Kadang kadang komen boleh menaikkan semangat bila berblog ni.. Huhu.. Kita boleh tau jika komen tu ikhlas , memberi semangat , menjatuhkan semangat , mengkritik dengan ikhlas dan macam macam lagi ... Tu antara pengalaman bila kita dah lama dalam dunia blog ini ..
Aku tak mengharapkan pujian .. Tapi aku mengharapkan kata kata semangat .. Semangat aku datang dari pembaca .. Mereka yang membaca dan mereka yang menilai .. Jika ada kekurangan , aku harapkan keikhlasan mengkritik .. bukan caci maki .. Dan bila mengkritik , berikan pandangan membina untuk lebih maju.. Bukan sekadar kritikan jer ..
Selain dari guru , peguam , doktor , murid sekolah , pegawai kerajaan yang masih mencari mood nak mulakan kerja di pagi hari , dan pelbagai lagi profesion yang masuk singgah membaca kat sini , ada satu komen yang selalu membina yang aku terima dari seorang yang aku rasakan sudah berjaya dalam kerjayanya malah bidang yang sedang diceburinya ..
Komen komen begini sememangnya akan membantu blogger blogger yang baru mula nak bertapak .. InsyaAllah ... pasti ramai lagi blogger muda yang akan maju .. Lambat laun , mereka tidak akan memandang dah $$ tetapi mencintai bidang penulisan .. Kerana mereka dah jumpa tujuan sebenar .. Maka dunia blog akan berubah dengan sendirinya ...
Komen yang aku terima di pagi hari biasanya dari Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman dan rakan rakan lain mmg menaikkan semangat aku .. Komen beliau pagi ini yang buatkan aku nak cari tisu ialah ..
"En Ben sentiasa ada setting matlamat dan fokus dlm mencapai matlamat tersebut. memang itulah rahsia kejayaan jutawan dunia . teruskan usaha capai 5000 pula. saya yakin En Ben boleh kerana En Ben selalu ada matlamat yg jelas , tahu cara nak mencapai matlamat tu dan usaha yg istiqamah. "
Sebenarnya komen ini bukan untuk aku sorang tapi untuk semua blogger yang mempunyai tujuan dalam apa jua bidang yang kita ceburi .. InsyaAllah .. dengan niat , usaha disertai doa yang tidak putus kepada Allah .. apa yang kita inginkan , mudah mudahan akan tercapai ..
Amin ...