Antara bujang dan milik orang , mereka kata tentulah bujang .. tapi bila dah dapat milik orang mereka kata tiada pilihan .. dah suka .. adoi.... macam tu pulak ?
Bila pilihanraya ... ada pilihan ... walaupun tak pasti kebenarannya , tetap ada yang berjuang demi bangsa mahupun agama .. masih ada pilihan.. bukan menidakkannya terus.. dari tergadai baik selamat.. bab dosa , itu mereka dengan Tuhan ..
Bab bacaan .. ada pilihan .. jangan sangka kita dah baca maka mereka yang lain pon dah baca .. Jangan lupa ada yang baru 'lahir' semalam dan memerlukan panduan.. Kita yang dah tau ,terus baca yang lain.. masih terlalu banyak pilihan ..
Bab makan .. tak suka atau tak sedap .. kita masih ada samada makan untuk hidup atau makan untuk nafsu .. melihatkan keadaan sekarang ini , ramai makan kerana nafsu.. tiada lagi makan untuk hidup namun kita masih punya pilihan ..
Macamana sekali pon , jangan lupa kita tetap ada pilihan .. jangan sesekali terus melupakan pilihan tersebut kerana keegoan dan kesombongan kita sendiri ..