Haih ..sian ...ramai attack dia.. aku pon sama gak attack dia .. heehhe.. tapi bila baca kenyataan akhbar dia HARIAN METRO , hurm.. baru aku tau la camana cara dia berfikir ..
KUALA LUMPUR: “Saya tidak rasa klip video yang saya hasilkan itu berbaur lucah kerana tiada langsung adegan cium...malah video itu sebenarnya untuk pasaran Amerika Syarikat bukannya untuk pasaran tempatan,” kata pelakon dan pengarah klip video Marilah Menari, Gambit Saifullah, 26, yang kecewa selepas banyak pihak menyalahkannya kerana dikatakan menghasilkan klip video berbaur seks.
Gambit ketika dihubungi semalam, menafikan dakwaan bahawa klip video nyanyian Prema Yin dan dibintangi Shahz Jaszle itu tidak bermoral dan mengghairahkan.
Dia yang diminta penjelasan mengenai lakonan video klip itu lantas memberikan alasan video terbabit mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri yang mengalami keruntuhan rumah tangga apabila masing-masing mempertahankan ego sendiri sebelum hubungan itu dibaiki semula.
“Saya berniat baik kerana kandungan video itu sebenarnya memaparkan kehidupan suami isteri yang berhadapan krisis rumah tangga malah tidak berniat langsung menayangkan adegan lucah atau seks.
“Bagi saya video itu tidak salah, lagi pun ianya dimuatkan dalam You Tube untuk pasaran Amerika..terpulanglah kepada masyarakat di negara ini untuk menilai sama ada menerimanya atau tidak,” katanya.
Sumber : HMETRO
Nak baca lebih lebih , sila beli suratkhabar yer ... hahaha..
Hehehe.. nampak tak ? Jadi pemikiran dia tu , kira tahap luar negara laa .. tahap orang terdesak nak popular .. kot nanti MARIAH CAREY ke.. BEYONCE ke , leh amik dia jadi pengarah video klip dia akan datang .. Mana tau kan ? Kot kot la .. tak pon Maher Zain pon leh amik dia.. ajar sikit camana nak hasilkan video berkualiti bercirikan ISLAM memandangkan si GAMBIT SAIFULLAH tu Islam agamanya .. kan kan ?
Pasni gamaknya budak sekolah jangan tiru la adegan dalam tu dengan mengatakan adegan tu bukan lucah ! Tu sekadar adegan suami isteri yang bukan muhrim ..
Sian .. ok ? Jangan serang dia dah la.. sian dia .. bahagian kita dah lepas.. Ni bahagian pihak berkuasa lak .. suruh nilai video tu .. sesuai atau tidak .. kalau ok , aku rasa ramai nak buat video tu tapi untuk pasaran luar negara la..
Cam jual ayam daging lak .. hehehe .. Haa.. kes Azwan dengan peminat K-POP , tak pe.. aku bukan K-POP .. Aiskim-Pop yer , tu aku.. hahaha...