Setakat ni dah 800 blog aku senaraikan di dalam GEGAR 1,000 BLOG .. Dan majoritinya adalah blogger muda muda .. ehem.. perempuan ramai .. ke mmg ramai perempuan jadi blogger ? Patut la.. Yang laki suka baca je eh ? Pastu kumpul gambar gambar awek blogger yang cun ? Haa.. hati hati.. ada makhluk buat gini tau !
Mula mula , aku nak ucapkan terima kasih.. Jutaan terima kasih kerana sudi join kempen mudah ini tapi besar manfaatnya.. 1000 blog dibawah satu tajuk .. GEGAR 1,000 BLOG ! .. Membuktikan blogger adalah senantiasa bersatupadu ..
Cuma ... yang tak bestnya .. hurm.. kebanyakkannya blogger tidak SABAR .. S.A.B.A.B.. eh.. salah.. S.A.B.A.R ! .. Haa.. ok betul .. Cuba korang perhatikan di bahgian komen tu.. Berapa banyak laaa url yang sama dok berulangkali ditinggalkan ? Mereka seolah olah tiada keyakinan yang mana blog mereka akan dinaikkan .. Hehe.. aku bukan la nak marah ... tak kisah pon.. tapi ini menunjukkan ketiadaan keyakinan diri pada usaha mereka sendiri ! Haaa... seolah ada rasa was was .. Terutamanya blogger muda .. jangan risau terhadap apa yang korang yakin buat tu..
Pastu.. tak sabar nama blog disenaraikan .. Walaupun tajuk 1,000 blog , aku takkan berhenti tepat pada 1,000 blog.. lebih lagi bagus ! Aku sasarkan cuma 1,000 .. jika lebih tu satu perkembangan yang sihat kan ?
Dalam dunia blog ni , kena belajar bersabar.. segalanya memerlukan kesabaran .. jika berjaya 'bersabar' kejayaan dalam tangan .. InsyaAllah ...