" Aiseman .. lu kantoi la bro.. "
" Pahal lak ??? Kantoi apa ?? "
" Lu curik kacang gua kan ?? "
' Hekler !! Lu ada bukti kee ??? Ni gua angin ni ! "
" Hadoi... Lu nak kasi gua suluh lagi ka ?? "
" Gulp... Dia nampakkah ?? "
" Aiseman .. lu kantoi la bro.. "
" Pahal lak ??? Kantoi apa ?? "
" Lu curik kacang gua kan ?? "
' Hekler !! Lu ada bukti kee ??? Ni gua angin ni ! "
" Hadoi... Lu nak kasi gua suluh lagi ka ?? "
" Gulp... Dia nampakkah ?? "
Hari ini CyberSecurity Malaysia , agensi dibawah Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi ( MOSTI ) telah memperkenalkan satu garis panduan Internet yang baru , dikenali sebagai Amalan Terbaik Bagi Laman Perangkaian Sosial atau Social Networking Sites ( SNS ).
Apakah tujuannya ? Dengan memahaminya, pengguna boleh mengetahui dengan baik apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di samping menikmati faedah menggunakan SNS. Itu cara mudahnya la... -Hmetro
Apakah panduan yang terdapat di dalam SNS ini ? Memandangkan ianya dalam Bahasa Inggeris , ada baiknya aku tak payah translate.. Takut lari makna pulak.. Dan aku petik original terus dari laman web pihak terbabit.
Ini point saja yer ..
1. Be cautious about personal and business agenda
2. Be Objective
3. Think before you “post”
4. Think before you “Click”
5. Don’t expect your privacy is protected.
6. Have a “strong” password
7. Anti Virus or Anti-Malware installed and updated
8. Never ever reveal anything related to PII ( Personal Identifiable Information)
9. Have a tool to filter and scan the SNS
10. Try to limit your “time” with SNS
Untuk membaca dan mendownload sendiri Amalan Terbaik Bagi Laman Perangkaian Sosial (SNS) , sila klik CYBERSECURITY
Sambungan dari episod 6 . Bagi yang belum pernah membacanya , sila ikut turutan episod di SINI ..
" Riana .. Apa yang penting sangat sampai nak jumpa saya di KLCC ni ? " . Aku mulakan perbualan setelah melihat Riana diam seribu bahasa.
"Entahlah Beben.. Eh ,sori...Ben. Pening kepala Ana. Sejak kali pertama kita berjumpa hari tu , Ana rasa semacam jer perasaan ini..Tapi Ana tak boleh.. Ana terpaksa melawan perasaan ini .." . Bicara Ana.
Aku pening kepala. Apa kes lak si Ana ni ? Kalau ya pun , ceritalah bagi habis.Ini tidak ! Main setengah setengah jer. Karang tak pasal-pasal dengan aku sekali pening kepala . Tapi tak kisah la , janji aku lepas rindu dapat tatap wajah dia setelah dua hari tak dapat tengok muka dia.
"Cuba Ana terus terang je pada Ben . Apa masalah Ana sebenarnya ? " . Aku cuba nak mengorek rahsia. Itu adalah kepakaran ku.
" Hurm.. Ana dah jatuh hati pada seseorang . " Terhenti disitu saja kata-kata Ana.
Apa ?????????????? Hadoiii.. Pelamin anganku musnah !!! Mau saja aku menjerit sekuat hati tapi aku tetapkan iman aku.Sabar menanti ayat seterusnya.
" Tapi Ana tak boleh sbb Ana dah ada kekasih hati . " Ana meneruskan lagi bicara hatinya .
Oh.. memang tinggal debu pelamin anganku ..
" Cuma Ana tak sayang dah pakwe Ana tu sbb dia suka mengongkong dan selalu menyakiti hati Ana. Dah la tu , kaki betina. Dah berkali Ana nak tinggalkan dia tapi dia ugut Ana ! " Ana mula bocor rahsia.Aku kata dah kan ?
Aku kembali membina pelamin anganku itu .
"Ana sukakan .. er .. " Terhenti disitu kata-katanya sambil memandang aku !
Aku terkedu.Takkan aku kot ?
" Sapa Ana ? ". Aku mencuba nasib .
" Ana sukakan .. "
" Abang !! Bangun laaa... solat subuh ! Dah pukul berapa ni !! Kot ya pon lap la air liur tu haaaa .. Teruk benar tidurnya !! " . Jerit adik perempuan aku yang serupa cam lelaki tu.
" Adoii.. Boleh pulak aku tertidur depan laptop neh ! Hampesss.. Aku ingatkan aku dah dating ngan Riana tadi .. Arghhhhhhhhh... Aku mabuk dah nehh .. Tau kat Wan nanti , mau kena gelak guling guling ! Hampagas tul ! ". Bebel hati aku.
Bangun , mengeliat dan buat pumping 3 kali . Baru aku mandi dan solat subuh . Masih terbayang wajah Riana . Oh Riana..Kalaulah aku pilihan mu itu... Alangkah indahnya dunia ini walaupun dah memang indah.
- SAMBUNG -
" Berani kau main main sama keluarga aku ! Siap kau nanti .. Tembak kat gigi kau nanti .. baru tau camana payahnya tak dapat makan ! "
Wah... satu penghargaan kepada blog aku....
" Kami dari pihak SimplySiti Sdn Bhd berminat untuk menggunakan blog anda sebagai medium "online advertising' yang mampu memberi faedah kepada kami dari segi "create awareness" kepada jenama kami dan juga memberi maklumat tepat dan berkesan kepada pengguna.
Pihak kami amat berbesar hati sekiranaya kami dapat bekerjasama dengan benashaari.com. ...... "
Email yang baru aku terima dan membuatkan aku membacanya berkali kali ! Yelah , aku kan blogger lelaki .. SimplySiti lak produk perempuan.. Agaknya sbb blog aku ni ramai pembaca perempuan kot.. hehehe..
Tak kisah la.. janji apa yang aku usahakan selama ini berjaya membuka mata banyak pihak ... Samada dapat atau tidak , tu belakang kira .. Yang aku kira , aku dah sampai ke situ !
Apa pun , jutaan terima kasih buat semua rakan rakan pembaca dan juga blogger di blog ini yang mana tidak putus putus memberi sokongan..
Satu penghargaan dan hadiah buat blog aku yang mana hari ni genap 2 tahun aku bergelar blogger ! Terima kasih .. Syukur Alhamdulillah.. Rezeki baby... semua aku simpan untuk dia.. Nak beli lens pon pk jutaan kali tau !
LELAKI sebelum kahwin dikatakan romantik dan begitu penyayang serta lemah lembut ibarat pijak semut pon tak mati.. Sebenarnya hakikat ni , sama je tak kira lelaki ke perempuan ..
Ambil contoh paling mudah je la kan .. Kalau g rumah bakal mertua , apa yang akan kita ( lelaki atau perempuan ) buat ? Berapa peratuskah kita akan menjadi diri kita ? Pastinya kita akan berlakon sedikit kan ?
Sama je bila nak mengorat .. Takkan nak tunjuk taring memula atau nak tunjuk kuku walaupun itulah sepatutnya .. Tapi bila tunjuk sapa diri kita sebenar , apa pasangan kita akan menerimanya sedangkan itulah proses penyesuaian terhadap sesuatu perhubungan ..
Lelaki akan cuba belajar mengenali pasangannya ( perempuan yer ! ) , dan cuba menjadi yang terbaik bagi memastikan mereka bahagia dan menjadi pasangannya ..
LELAKI selepas berkahwin dikatakan amat berubah sekali berbanding sebelum kahwin ( nikah dulu ) .. Kenapa ini berlaku ? Sebelum nak kata lelaki berubah , apakah perempuan tidak berubah ?
Ambil contoh paling mudah la yer .. Bab order makanan .. Sebelum kawin , paling tidak pon , makan bihun dan air sirap .. Selepas kawin camana pulak ?
Bab shopping pula , lelaki sebelum kawin akan mengekor ke mana saja pasangannya pergi.. Kenapa ini berlaku ? Ini adalah proses pembelajaran.. Nak tau apakah citarasa bakal isterinya .. Kalau jenis material , maka ada kesempatan untuk cabut lari .. Kalau mampu tanggung , tak pe la kan ? Kalau tak ? Ada gak pinjam along .. pas kawin , mula gaduh sebab sarat dengan hutang gara gara nak tackle pasangannya itu ..
Lelaki berbeza selepas kawin adalah seperti evolusi jugak .. Cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran.. Kenapa lelaki jadi penyayang ? Sebab isterinya .. Kenapa lelaki jadi garang ? Tu kena tanya diri sendiri..
Curang ?? Ini bukan topiknya .. hehehe.. Sekadar pendapat peribadi ..
"Nyet .. Mai la turun.. Ni ada awek call ko nehh .. "
" Apa kelas bos awek call .. Try buat panggilan lucah laa .. Baru cool !