Salam selamat pagi .. Hari kedua di Bangsar Pantai Hospital ...
Banyak gak hampas semalam .. nasib baik ada penapis.. kalau tak , tah hapa hapa punya komen yang terlepas dalam blog aku ni.. Haih...
Aku tak nak ada komen berunsur negatif dalam blog aku ni .. Unsur negatif yg aku maksudkan ialah komen yang mampu membuatkan pembaca geram lalu membalasnya dengan penuh kegeraman atau mampu membuatkan blogger membalas dalam entri mereka akan datang ..
Biarlah aku kelihatan seperti pengecut disebabkan aku menapis segala komen .. Aku tak gilakan sebarang komen .. aku tak gilakan komen berunsur pujian ... dan tak berminat nak membaca komen caci maki.. Muak dah sepanjang hidup aku ni dok dengar caci maki.. Yang suka caci maki ni , budak lom matang jer .. Budak dok tepi tembok sambil menganggu ketenteraman awam .. Ni la 'budak-budaknya' ..
Takut berumah tepi pantai ? hehe.. tak luka badan jika kena kritik.. cuma sedih jer.. Sedih kerana masih wujudnya spesis begini di zaman yang penuh dengan cabaran kehidupan .. Spesis yang masih ketinggalan ke belakang dengan punya perasaan tak mampu bersaing tapi gemar menjatuhkan semangat orang lain ...
Maaf la yer... aku dah sampai tahap ini.. dan dah muak dengan kritikan dalam hidup ini .. Alhamdulillah , aku dah berusia 35 tahun dan punya blog lebih 150 ribu pembaca sebulan .. dan sedang meningkat ..
Tu je la nak kata ... fikir fikirkan la ke mana hala tuju hidup kita .. Membina atau dok tengok orang lain berlumba menuju kejayaan kehidupan ini .. Dan paling penting ,jgn tinggalkan pegangan agama ..