Ah .. mereka mengeluh mengatakan kerana CINTAlah mereka merana .. Tapi pernahkah mereka mengeluh kerana CINTAlah mereka gembira ? Perlukah mengeluh dikala merana ? Mengapa tidak memandang akan kebaikkan dikala perpisahan itu ?
Ah .. mereka menolak CINTA kerana takut kecewa .. Kecewa hadir kerana gagal menghayati CINTA kerana Allah .. CINTA kerana dunialah menyebabkan kita derita .. Derita kerana terlupa erti CINTA ..
Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS. Ali 'Imraan, 3:31)
(QS. Ali 'Imraan, 3:31)
Marilah kita kembali menyelak kembali dasar dasar CINTA kita .. Apakah yang kita CINTAi .. Kerana apakah kita diCINTAi ? Jika berjaya menemuinya , pasti bersinar kehidupan kita .. Pasti bererti nafas kita .. Pasti bererti mati kita nanti ...
CINTA yang penuh dugaan itulah CINTA .. CINTA bukan seperti makan aiskrim sebalik CINTA ibarat buah kelapa ..Tak kira muda , tak kira tua , tetap ada gunanya ..
CINTA tidak perlu ditolak sebaliknya CINTA perlu dijalan yang benar ..