Iran haram pelajar pakai seluar ketat

by - Rabu, Januari 12, 2011

Malaysia negara Islam.. bila mau ' i follow ' ?

TEHRAN: Iran menguatkuasakan satu kod berpakaian Islam lebih tegas di beberapa universiti termasuk melarang pelajar wanita berkuku panjang, berpakaian terang dan bertatu, lapor agensi berita, kelmarin.

Agensi berita separa rasmi Fars mendedahkan satu senarai universiti di sekitar Iran yang diberi satu nota menggariskan kod itu namun tidak mengatakan asas pemilihan institusi terbabit.

Peraturan baru itu melarang wanita memakai topi tanpa skaf, jean ketat dan pendek serta bertindik pada tubuh kecuali di telinga, kata Fars.

Mengikut undang-undang Islam dikenakan selepas revolusi 1979, wanita perlu menutup rambut mereka di khalayak ramai dan memakai baju panjang dan longgar.

Kod baru itu juga melarang pelajar lelaki mewarnakan rambut, mencukur bulu kening, memakai pakaian ketat dengan baju lengan pendek. – Agensi serta b arang kemas, kata Fars.

Pihak berkuasa biasanya memperhebat usaha sebelum musim panas apabila wanita sering memakai pakaian nipis dan skaf berwarna terang, sering menolaknya ke belakang untuk mendedahkan rambut.

Sejak beberapa tahun tindakan keras dilanjutkan kepada fesyen musim sejuk termasuk menolak seluar panjang wanita sebagai terlalu ketat selain lelaki dengan gaya rambut tajam ala Barat.

Pemimpin tegar memberi tekanan kawalan lebih ketat ke atas kelakuan tidak bermoral sejak Presiden Mahmoud Ahmadinejad memegang jawatan itu pada 2005 berjanji untuk mengembalikan nilai revolusi.

Wanita muda, terutama di kawasan bandar yang kaya, sering mencabar peraturan itu dengan memakai pakaian ketat dan skaf rambut berwarna terang yang hanya menutupi sedikit rambut mereka.

Peraturan itu kurang dicabar di kawasan miskin dan rantau luar bandar. - Agensi

-BHARIAN-

You May Also Like

28 comments

  1. Agak-agaknya, bila pula Malaysia hendak menguatkuasakan kod berpakaian ni d semua universiti yang ada kat Malaysia? Selamat pagi En. Ben.

    BalasPadam
  2. patutnya semua negara yg mengaku Islam sbg agama rasmi patut buat peraturan macam ni.

    BalasPadam
  3. wooooowww!!~
    sungguh ketat peraturannye...

    BalasPadam
  4. masalahnye bile pelajar iran dtg malaysia terus bukak tudung, warna rambut, tapi seksi sgt tu belum lagi tgk..

    kalau kat upm ada sesetengah pak guard yg alim akan tegur pempuan kalau tak pakai stokin. i like... ;p

    budak cina kat kampus suke pakai seluar pendek giler g kafe. patutnye kene denda on the spot. dah bagi macam-macam amaran, tetap tak hirau. ok, keluar tajuk.

    morning bro.

    BalasPadam
  5. bagusnya
    doa-doa la malaysia pun buat camni jugak

    BalasPadam
  6. bgs kalau diaplikasikan dalam malaysia

    BalasPadam
  7. pasti ke arab2 tu mengikut ye..dalam UIA yg haram pki seluar pun selamber je kakak2 arab yg rs diri vogue tu pki seluar ketat kasut tinggi, mekap tebal..minyak wangi 5km boleh bau..lagi hebat dr budak melayu..Zzzz

    BalasPadam
  8. bagus sgt lau cmni....malaysia bila pulak...????

    BalasPadam
  9. that's y org arab suka sgt dtg Malaysia ni sbb bole pakai ikut suka huhu...tp pendapat sy klu kat u sepatutnya pakailah ikut peraturan...kan tempat blaja bukan kota fesyen

    BalasPadam
  10. Sah-sah dunia luar masuk campor pasni...konon-konon menjage hak asasi manusia...:)

    BalasPadam
  11. Abg Ben, saya tag abang Ben masuk giveaway nie yerk? TQ!

    http://diariputrilindunganbulan.blogspot.com/2011/01/awak-busuk.html

    BalasPadam
  12. sgt bagus klu peraturan ni dibuat kat u kite..

    BalasPadam
  13. dah termaktub dalam al-quran..bila ditegur kubur masing2..

    sebagai isteri kena ikut perintah agama supaya dosa kita tak terpalit sma pada sang suami..sang suami juga semestinya membimbing si istri supaya esok2 senang dijawab apabila dihisab..

    peranan ibu bapa terlalu penting untuk membentuk dan mendidik anak2..

    BalasPadam
  14. bagusnya negara iran ... bila malaysia nak buat macam ni jugak ye emmm

    BalasPadam
  15. iran kan negara yang bermazhab syiah...
    malaysia boleh terima ajaran syiah ke?

    BalasPadam
  16. sgt ptut dlksanakn ley sume univ2 d msia ni...

    BalasPadam
  17. bgusnye kalau malaysia bt cmni jugak tapi mimpila smpi sudah xbuat kot...isteri pemimpin sendiri pun masyaAllah...tambahan pula budak2 skrg berfesyen xingat dunia untuk menunjuk2 dan membangga diri..xkirela yang bertudung or xbertudung...masyaAllah..doa2la 1 hari malaysia akan buat cmni jgk..amin..waallahualam..

    BalasPadam
  18. nice...sbb org skrng sudah ramai yg terlupa agama diorang...lagi satu bila dah menutup aurat dan pakaian tak longgar so org laki pun xde la yang tergoda..leh kurangkan jenayah sexual..

    BalasPadam
  19. Islam sendiri dah ada guide tentang adab pemakaian tapi orang yang mengaku sebagai penganutnya suka sangat nak ikut jalan bengkang bengkok.

    BalasPadam
  20. salam, negara kita pun ikut melaksanakan peraturan ini pun bagus jugak...kurangle sikit dosa mata

    BalasPadam
  21. alhamdulillah. syabas iran. sekurang2 nye tak la kene jawab byk kat akhirat nanti. untung dpt presiden yg arif ilmu agama.

    BalasPadam