Ada yang kata aku gila glamer ? Teringin sangat nak menang ? Hahahah... ok.. aku bagitau la kenapa aku nak join dan nak pastikan aku berada di TOP 3 !
Ini adalah penyumbang trafik aku sejak bermulanya contest ni .. Perhatikan no 6 tu .. Korang rasa yang masuk tu dari mana ? Apakah mereka itu pembaca sedia ada atau pembaca baru ???
Apakah cara untuk menarik trafik hanya melalui blogwalking ?? Ingat , yang join contest ni satu Malaysia ! Pelbagai blogger yang punya pembaca tersendiri akan join .. Inilah masa untuk 'curik' pembaca mereka !
Dengan berada di TOP 10 , pastinya mereka yang masuk ke web WWWOW ni akan masuk ke blog blog yang punya ranking tertinggi ..
Sebab itulah aku senantiasa berkempen agar tidak tercorot ! Ianya cuma satu permainan .. Hadiah pon bukanlah lumayan pon .. Dan kalau nak gila glamer , baik aku buat GEGAR 1O RIBU BLOG !
Sebab tu aku kata , gunakan segala peluang yang ada untuk mencuri pembaca baru .. Sasaran aku adalah 2 tahun .. ni baru setahun lebih .. Aku masih lagi dalam 'beta' ... Percubaan.. Tengok blog aku pon tau.. basic jer .. haih ..
Aku kecewa tadi bukan sebab aku jatuh rank tapi kecewa bila 'rakan' yang aku kenali bercerita beria pasal aku tapi tak sepatutnya menyokong aku .. Kalau korang ? Ye .. aku tau korang tak kisah .. Tapi aku kisah ..
Kesimpulannya , dengan masuk ke DIGI CONTEST telah menaikan lagi pembaca baru blog aku sebanyak 19% sehari .. amacam ? Sapa bijak sekarang ? Akukah yang gila glamer ? atau aku punya strategi sendiri tanpa perlu blogwalking 24 jam ?