DIGI WWWOW telah berakhir namun masih ada suara suara berbunyi termasuk aku.. Yelah , aku kecewa tak dapat tunaikan apa yang aku hajat iaitu open table pada rakan rakan blogger yang menghabiskan masa mengundi dan berkempen untuk aku ..
Bukan tergila sangat nak menang pon.. kalau menang sekali pon akan aku kata , award tu adalah milik blogger kerana mereka yang mengundi .. aku cuma wakilkan saja .. Tapi bukan rezeki aku malam tu ..
Kekalahan tu membuka mata aku .. Aku semakin mengenali dunia maya ini.. Sapa kawan .. sapa yang bukan kawan .. Yang bukan kawan ni , tak semestinya lawan kan cuma mereka ni umpama lalang saja ..
Pertandingan tu memberi banyak kenangan pahit dan manis .. Masing masing cuba menjadi yang terbaik termasuk aku .. Namun jika dikenang kembali , betapa bodoh gak aku masuk kerana pertandingan tu meminta mereka mengundi hari hari ! Macam meraih simpati pon ada .. Iskhhh... sampai gitu sekali ..
Dan ada juga rakan blogger yang terasa hati dengan aku yang mana mungkin aku ada mengeluarkan entri yang menguris hati mereka ( namun sebenarnya double meaning ) dan juga kawan kawan yang lain .. Nadea dan Mia , antara pesaing aku tika itu .. Mereka blogger yang bagus dan hebat samada dalam entri dan juga berkempen .. Sememangnya aku bukan saingan mereka ..
Pada kedua blogger tersebut , andai ada terasa hati dengan aku tika pertandingan tu , ampun maaf seikhlas hati dari aku .. Tamo dah bersaing ngan korang ! Sure aku kalah .. hehehe..
InsyaAllah , aku tak nak masuk dah .. Kalau masuk pon sekadar suka suka untuk curi trafik orang ! hahaahha ... Tolong ingatkan aku andai aku terlupa ...