Hampir 10 ribu Follower.. Satu jumlah yang tinggi bagi aku .. Aku tak jangkakan semua ini langsung .. Aku dah kawin .. Dah berumur .. Tiada sebarang status selebriti mahupun menampilkan sebarang aset yang memudahkan aku naik dalam dunia blog..
Jadi 10 ribu Follower adalah satu jumlah yang amat tinggi untuk dikumpul dalam tempoh 1 tahun .. Satu kepuasan ... Pada mula berblog dulu , aku nak dapat 1 follower pon susah .. Yelah , mereka follow sbb mereka suka .. Tiada kepuasan langsung bila memaksa ..
Hurm... "Berhenti makan bila sedap " .. Aku teringat bekas pemain bolasepak Perancis dan Manchester United iaitu Eric Cantona .. Beliau bersara dalam dunia bolasepak sewaktu berada dikemuncak .. Sememangnya dia menjadi lagenda terutama dalam kelab Manchester United .. Lihat pada Maradona .. Beliau mmg lagenda tapi dia bersara dalam keadaan yang memalukan.. Kes dadah !
Tapi paling aku kagum ialah Zinedine Zidane .. Mmg buat aku gigit jari setiap kali lihat kebijaksanaan dia mengawal bola.. tapi tu la... Kedua dua mereka ni tercalar rekod akibat ketidaksabaran mereka... Maksud aku , gagal kawal geram diorg la.. heheh ..
Jadi , aku terfikir.. kalau aku tutup blog skang , pon best gak kan ? Hahaha.. yela.. sementara berada diatas.. nanti bila dah jatuh , sahih ramai gelak punya .. Maklumlah , ramai dok tunggu je aku jatuh.. eceh... kan kan ?
Entah la... Aku terfikir nak buat satu blog anynomous.. tanpa muka.. nak mula dari bawah balik..tp lebih pada luahan perasaan .. amacam ? OK tak ?