Bila sebut Janda atau ibu tunggal .. Ramai akan memandang sinis .. Pelbagai gelaran akan diberikan .. Kalau lelaki , senyum 'gatal' .. Kalau perempuan , senyum ' gulp' .. risau... takut takut pasangan mereka dikebas ..
Kenapa ini terjadi ? Pelbagai cerita yang kita dengar pasal janda atau ibu tunggal ni .. Dan kebanyakkan cerita negatif.. Ada yang berfikiran janda ni gatal.. Atau suka kebas laki orang .. Grr...
Apasal la suka pk gini ek ? Tak kesian ke kat diorng ? Bukan diorg nak sangat jadi gitu ? Bayangkan jika ada adik beradik kita yang menjanda .. Camana ? Nak salahkan diorg ke ? Diorng pon nak kehidupan sempurna !
Hurm... Kita ni hidup bermasyarakat.. Beradat dan paling penting beragama .. Dalam agama ada mengajar erti hormat menghormati.. Amalkan la... Jangan la bersikap ego ... Yang lelaki tu , jangan la amik kesempatan .. Pantang dengar skit janda , terus senyum .. Kalau nak amik sebagai isteri tu , tak pe la.. tapi kalau nak amik kesempatan ? Apa ingat janda ni kebulur sangat ke ?? Diorg ni pon menderita gak .. ingat la tu... Allah tu wujud ..Dalam kepala takde benda lain nak ingat !
Dan yang perempuan lak .. Hurm.. awak tu sama jenis .. kalau satu hari nanti awak menjanda camana ? Kalau tak kena kat awak , kena kat anak.. atau adik beradik.. Bawak bawak la berfikir...
Aku tau.. ada yang janda gatal... tapi bilangannya kecil.. cuba fikir.. kenapa diorng jadi camtu ? Dah masyarakat doa mereka jadi gitu.. Bila kita fikir diorng gitu bermakna kita mendoakan mereka jadi gitu !
Sapa yang bersalah sekarang ? Tak perlu salahkan sapa sapa.. Kita perlu ubah cara pemikiran kita.. hidup lebih harmoni.. Saling tolong menolong ..
Ingat , ada dosa .. ada pahala.. ada syurga. .ada neraka.. Mana satu kita nak ?