Hurm.. gitulah ceritanya ..
Menurut Gua ,ramai artis tidak bersetuju dengan senarai pencalonan akhir serta isu kewarganegaraan yang dipersoalkan, terbaru AIM 18 khabarnya akan diboikot oleh segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pencalonan baru yang dibuat oleh pihak penganjur itu.
Menurut Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM 18 iaitu Encik Adrian Lim dan Encik Rosmin Hashim ,
“Sejak minggu lepas lagi saya dah dengar isu ini. Bila pihak media tanya mengenai isu ini, saya agak terkejut. Tak sangka isu ini akan tersebar dengan meluas. Saya pasti ini adalah khabar angin semata-mata. Saya tak nampak apa yang perlu diboikotkan. Adakah mereka tak setuju dengan proses penjurian, kriteria untuk pencalonan atau isu kerakyatan?
“Saya tak nampak di mana relevannya mereka nak boikot anugerah yang menghargai karyawan-karyawan tempatan ini. Bagi saya, tiap-tiap tahun pasti ada yang tidak puas hati. Saya tahu siapa yang terlibat tapi tak perlu nak diperbesarkan. Ini tahun pertama RIM anjur 100% AIM, sebab itu banyak perubahan. Walaupun ada yang boikot, ia tak halang kami untuk teruskan majlis anugerah ini,” ujar Adrian Lim ketika ditemui pada sidang media pengumuman hos, barisan penyampai dan artis persembahan AIM 18 di Hotel Royale Chulan, petang semalam.
Menurut Encik Rosmin Hashim pula, “Saya tak tahu kenapa mereka nak boikot AIM 18. Ini merupakan satu platform untuk mereka meraikan kejayaan mereka. Benda ini dah biasa. Bila dah pilih Top 5, mesti ada yang gembira dan tak gembira. Kita tak libatkan karyawan luar kerana AIM adalah untuk mengiktiraf karyawan-karyawan tempatan. Ia anugerah untuk artis kita, itulah tujuan sebenar AIM dianjurkan.
“Tapi kami memandang isu ini dari sudut yang positif. Kami harap mereka akan sokong industri muzik tempatan. Selepas pengajuran AIM 18, kami akan mengadakan satu forum atau ‘post-mortem’ pada Disember nanti. Media dan artis boleh sama-sama duduk berbincang dan memberi cadangan untuk kita memperbaiki lagi anugerah ini. Kita juga akan lihat pada proses penjurian, jika lemah, kita akan buat rombakan. Saya harap, masa forum nanti, semua orang akan datang untuk memberi cadangan.”.
Hurm… Sebenarnya lama dah aku tak layan menda menda ni .. Sbb aku tengok artis yang menang AIM ni , senyap pastu .. takde kemajuan pun .. Setakat macam bagi sijil penghargaan je buat artis tu sendiri .. Kalau disediakan satu platform atau medium untuk pergi lebih jauh , tak pe la gak ..
Lagi pun , bila tengok tu , kita cukp terhibur dengan gelak dan tengok fesyen show artis tu.. takat menyanyi , hurm.. boring .. Tu pendapat aku la..
Blogger kacak dan bergaya ?
Blogger cun atau jelita ?
Mereka pasti lebih berjaya berbanding ..
Erk.. mereka ini ????
Betulkah ???
Kenapa aku kata gitu ?
Mudah saja …
Lihat sapa ‘pengikutnya’ ..
Sekian.Terima kasih.
http://apekblogger.blogspot.com/
Mesti tertanya kenapa kan ? Hehe.. Ada jawapannya di entri yang sebelum ini ..
Makan tengahari ..
Isteri : Kita nak makan apa jap lagi ?
Suami : Sayang nak makan apa ?
Isteri : Tah la.. tak de selera
Suami : Kalau gitu , kita g makan kat kedai tomyam .. Teringin nak makan ikan bawal 3 rasa , telur bungkus , tomyam campur , ayam kampung masak cili api dan nak tapau nasi beriani ayam madu kat kedai mamak.
Isteri : Abang nak makan ke melantak ?
Suami : Pembawakan budak.
Kelihatan seorang lelaki tua sedang mengejar seorang wanita muda yang seksi .. Rasa-rasa korang , apakah yang sedang berlaku dan bakal berlaku ?
Blog dia , hanya catat org org yg pernah dia gigit ! Tu yg aku tak nak promote ..
Dia paksa aku tgk dulu blog dia .. Siap suruh aku follow tuuuu... Geram ?? Jangan cakap laa..
Bila aku terpaksa masuk blognya , aku tgk senarai orang yg dia gigit , perghhhh.... Berjelaa..
Tulisaan dia kecik jee .. bila aku pakai kanta , dari no 1 sampai 100 , nama aku jer !!!
Tu pasal aku bunuh dia !! Hampeehh !
Satu set ,RM17.50 jer.. ok la kan ? Sapa nak open table ?
Kenal ? Heh… Aku intro skit eh ..
Baru berusia 14 tahun itu merupakan seorang pemain piano dan penyanyi pop kelahiran Amerika yang telah memukau pengguna YouTube dengan persembahan nyanyian dan petikan pianonya
OK… apa yang korang fikirkan ?