Disebalik cerita 1TUBE.MY bersama BEN ASHAARI ..

by - Ahad, Mac 20, 2011

 

Alhamdulillah ... Tak sia sia aku kenal 1TUBE.my ni .. Masih ingat lagi kali pertama aku kenal 1tube.my ni .. Mia selaku PR , 1TUBE.my bertanyakan aku tentang harga iklan di blog aku .. Maka aku pon cakap je la berapa .. Aku tak la letak harga berjuta sbb aku bukan blogger bertaraf juta gitu kan .. Letak harga sesuai dengan trafik aku je la... Kira lepas la nak beli Ferrari kat kedai runcit Ah Seng tu .. hehehe..

Tapi bila Mia berceritakan tentang projek 1Tube.my ni dan latar belakang web ni maka aku bersetuju melakukan dengan PERCUMA .. dan tanpa sebarang syarat ..

Sebagai permulaan , aku ajak 1TUBE.MY membuat liputan gathering SAHABAT BLOGGER di Times Square .. Alhamdulillah , berjaya.. ramai blogger dah terpacak muka dalam web 1Tube.my tu.. haa.. tak payah susah susah nak edit dah.. semua pihak 1TUBE.MY buat..

Kemudian , bos 1TUBE.MY bagitau aku pasal vlog pertama aku.. Aku pon main iyakan je padahal dalam hati aku , dah cuak ! Aku penakut beraksi dengan kamera.. Keras.. kayu .. kaku .. tiang ... macam macam laa.. tak reti senyum ...

Syukur , berjaya dibuat gak hasil kerjasama rakan rakan di gym dan juga tunjuk ajar dari FIL ( bos 1Tube.my ) .. siap gak vlog pertama aku tu haaa... dan aku puashati laaa...

Ada aku bertanya pada pihak 1tube.my .. tak pelawa blogger  lain ke ? Ada tapi tak berminat katanya.. Maklumlah percuma.. sapa nak kan ? BEN ASHAARI je nak.. ehehhe ...

Tapi sejak aku buat vlog di 1TUBE tu , syukur ramai berminat terutama rakan rakan blogger yang lain .. Mereka turut serta memberi sokongan pada 1TUBE tanpa meminta sebarang balasan !! Segalanya suka suka !! Sebagai satu kenangan bersama rakan rakan .. Itulah namanya kenangan terindah !  Diulangi yer... Kenangan terindah ! Bukan cari populariti .. Kenapa gitu ? Sbb perhatikan .. sapa ada kat situ ? Semua rakan rakan blogger weh !! bukan cari artis ke .. atau dok cari blogger popular baru nak buat ! Aisey...

Sejak itu , aku ditawarkan satu segmen khas .. SEMBANG SEMBANG .. bersama tetamu jemputan .. Gulp.. aku on jeee.. bila pihak 1tube senaraikan para tetamu , aku tertelan air liur.. Aku teruja dan bersyukur .. Keikhlasan aku dibalas dengan satu penghormatan ..

Akhirnya banyak projek diterbitkan bersama aku .... Seperti yang korang pernah tengok di vlog atau video yang lepas dan ada juga akan datang .. Banyak weh !! Bersama sama artis terkenal lagi.. Aku takkan bertanya pasal dunia hiburan tetapi tips tips kejayaan mereka .. Aku blogger ! Pastinya aku tanya soalan pasal dunia blog dan resepi mereka .. Takkan nak tanya pasal baju atau gaji mereka kot ???  Rugi la aku kan ?

Apa pun , aku bersyukur pada Allah kerana menemukan aku dengan 1TUBE.MY .. sekarang aku makin jelas hala tuju aku sebagai seorang blogger ! Sapa tau , aku mungkin akan jadi blogger sepenuh masa kerana aku mmg minat menulis .. Dan , bakal buat skrip sendiri ? Berkat tunjuk ajar seorang blogger yang juga seorang penulis skrip terkenal ! kan MDT kan ... hehehe...

TERIMA KASIH 1TUBE.MY dan rakan rakan sekalian !

You May Also Like

13 comments

  1. Wahhhh ! taruk je harga bejuta juta:P

    BalasPadam
  2. terima kasih juga kepada mereka yang kerap datang jenguk blog...nampak jejak mereka di shoutbox...:)

    BalasPadam
  3. as salam..
    wah! 'ini rupanya sejarah 1tube encik~
    permulaan yang baik

    =0

    satu manfaat bat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

    =)

    BalasPadam
  4. Bagus jugak ada 1 tube ni kan? Boleh satukan blogger-blogger

    BalasPadam
  5. i malaysia punya 1tube...patot di hebahkan lagik!syabas inspektor sahab!

    BalasPadam
  6. dari ben ashaari la sy kenal 1 tube ni..niat ben memperkenalkan produk malaysia harus di puji!

    clap..clap =)

    BalasPadam
  7. nampaknya Ben melangkah setapak lagi ke depan...syabas!

    BalasPadam
  8. beli saya satu ferrari abg Ben ! :P

    BalasPadam
  9. tengok memang nampak bakat jadi pengacara kat situ.. teruskan!

    BalasPadam