Apa yang membuatkan aku rasa aku lain dari blogger yang lain ialah , aku bercerita .. Cerita aku seperti aku berbual dengan korang .. tak kira blogger atau pon bukan ..
Sapa saja yang aku jumpa aku akan cerita dengan korang .. Bukan sebab rasa bangga atau riak tapi aku rasa aku nak berkongsi perasaan aku dengan korang semua ..
Kali pertama aku bergelar blogger , aku buat gathering di Alamanda .. aku cerita dengan korang.. aku di gathering sahabat blogger , aku cerita dengan korang .. aku berada di pejabat perdana menteri , aku cerita dengan korang .. aku jumpa blogger terkenal , mat gebu , beautifulnara .. aku cerita dengan korang ..
Kenapa ? Aku cerita dengan korang sbb itu yang berlaku pada waktu tu ! Bukan selepas atau 2 minggu kemudian !! Tak ! Itu cerita basi .. Apa guna nak cerita yang dah lapuk ?
Bayangkan kalau 5 minit aku duduk bertentangan mata dan bersembang dengan PERDANA MENTERI ? Berapa banyakkah entri aku akan aku keluarkan ?
Aku pelik kenapa ada blogger cukup susah nak bercerita dalam blog ? Diorng lebih gemar bermain SEO dari bercerita tentang dunia disekeliling dia ? Apakah blog miliknya itu hanya untuk mengaut keuntungan ? Apakah itu kepuasan ? Hurm.. macam macam pendapat ..
Jika aku kaya kerana blog ... Aku akan lihat balik blog aku tu .. Aku kaya disebabkan penulisan aku atau aku kaya sbb guna nama orang ?
Berbanggalah dengan blog korang jika ianya hasil keringat korang sendiri .. Walaupun seorang yang masuk baca , syukurlah .. mereka di situ kerana hasil usaha korang !