" Akibat gagal menahan sabar selepas lebih tiga jam menunggu isteri membeli-belah, seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup memukul wanita itu di depan orang ramai dengan sebuah beg tangan di sebuah pasar raya di Jalan Gambang, di sini kelmarin."
Sebelum kejadian, pasangan terbabit dikatakan masuk ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan keperluan sebelum si suami dikatakan penat dan berehat di luar pasar raya itu.
Selepas kira-kira tiga jam menunggu, si suami yang berusia hampir 20 tahun lebih muda daripada isterinya itu mula bengang dan berang apabila mendapati wanita berkenaan tidak muncul dalam waktu yang sudah dijanjikan sebelum itu. " - Hmetro
Perghhhhhhhhhhhhhhh... 3 jam ??? Menanah kepala otak woiiii... Ingat kejap je ?? Walaupun perbuatan memukul isterinya itu tidak patut langsung , tapi apa yang dilakukan oleh isterinya itu mmg boleh buat mana mana lelaki hilang pertimbangan .. Pukul ? Tu melampau la.. tapi kalau naik hangin tu tak mustahil tu ..
Kalau aku ? Jangankan 3 jam , setengah jam confirm aku g masuk cari.. Mana la tau apa apa jadi pada isteri kita tu kan .. Kita jugak nanti pening kepala ...
Belasah ? Buang masa jer .. kang tak pasal pasal menghabiskan hayat dalam penjara...