Dua cara yang berbeza .. Ada blogger tanya aku , bagaimana nak jadi seperti BEN ASHAARI ? Mau berjaya dalam dunia blog ! Lalu aku pandang ke cermin .. Aku perhatikan cermin itu .. Sudah berjayakah aku ??
Macam pernah yang korang baca sebelum ini , aku terus terang .. aku masih terlalu jauh untuk dikatakan BERJAYA .. 1% pon tidak langsung .. Apa yang aku berjaya cumalah memperkenalkan BEN ASHAARI.COM kepada dunia blog .. Itu saja ! Tidak lebih dari itu !! Tetapi aku sedang menuju ke arah kejayaan itu !! Pasti.. Aku nak nikmati kejayaan itu !!
OK... Popularkan blog atau popularkan blogger .. Mak aih.. Hari tu , aku lepak dengan blogger otai ...Orang lama la .. Kira blognya dah terkenal dalam dunia blog ini .. Dia cakap ngan aku ... Semakin ramai blogger !! Aku kata , satu perkembangan yang bagus ... Semua orang teringin jadi blogger .. Secara tidak langsung , blog sekarang bukan lagi dikhaskan untuk orang yang gemar menyampaikan berita palsu atau khabar angin .. Blog sekarang adalah medium penyebaran maklumat antara yang terpantas tika ini ! Jangan tak tau ... haaa.. aku dah cuba.. ternyata 'merbahaya' !
Tapi apa yang berlaku sekarang ini ialah , mereka buat blog adalah untuk jadi popular !! Tu nombor satu ... nombor dua , kononnya menambahkan duit kocek ! Tapi apa yang berlaku ialah yang nombor dua tu kembali ke nombor satu .. Mereka nak popular .. Hurm.. kenapa nak popular ? Aku rasa antara sebab mungkin nak muncul dalam media elektronik atau media cetak.. Berbalik juga pada alasan no 1 ! Nak popular ...
Bila popular, apakah blognya akan popular ?? Kita tengok contoh artis majalah dengan artis album.. Artis majalah ni popular dalam majalah jer.. tapi album baru satu ! Tu pon takde atau satu lagu je top.. Lain ? Habuk ... Berbeza dengan artis album... laris.. ada je show sana sini ..Walaupun publisiti takde atau kurang tapi dia tetap masyuk ! Camana tu ?
Apa yang patut berlaku ialah .... popularkan blog ! popularkan blog .. popularkan blog.. Maksud popular ni ialah sebarkan .. sebarkan .. bagi semua tau tentang kewujudan blog korang tu .. bila orang sebut www.benashaari.com , orang tau .. Biar orang tau pasal blog tu dari tau penulisnya .. Yang nak popular ialah blognya .. penulisnya tu biar no 2.. ada rezeki maka ada la ..
Untuk popularkan blog , bukan mudah .. Banyak kerja kena buat .. Macam macam kajian ... Rintangan.. halangan .. mmg wujud semua ni .. Disini , kesabaran , kekreatifan , keunikan serta kebijaksanaan memainkan peranan penting .. Bila blog popular, mereka akan cari tuan punya blog untuk berbincang mengenai blog mereka .. Bukannya mereka cari blogger itu untuk berbincang mengenai blogger itu dan akhirnya blognya tenggelam.. Blogger itu naik adalah kerana dirinya ! bukan kerana penulisannya .. Jadi apakah benar dia buat blog semata mata minat menulis atau mempunyai maksud yg lain ? Sekadar batu loncatan untuk popular ? Tepuk dada tanya selera ...
Kepuasan terletak di tangan korang sendiri.. Mahu bergelar blogger popular atau miliki blog yang yang popular !