"Bila saya periksa balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi ini hudud PAS. Ada percanggahan jelas, isteri diboleh diliwat dan lain-lain lagi,".
Persidangan Dewan Rakyat hari ini menjadi hangat apabila seorang wakil Bebas mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan PAS semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri. Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berkata jika mengikut Seksyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir yang digazetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seorang suami berbuat demikian. Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa anggota pembangkang 'panas telinga' dan menimbulkan kekecohan.
Baca selanjutnya di Dewan Hangat Bila Ahli Parlimen Dakwa PAS Luluskan Hukum Hudud Suami Boleh Liwat Isteri .
Hurm.. kalau aku keluarkan entri gini , maka aku akan dikatakan pro kerajaan.. Berita ni datangnya dari akhbar pro kerajaan .. Kalau aku keluar entri Yang mana satu nak dipangkah ni ? Aku pro sapa ? Yang Camana nak merasai penderitaan ni pulak camana ? Dan banyak lagi.. Dalam memberi info , jangan berat sebelah. Kita kena buka mata pembaca blog kita .
Aku bukan tak sokong hudud .. Aku sokong sangat .. tapi biarlah segalanya betul berlandaskan syariat ISLAM .. Kita ni manusia boleh tersilap ‘cerita’ … Segalanya kena jelas dan tiada kepentingan peribadi.
* Terkini jawapan dari PAS. Klik SINI
BEN : Sayang Tun Mahathir dan Nik Aziz . Maaf bagi yang terasa .