer .. Dan alhamdulillah , mmg bertambah .. Rezeki sejak kawin .. Berapa aku dapat ? Erk... Lepas dah kot kalau nak kawin lagi satu ... Tepi tepi .. aku nak lari laju laju neh !!!! Hahaha.. tamo laa.. aku guwau jer... Kawin lagi satu bermakna aku letak batu disaluti bom jangka atas kepala aku .. hehe.. jangan cari pasal.. Biar pasal cari kita..
Oleh itu , ingin aku nyatakan disini .. aku dan korang sama.. bukan famous dan juga popular .. sekadar berhibur mencari teman di samping menjana pendapatan .. Tu je. Okeh ? Kalau nak tau bagimana aku menjana pendapatan , sila beli E-BOOK aku.. berminat ? Hehe.. kalau berminat , tunggu aku buat satu dulu eh.. lom ada lagi.. heheehe
Emas ke-6 negara dari Alex Liew
GUANGZHOU 22 Nov. - Pemain boling negara, Alex Liew berjaya meraih pingat emas ke-enam Malaysia di Sukan Asia di Guangzhou selepas menang acara boling all-event lelaki di sini hari ini. - Bernama ( BHARIAN )
Victoria's Secret
Klik untuk selanjutnya > Ardini's Treasure
Hurm... baru 6 eh.. ok la kan .. dari perak baik emas kan.. hehe.. Tahniah la buat mereka yang berjaya dapat emas.. Terbaik !!
Ok.. Ni nak redah lak blogger in da house untuk ke 7 .. huhu.. Gulp.. best tul dapat blogwalking .. aku tak sempat .. keje banyak..ni pon curik curik jer .. hurm..
Hehe.. makan dah ? Hurm... kena g gym nampak gayanya nehh...
Mula mula aku buat blog , aku jual nama BEN ASHAARI .. Samada best atau tidak blog tu , tolak tepi.. Apa yang penting ialah aku sebarkan nama tu .. BEN ASHAARI ..
Segala medium aku gunakan .. email , cell phone , FB , ym dan macam macam lagi .. Sticker ngan poster belum lagi la.. hehe.. tak mampu lagi gitu ..
Kenapa ? Mudah jer .. Aku nak orang kenal dengan nama tu .. BEN ASHAARI .. Bila orang lain dengar , dia akan google.. bila google maka dia akan jumpa blog aku .. betul ? Betul la kan ? hehe..
Paling menjadi , ialah dengan FACEBOOK ... Bila mana orang tagged aku atau ada sahabat sahabat dalam FB tu punya besday , maka aku tidak ketinggalan mengucapkan selamat padanya disusuli dengan url blog..
Kita bagi orang kenal nama blog kita.. Sebarkan .. Barulah cepat naik.. Kalau blog korang nama yang susah orang nak eja atau ingat , camana ? Sbb tu bila buat blog , nama biar mudah diingati dan senang dieja .. ;)
Faham tak ?
Bengkel Fotografi DSLR Lanjutan pada 20-21Disember 2010 bertempat di Hotel Singgahsana Petaling Jaya. Objektif bengkel ini adalah untuk membantu para peserta mempelajari teknik-teknik dan kemahiran menggunakan kamera digital SLR semasa di dalam majlis formal/rasmi dan protokol yang perlu dipraktikkan semasa aturcara berlangsung. Sasaran utama bengkel ini adalah golongan peserta yang terdiri daripada pegawai fotografi, pereka grafik, ahli fotografi, juruteknik, pembantu teknik, juruaudio visual, pembantu tadbir, pembantu am pejabat dan individu yang terlibat dalam kerja-kerja fotografi dari sektor awam dan swasta yang berminat meningkatkan kemahiran dalam bidang fotografi. Bengkel ini akan dikendalikan oleh Ir. Mohamad Fahrurrazi Kamaludin.
Ahaks..saja nak berkongsi maklumat ni .. Pada yang berminat , klik kat gambar tu untuk melihat dengan lebih jelas.. kalau tak jelas gak , sila guna binokular.. Makasihhh... ehehe..
Apakah ini benar ? Mengapa ? Tiada lagi BE singgah ke blog aku .. mengapa aku dibenci , wahai Nuff ??? Oh .. sedey ... Tak pe la.. nak kata apa dh kan.. terima je seadanya.. haha..
Bagi yang dapat BE tu kan ... korang pertingkatkan lagi entri korang .. banyakkan buat backlink ke entri lama .. Sbbnya.. BE akan dikira melalui PAGEVIEWS .. lagi banyak lagi PV lagi tinggi money money .. haa.. gunakan kreativiti korang tu ... Jangan persiakan .. bonus tu .. okeh ?
Ok.. masuk ke BLOGGER IN DA HOUSE 6 dah ni .. huk huk ..ramai .. aku nak join boleh ? Eh.. kalau ada blogger lama nak join , silakan la.. boleh jee.. apa salahnya kan ?
Senarai blog terkini :
Bila laaa dia nak mai singgah lagi nehhhh ... jap lagi aku nak kasi satu tips baekk punya .. hehehe.. tungguuuuuuuuuu..
Alhamdulillah .. ringkas tapi bermakna.. Maknanya aku kena mula kerja keras .. huk huk .. Apakah hadiah untuk ulangtahun kitorang ? Pembelian rumah yang bakal dilaksanakan dalam minggu ni.. hehe.. Ok la kan ? Ada satu peningkatan kan ?
Semalam , bagi meraikan majlis ulangtahun kitorang tu , kitorang g makan kat CHAKRI XPRESS yang terletak di Alamanda.. Nak g jauh jauh tu , boleh tapi memandangkan Isnin dah kerja , maka susah la skit .. kang ada yang pening kepala g kerja.. hehe..
CHAKRI ini adalah masakan original dari Thailand .. Tom yam ke , masak sayur ke.. ikan ke.. semua sana punya resepi .. Sedap tak ? Cuba baca tajuk balik .. Yang macam mak buyung tu aku laa... mmg mengah giler !! Padahal makan skit je ... Nasi tak bertambah.. satu pinggan tu jer .. haa.. ok la kan ?
Haa.. ni ikan kerapu .. Aku nak amik gambar cun skit tapi memandangkan dah lapar , tak de maknanya.. Aku bedal dulu.. hehe..
Cam biasa.. yang pandai order perempuan , tukang melicinkan lelaki.. Suku dari ikan tu , wife makan.. baki , aku makan .. tarik je pinggan tu .. lantak terus dari situ.. mmg buruk perangai.. arghh.. haha..
Tapi berbaloi.. Harga ? Ada diskaun sebanyak 10% utk kakitangan awam .. Hehehe.. dan jika harga lebih RM100 dia akan bagi baucer .. Semalam aku dapat baucer sebanyak RM25 .. Ok la kan ? Sapa sapa nak g sana , leh amik baucer kat aku.. hahaha.. takde makna !
Hurm.. dah 2 tahun sehari... Ops.. jutaan terima kasih pada semua rakan rakan yang sudi mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan kami berdua .. Semoga Allah membalas segala kebaikkan korang semua ..
Jumaat lepas (19/11/2010)
Hari ini (22/11/2010)
Boleh capai sasaran ke sebelum 2011 .. hurmm..
Ok .. mari kita tengok senarai terkini sahabat blogger , BLOGGER IN DA HOUSE 5 ..
Hurm .. pagi pagi dah lawat kawan kawan eh.. hehe..tqqq