" erm..pe kaitan ek ngan kedua2 bende ni...jawapannyer..xder kene mengena lasum...cuma, kite nak citer...td kite g Jayen...pastu kite waser nak terkucil..cepat2 g toilet...pas abis kucil pe semua..kite bangun...xsedar..tepon kat peha..dem..plup..jatuh lam lubang toilet...sedey2...abis bassoh jerrok....huk3....on2,xdapat2 jugak..adusssssssss..sek bek ade tepon bantuan...sedey sgt2.... "
sambungan > sini
LOS ANGELES: Kematian Michael Jackson akibat pembunuhan berikutan ketidaklayakan dan ketidakcekapan rawatan perubatan yang diberikan kepadanya, kata seorang pakar forensik pada perbicaraan ke atas doktor peribadi penyanyi terkenal yang menghadapi tuduhan membunuh tanpa niat.
Ketua Forensik Ubatan-Ubatan di Pejabat Koroner Daerah Los Angeles, Christopher Rogers, berkata raja pop terkenal itu sebelum kematiannya pada Jun 2009 mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Doktor peribadu Jackson, Conrad Murray dituduh kerana memberi dadah jenis propofol yang kuat bagi membantu penyanyi itu untuk tidur selepas keletihan kerana terbabit dalam beberapa konsert di London.
Rogers berkata, Jackson mati kerana diberi propofol yang berlebihan yang biasanya digunakan di hospital untuk persiapan membius pesakit dan tidak sepatutnya diberi kepada penyanyi itu untuk tidur.
Dalam perbiacaraan awal di Mahkamah Tinggi Los Angeles, Rogers berkata beliau memutuskan kematian Jackson akibat pembunuhan walaupun sebelum ini Murray mendakwa penyanyi itu sendiri mengambil dadah propofol ketika Murray tiada di biliknya.
“Berdasarkan kualiti ubat-ubatannya, saya memutuskan ia adalah pembunuhan," katanya. - AFP
Sekadar nak mempromosi contest sahabat .. di sini dan buat mereka yang berminat nak memberi pendapat atau menjadi pembahas atau gemarkan meluah perasaan .. boleh join kumpulan forum di sini ..
GA , mmg banyak .. aku tak sempat ikut mana mana pon .. cuma tu la .. 'peraturan' dia tu mmg sukar aku nak ikut .. tu bagi aku la.. sbb banyak kerja lain nak buat .. update satu hal... pastu nak g cari sapa yang patut aku tagged .. haa.. kang tagged orang ni , orang tu lak terasa .. haih .. leh giler weh.. aku ni dah la ada penyakit.. kang , aku tombang.. sapa susah ? Hilang sorang blogger berbakat.. cewahh.. hahaha..
Ok.. kalau ada sesiapa nak promosikan GA dia , sila tinggalkan link dia di sini .. Aku tolong promosikan hari ini.. sbb ari ni aku malas nak pk pasal blog .. nak rehatkan kepala otak ..
Cepat ..sementara stok masih ada ..
Malaysia negara Islam.. bila mau ' i follow ' ?
TEHRAN: Iran menguatkuasakan satu kod berpakaian Islam lebih tegas di beberapa universiti termasuk melarang pelajar wanita berkuku panjang, berpakaian terang dan bertatu, lapor agensi berita, kelmarin.
Agensi berita separa rasmi Fars mendedahkan satu senarai universiti di sekitar Iran yang diberi satu nota menggariskan kod itu namun tidak mengatakan asas pemilihan institusi terbabit.
Peraturan baru itu melarang wanita memakai topi tanpa skaf, jean ketat dan pendek serta bertindik pada tubuh kecuali di telinga, kata Fars.
Mengikut undang-undang Islam dikenakan selepas revolusi 1979, wanita perlu menutup rambut mereka di khalayak ramai dan memakai baju panjang dan longgar.
Kod baru itu juga melarang pelajar lelaki mewarnakan rambut, mencukur bulu kening, memakai pakaian ketat dengan baju lengan pendek. – Agensi serta b arang kemas, kata Fars.
Pihak berkuasa biasanya memperhebat usaha sebelum musim panas apabila wanita sering memakai pakaian nipis dan skaf berwarna terang, sering menolaknya ke belakang untuk mendedahkan rambut.
Sejak beberapa tahun tindakan keras dilanjutkan kepada fesyen musim sejuk termasuk menolak seluar panjang wanita sebagai terlalu ketat selain lelaki dengan gaya rambut tajam ala Barat.
Pemimpin tegar memberi tekanan kawalan lebih ketat ke atas kelakuan tidak bermoral sejak Presiden Mahmoud Ahmadinejad memegang jawatan itu pada 2005 berjanji untuk mengembalikan nilai revolusi.
Wanita muda, terutama di kawasan bandar yang kaya, sering mencabar peraturan itu dengan memakai pakaian ketat dan skaf rambut berwarna terang yang hanya menutupi sedikit rambut mereka.
Peraturan itu kurang dicabar di kawasan miskin dan rantau luar bandar. - Agensi
Teleskop angkasa lepas Nasa tak kesan sebarang kehidupan
BERKELY: Sebuah teleskop angkasa lepas milik Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) mengesan sebuah planet yang menyerupai bumi, tetapi tidak menjangka planet berkenaan mempunyai kehidupan.
Dalam pengumuman rasmi kelmarin, anggota pasukan teleskop Kepler Nasa berkata, planet yang dinamakan 10b itu adalah 40 peratus lebih besar dari bumi dan berkedudukan kira-kira 560 tahun cahaya dari bumi di konstelasi Cygnus.
“Ia dikatakan menyerupai bumi berikutan tidak seperti planet lain yang ditemui sebelum ini yang dibuat daripada gas atau ais, 10b adalah planet batu pertama pernah ditemui,” kata pasukan program, Kepler Nasa.
Seperti bumi, 10b adalah juga eksoplanet, iaitu planet yang mengorbit bintang seperti matahari.
“ Ia adalah satu penemuan yang bersejarah,” kata Geoff Marcy dari Universiti California, Berkeley, pada sidang media kelmarin.
Namun, planet berkenaan tidak mungkin mempunyai kehidupan berikutan ia hanya kurang dari 3.2 juta kilometer daripada matahari, berbanding jarak bumi dengan matahari sejauh 150 juta kilometer.
“Suhu pada permukaan yang disinari matahari di 10b boleh mencapai 1,371 darjah Celsius, iaitu lebih panas dari lahar gunung berapi,” Natalie Batalha dari pusat penyelidikan Ames Nasa di California, yang juga merangkap timbalan ketua kumpulan pasukan Kepler.
Bagaimanapun, hakikat bahawa ia dibuat daripada batu seperti bumi membuat penemuan planet itu satu kemajuan besar dalam mencari planet menyerupai bumi yang boleh menjadi hos kepada kehidupan.
Batalha berkata, 10b mempunyai isi padu kira-kira 1.6 kali lebih besar dari bumi.
“Ini bermakna kuasa gravitinya amat besar dan kemungkinan mempunyai galian besi lebih banyak dari bumi.”
Pasukan Kepler yakin dapat menemui lebih banyak lagi eksoplanet yang menyerupai keadaan bumi.
“Jika teleskop Kepler dapat menemui planet sekecil 10b, kemungkinan besar ia dapat menemui planet lain yang lebih kecil seperti saiz bumi dan mungkin juga mempunyai suhu seperti bumi,” kata mereka lagi. – Agensi
INFO: Planet 10b
Janganlah kecewa .. tiada gunanya kecewa .. rezeki ada di mana mana .. kalau bukan di sini pastinya ada di sana .. Yang penting kita kena mencuba .. Kegagalan bukan bererti berakhirnya satu kehidupan ..
Berdoa .. mencari .. rajin berusaha .. bukan sekadar berusaha sekali dua kemudian terus buat kesimpulan .. tidak semudah itu rezeki datang .. Yang datang mengolek , perginya pon mengolek jugak ..
Pandang kiri dan kanan .. Kalau mengeluh disebabkan tiada rezeki , perhatikan .. Anak itu rezeki kita ... pekerjaan itu rezeki kita .. Orang lain belum tentu ada kerja.. orang lain belum tentu dapat anak lagi ..
Rezeki datang dalam macam macam bentuk .. Segalanya dari Allah .. menguji keimanan kita .. Kalau segalanya diberi dengan mudah , maka pastinya kita tidak diuji bukan ? Nabi Muhammad s.a.w sendiri pon terpaksa memegang pedang berjuang untuk menegakkan ISLAM.. Tak semudah itu ISLAM berkembang ke muka bumi ini .. Segalanya memerlukan perjuangan .. Sudah berjuang abis abisankah kita ?
"Doa itu merupakan satu usaha. Allah akan merubah qada-Nya dengan doa. "
Lain yang ditunggu , lain pulak yang datang .. hehehe .. nak tunggu yang dalam majalah , dalam suratkhabar lak keluar .. hehehe ..
"Memang diakui Ben Ashaari yang dikenali ramai,kerana sifat peramahnya yang suka menolong blogger-blogger baru..Akhirnya membawa dia ke pentas dunia..Apabila melakar nama dalam surat khabar tempatan hari ini..
Kejayaan Ben Ashaari ini akan membuka minda semua blogger-blogger lain untuk
berjaya seperti beliau..Hasil usaha gigih beliau,Ben Ashaari kini sudah menjadi idola blogger-blogger baru..
Surat Khabar tempatan.."
sambungan > sini
Macam macam diorg neh .. apa pun terima kasih mamat .. ops.. jom join ini contest > sini
Kat Erl Bandar Tasik Selatan .. lagi 14 minit Erl nak sampai ... Hurm.. bagi 2 minit lagi baru aku masuk.. hahah.. sekali kalau tiket wat hal , mmg naya aku .. Kensel... bagi 5 minit la baru masuk... tak sanggup aku nak tunggu lagi 30 minit gara gara 'kebodohan' sendiri ..
Sabtu ni... ada sapa sapa berminat nak melepakkan diri kat SOGO ? Sbb ada perancangan aku dan blogger kakchik-ella nak jumpa kat sana ...Hari Sabtu ni , jam 12 tghari.. Agenda ? Saja melepakkan diri .. Akan diconfirmkan nanti ..
Dunia blog .. hurm... adakalanya manis dan selebihnya pahit .. Pahit tu terjadi bila terdapat perbalahan pendapat yang mana cara menegur tu tak kena cara ..
Kalau jenis yang tunjuk kebijaksaan tu , maka dia akan cuba menunjukkan kebijaksanaan dia dengan cara 'memalukan' blogger lain .. Tu tak sepatutnya berlaku ..
Bila berlaku begitu , maka satu hubungan yang suci murni pastinya akan menjadi tawar .. Kadang kadang kita kena fikir , tak semua orang mampu bersikap terbuka .. Di sini kita kena bijak mengunakkan kematangan sebagai blogger dan juga manusia untuk menegur .. bukan main belasah je ... Orang terasa maka , bye bye ... hilang satu kawan ... hurm.. rugi bukan ..
Ops... sampai dah ERL aku .. lagi 8 minit.. leh gelek gelek jalan .. hehe.. okeh .. jaga diri .. jaga mata... tu part aku tu.. hahaha..
Suka header gini .. mmg dari dulu nak buat header gini.. huhu
pemilik header ini >