Jawatan : ANONYMOUS
Tugasan : Mencari blog blog untuk diserang .
Jantina : Tidak kisah. Asalkan mulut laser dan tak kisah dosa pahala. Janji hasrat syaitan ( rakan karib ) tercapai iaitu memusnahkan silaturahhim .
Umur : Tak kisah . Tapi mesti lebih 18 tahun. Bawah umur , ibu bapa awasi lagi tindak tanduk.
Pengalaman : Selalu lepak bersama sama ahli mesyuarat tingkap di tepi tangga / pintu bagi menghabiskan sisa sisa hari atau gemar lepak di kedai kedai minum sehingga bergelas gelas air di order..
Lain-lain : Rupa paras tak diperlukan kerana akan dibekalkan topeng Zorro.. Pantas membalas komen serta punya kata kata yang boleh membuatkan hati pembaca terluka . Paling penting , kejam ! Dan punya broadband sendiri.. Kalau guna UNIFI atau STREAMYX pon bagus..
Berminat ? Tunggu lepas puasa .. Chief akan dilepaskan dari rantai dan masa tu leh buat interview..
Mereka yang tersenarai saja akan dipilih .. Jumpa anda di sanaaaaa... Oh lupa.. Gaji ? Bergantung kepada berapa ramai hati yang berjaya dimusnahkan .. Ada bonus jika blogger tersebut , tutup blog ..