Jemu nak menegur ? Erm... tak la... Bukan takde pilihan .. ada ... tapi perlu gak bagitau .. Aku bukan nak menegur .. Bukan nak mengajar.. Tapi sekadar nak bagaitau jer.. Samada nak ikut atau tidak , terpulang .. Okeh ?
Ada banyak blogger mintak aku tolong bagi pendapat mengenai blog mereka .. Ok.. fine.. aku masuk .. dan tengok.. tapi tiap kali aku masuk dan tengok , menda yang sama je nak ditegur ...
Beginilah.. aku taknak bagitau apa yang tak kena atau apa yang kurang ... Cara paling mudah dan memberi pengalaman secara tidak langsung kepada blogger itu sendiri iaitu .... buat sendiri !
Apa yang nak kena buat ? Cuba cari blog blog yang mana dah lama di dunia blog ini .. Maksud aku blogger lama la.. blogger lama yang aktif.. Haa.. jgn cari yang setahun sekali update .. tamo gitu.. cari yang aktif.. Aku bukan salah seorang dari mereka.. hehehe.. tak layak di bandingkan ..
Apa yang patut korang buat ialah , tengok blog mereka.. apa yang mereka letak di blog mereka.. Dan bandingkan dengan blog korang sendiri.. Jika korang buat blog untuk kepuasan diri sendiri , maka biarkan jer.. Tapi jika buat blog untuk masyarakat umum ... sila kaji !
Blog adalah untuk dibaca... Jangan lupa .. blog mencerminkan blogger tu sendiri ..